Friday, December 30, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hai 2012..Bye 2011

Assalamualaikum...

Tak berapa hari lagi nak tukar tahun...
Apa pencapaian tahun ni???
Rasa macam tak ada yang boleh dibanggakan sangat..semuanya macam biasa..
Atau mungkin aku sendiri yang tak perasan pencapaian yang aku kecapi..
Mungkin aku dah terlalu terbiasa dengan sikap tak ambil kisah tentang kehidupan aku sendiri...
Diharapkan tahun 2012 akan membawa satu anjakan paradigma kepada aku dan kehidupan aku...
Moga aku menjadi insan yang lebih berguna dan lebih berjaya..insyaallah..

Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan..;-)
Tuesday, December 6, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Bunga Dah Kembang


Assalamualaikum..

Pokok - pokok yang ditanam sebulan lepas dah tumbuh dengan suburnya..
Bunga pun dah banyak keluar..
Seronok tengok banyak bunga kembang sebelum nak pergi kerja..
Lepas ni boleh la melebarkan sayap ke kawasan lain pulak..;-)














Gambar kat bawah, pokok di kampung..
Jenis yang sama jugak..cuma di tanam dalam bekas...
Suka...cantik...






Tuesday, November 15, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Laksam

Assalamualaikum..



Inilah dia laksam percubaan pertama buat sendiri..
Dibuat pada 11.11.11 seperti yang aku ceritakan tempoh hari..;p
Tak berapa cantik, tapi boleh la kan untuk orang yang pertama kali buat..hehehe..


Set lengkap laksam untuk santapan keluarga..
Tengok je la bekas-bekasa yang digunakan..sungguh tak berseni..hahaha..
Hentam saja la labu..yang penting isinya dan juga rasanya..hehehe..
Laksam yang dah siap dipotong dalam mangkuk tu, hasil yang terawal..
Tak cantik langsung, jadinya terus je potong..;p
Monday, November 14, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Petua Hilangkan Parut Jerawat Di Muka

Assalamualaikum..

Terjumpa petua di blog petualama untuk dikongsi bersama..

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT DI MUKA



Petua 1 :
Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya dan bersihkan. Parut dan ambil air perahan. Sapu air tersebut pada muka yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insyaallah, kesannya memuaskan.

Petua 2 :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 :
Ambil 10 helai daun sireh muda. Bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muda terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan selama lebih kurang setengah jam atau sehingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 4 :
Kisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air  secukupnya. Pupukkan adunan tersebut pada tempat tanda hitam bekas jerawat setiap hari atau setiap malam sebelum tidur.

Petua 5 :
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Cuci dengan air suam keesokkan harinya.

Petua 6 :
Kisar timun dan tapis airnya. Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan selama setengah jam dan cuci dengan air suam.

Petua 7 :
Sebelum mandi, usapkan kulit pisang klutuk (batu) yang sudah matang ke kulit wajah. Biarkan selama sepuluh minit seperti memakai masker. Setelah itu bilas dengan air dan barulah mandi.

Petua 8 :
Lumatkan sebiji pinang tua dan campur dengan air mawar. Gunakan sebagai bedak sejuk setiap hari. Jangan makan makanan pedas dan berlemak.

Friday, November 11, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Segalanya Bermula Pada 11.11.11

Assalamualaikum..

11.11.11...cantik tarikh ni..
Mesti ada yang ambil tarikh ni sebagai hari bersejarah mereka..
Bagi aku, tak ada apa-apa majlis bersejarah walaupun sebenarnya teringin jugak merakamkan sesuatu pada 11.11.11 ni..
Oh..nak cuba lengat laksam la..percubaan pertama, tak tahu akan jadi ke tak..
Boleh la ye dikira sebagai sesuatu yang bersejarah....hahahah..
Mana tahu kot-kot satu hari nanti jadi usahawan laksam pulak..
Bila ditemuramah boleh la beritahu 

"Segalanya Bermula Pada 11.11.11"

hmmm..ada unsur-unsur poyo di situ...hahaha

mr. google


Sejak-sejak terbaca langkah-langkah bergambar di ilahmasakanku.blogspot.com.. rasa berkobar-kobar pulak nak mencuba..
Kalau ada sesiapa yang nak cuba jugak boleh la tengok di blog dia ye..
Ada gambar setiap proses...
Selamat Mencuba !!!!
Thursday, November 10, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Minit Mesyuarat

Assalamualaikum...


Dari pagi bawak ke petang mengadap minit mesyuarat ni...
Macam tak sempat siapkan je hari ni..hmmm...

