Saturday, January 29, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Mr. Bean

Salam...Selamat Pagi..
Tadi tengok kartun Mr. Bean..
Disebabkan 'sharing is caring'...so aku nak share sikit info yang aku dh google pasal Mr Bean nie...


Mr Bean asalnya ialah 14 siri sitcom komedi British yg dibintangi oleh Rowan Atkinson..
Mula ditayangkan di television pada 1 Januari 1990 di ITV..
Karakter Mr Bean dicipta oleh Atkinson masa di universiti dan telah di'describe'kan sebagai "a child in a grown man's body"..
Jangan tak tahu..Rowan Atkinson lulusan Master of Science dari Oxford University..kira2 educated la...

Sebelum wujudnya sitcom Mr Bean..Atkinson telah terlibat dlm beberapa sketsa dan sitcom berunsur komedi seperti Canned Laughter dan Just For Laughs..
Penglibatan Atkinson satu komedi festival di Montreal, Quebec, Kanada telah menjadi titik tolak kepada kejayaan beliau dalam pentas komedi...
Atkinson tak pandai bertutur in French..tapi dia insisted nak bertutur in French rather in English untuk program tue..
Dan sepanjang program berlangsung, takde satu pun French word yang disebut oleh Atkinson..program co-ordinator pun dah pening dengan si Atkinson nie..
But it turned out to be the test platform for Mr Bean character...
 Si Atkinson nie rupanya nak tengok sejauh mana silent character's physical comedy nie boleh pergi dalam arena pentas antarabangsa yg terdiri daripada penonton non-English speaking.
Ok..enough with the history..kita tgk lak character Mr Bean..

The other side of Mr Bean

Mr Bean seorang yg agak slow dan penting diri tapi dalam masa yang sama seperti seorang buffoon/joker dalam menyelesaikan tugasan seharian..
Tinggal seorang diri in his small flat di Highbury, North London dengan trademark kot coklat n tie merah..
Susah nak dengar Mr Bean bercakap..klu ada pun hanya a few mumbled words dengan tone suara yg rendah..

Mr Bean hanya akan memperkenalkan diri sebagai Bean without mentioning his 1st name..
Pekerjaan Mr Bean tidaklah diketahui..tak penah nampak pun dia bekerja...
Dalam filem adaptasi pertama.."Mr." diletakkan sebagai nama pertama di dalam passport Mr Bean dan bekerja sebagai Security Guard di London's Nationa Gallery...
However..di dalam filem Mr Bean's Holiday, nama "Rowan" dicatat di dalam passport Mr. Bean..


Kawan baik Mr Bean ialah seekor patung beruang kecil berkait yg berwarna coklat gelap with button eyes and sausage-shaped limbs.
Mr Bean often pretends his teddy bear is alive...belikan hadiah Krismas bagai..dan disediakan tempat tido yang comel dalam drawer baju..so cute...
Teddy bear nie jgk selalu menjadi mangsa Mr Bean..penah dijadikan berus cat, dish cloth, etc tapi si teddy bear pasrah jer...;p
(Kepada peminat Erra Fazira n Norman Hakim jgn lupa saksikan filem Pasrah, ahad jam 3.00 petang di TV3)

Bed time story...

Kereta Mr Bean ada dua..yang pertama BMC Mini MK II tahun 1969 kaler oren tapi dh musnah in an off-screen crash masa episod pertama..
 Second, British Leyland Mini 1000 tahun 1985 kaler hijau epal dengan bonet kaler hitam..
Kereta mini nie mempunyai aspek keselamatan yang unik dan inovatif yg pastinya tak terdapat di kereta2 lain dlm dunia nie..
Contohnya, menggunakan magga untuk mengunci kereta instead of menggunakan kunci kereta dan cabut stering kereta instead of pasang palang pengunci stering..

Kereta mini yang digunakan di dalam filem Mr Bean telah dijual kepada Kariker Kars dan telah dipamerkan sebagai tarikan utama di Rovers groups museum...
Pada 1997, Mini ini telah dibeli oleh Cars of the Stars Motor Museum dan dipamerkan di museum tersebut sehingga ke hari ini...


Last but not least..Mr Bean ada seorang awek bernama Irma Gobb...
Mereka bertemu at a local library..
Selalu dilayan lebih sebagai seorang kawan dari seorang kekasih oleh Mr Bean..
Tapi cemburu bila si awek nie menari dengan orang lain dalam disco..
Sadly..Mr Bean telah ditinggalkan oleh aweknya bila dia gagal untuk melamar on Christmas Day seperti yang diharapkan oleh aweknya nie...
So..sesape yg teringin nak jadi awek Mr Bean tue leh la isi borang...hehehe

Mr Bean and his girlfriend

Nak tahu lebih lanjut..baca kat sini...


Nota kaki :
-Bila agaknya si Rowan Atkinson nie berkarakter serius ek???



Sumber gambar : Mr google



2 comments:

Izan said...

artikel yang menarik. 2 tumbs up!!!!

RaNiA said...

tgh boring weh..ri tue tak balik kg..hehehe