Resipi Puding Marmar

Assalamualaikum...

Dah lama teringin nak makan puding ni..
Sejak-sejak tengok dalam majalah di rumah kawan hari tu..
Tapi bila tengok bahan-bahan dia, macam-macam la pulak nak..
Teringat mak pernah buat puding ni, so apa lagi, balik kampung hari tu terus godek laci cari resipi..
Jadi inilah hasilnya..post kat sini untuk simpanan hari tua..;p




PUDING MARMAR

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar tali 
8 cawan air
2 cawan gula
2 biji telur
4 sudu besar tepung jagung
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
sedikit garam
2 sudu besar marjerin / mentega
1/2 cawan serbuk koko (pakai serbuk milo lagi sedap kot)
sedikit air panas (untuk bancuh serbuk koko)

Cara-cara

1. Cairkan agar-agar bersama air dan gula.
2. Blend telur, tepung jagung, susu cair, esen vanila, garam.
3. Agar-agar dah larut, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Setelah sebati, tutup api.
5. Masukkan marjerin / mentega, kacau hingga larut .
5. Tapis adunan dan bahagi kepada 2 bahagian.
6. 1 bahagian campurkan serbuk koko yang dah dibancuh dalam air panas.
7. Tuang adunan ke dalam bekas berselang-seli.
8. Sejukkan, sedia untuk di makan.




* dah post melalui email 2 hari lepas..tapi baru pagi ni dapat email kata gagalkan dipostkan..silap alamat rupanya..hehehe..
Tuesday, November 8, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sunyi Sepi

Assalamualaikum...


Hari pertama naik pejabat selepas 4 hari bercuti...
Suasana di pejabat sangat sunyi...
Masih ramai yang bercuti rupanya..

Sunday, November 6, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Apa Khabar Sayangku

Assalamualaikum...

Apa khabar la agaknya pokok-pokok bungaku di rumah sana...
Cuti 4 hari harap-harap diaorang sihat dan tidak ditutupi oleh daun-daun kering yang sentiasa berguguran di laman tu..
Sekarang ni musim hujan petang..asyik terbantut je projek menanam..
Harap-harap naik cuti ni boleh la aku membelai dan menanam pokok baru..



Cair Sudah

Assalamualaikum..


Beli ais krim, pastu bantai pergi bank dulu pulak..
Maunya tak cair dan meleleh benda alah tu..
Sudahnya berlemuih tangan dengan ais krim..huhuhu..

Salam Aidiladha

Assalamualaikum...

Pagi ni sekeluarga segak berbaju raya..
Menu raya ialah Nasi Tomato dan Lontong..
Menyantap juadah raya bersama keluarga kecuali Along yang rasanya sejak kahwin hanya pernah sekali sahaja balik raja haji dengan kami..
Nasi Tomato abah buat..sedap..
Lontong mak buat..pun sedap..
Aku hanya jadi pembantu di dapur..hehehe..

Selesai makan..aku dan adik mengadap PC..
Mak, abah dan opah mengadap TV..
Itulah aktiviti hari raya kami..
Program Qurban di taman ni hanya akan dilangsungkan esok..
Jadinya hari ini memang tiada aktiviti..
Jiran-jiran setaman majoriti balik kampung..kebanyakan mereka kampung dekat-dekat je..tak macam kami..
Hmmm..baju raya adik dah lama hilang..dan baju raya aku ni pun kejap lagi hilang la ni..hehehe..

Selamat Hari Raya Qurban Semua...


* entry tak bergambar sebab tuan blog selalu terlupa nak ambil gambar..;p
Saturday, November 5, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Berusaha Demi Anda

Assalamualaikum...

Tak perlu tulis panjang-panjang..
Tengok gambar pun rasanya mesej dah sampai..
Mereka Sangat Berusaha...;p





Salam Aidiladha Buat Semua...
Friday, November 4, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Beg Balik Kampung

Assalamualaikum...


Inilah rutinnya setiap kali aku balik kampung...
Kalau cuti 2 hari, begnya kecik sikit..
Tapi kali ni sebab cuti 4 hari, makanya secara automatik begnya pun besar la...
Isinya macam biasa la..kain baju..dah nama pun beg bajukan...

Tapi ianya bukanlah kain baju untuk dipakai di kampung..
Sebaliknya kain baju untuk dipakai di Kedah..
Bingung bukan????? (ayat poyo!!!!...)

Actually, dalam beg tu penuh dengan baju kurung a.k.a baju kerja yang belum bergosok...hehehe...
Basuh di Kedah..gosok di Penang..class kan??? bukan calang-calang...hahaha..
Bukan apa..di Penang meja gosoknya lebih besar...senang nak menggosok..
Gosok guna iron board yang ada di Kedah rasa tak puas..kecik dan rasa lama baru nak sudah..

Dalam gambar tu sebenarnya ada 3 beg..
Satu beg baju, beg sandang yang nampak tu beg letak laptop..
Belakang beg laptop tu ada satu lagi beg khas..namanya beg hanger..hehehe..
Takkan gosok baju takde hanger kot kan...nak gantung kat mana pulak nanti...
Kalau guna hanger kat rumah ni alamatnya mengamuk la tuan rumah...;p



Pancit Lagi

Assalamualaikum...

Masuk kali ni dah dua kali aku berhadapan dengan kejadian tayar kereta pancit..
Leper terus tayarnya..bukan sikit-sikit pancit..
Dulu kena paku..kali ni ke tembus dengan skru..
Dulu jadi masa nak ke pejabat di pagi Sabtu..
Hari ni jadi masa nak balik kampung di pagi Jumaat..
Nasib baik tak balik kampung petang atau malam semalam..
Nasib baik jugak dua-dua kali jadi masa di rumah..
Kalau la jadi di highway ke atau kat tempat lain, tak ke haru...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu..
Harap kawan setaman, hmmm..katanya ada di luar..
Tapi kawan yang datang membantu bagitahu terserempak dengan si polan ni baru nak keluar dari kawasan taman masa dia masuk taman ni..
Lantak la..tak nak tolong sudah..
Tak kuasa nak mintak tolong dan nak menolong dah lain kali..
Hmmm..jahat kan..

Ya Allah jauhkanlah hamba mu ini dari sifat dengki dan dendam..Aminnn...
Wednesday, November 2, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Cicak

Assalamualaikum...

Kalau di pejabat, aku kena berdepan dengan Cik Ti..
Di rumah pulak, kena berdepan dengan cicak..aduhhh..
Rumah ni banyak sangat cicak dan labah-labah..
Baru je buang sawang, dah bersawang balik..

Cicak pun sama..
Taik cicak merata-rata..
Paling geram, suka sangat dia melabur dalam kolah air dalam bilik mandi..
Jenuh pagi-pagi nak kena buang air and takung air baru..

Cicak kat rumah ni saiznya lebih besar dan bercorak-corak..
Geli dan gerun jugak tengok..
Duduk menempek kat atas siling kat singki..
Risau je kot-kot dia melompat masa tengah basuh pinggan..
Dulu masa sekolah rendah dah pernah kena rabat dengan cicak..tu yang macam fobia sikit tu..
Geli..kuku dia tajam tu..terkinja-kinja melompat..
Kurang ajar betul cicak tu..macam takde tempat lain je dia nak rabat..

Nak pasang perangkap nanti geli pulak nak buang..
Nak bagi makan racun nanti entah mati kat mana-mana..alih-alih terbau je..terseksa hidung pulak nanti..
Ridsect cicak tak lut..
Kena cari petua untuk halau cicak tanpa menyusahkan tuan rumah...hmmmm

~ gemuk dan sihat ~

Tuesday, November 1, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ultimate Cheesy 7 Pizza

Assalamualaikum...

Tengahari tadi kami ke Tesco..
Nak cuba pizza baru..dah lama nak cuba tapi tak tercuba..hehehe
Hari ni kami ambil set untuk 4 orang makan..jimat sikit..

Sementara nak tunggu pizza sampai, kami pergi shopping dalam tesco dulu...
Tak ambil troli sebab ingat nak beli Ridsect je..
Sekali..ambik kau..penuh tangan pegang barang..
Nasib baik member ambil bakul..leh gak tumpang-tumpang..;-)

Selesai shopping lebih kurang 30 minit, kami turun ke pizza..
Nasib baik semua dah terhidang..
Perut dah lapar..pagi tadi makan cekodok je sebab teringatkan mission tengahari ni..
ULTIMATE CHEESY 7 PIZZA...
Hmmm...pizzanya biasa je..rasa cheese..hehehe..dah sah-sah namanya pun cheesy pizza...
Rasanya sedap lagi Super Supreme kot..
Tapi bagi sesiapa yang suka makan cheese cheese dan cheese lagi mungkin suka kot..
Yang cheese putih seketul atas pizza tu not bad la..sedap jugak..

Tapau 3 slices of pizza sebab masing-masing dah tak larat nak habiskan..
Tukang perabis yang dibawak pun tak boleh nak menjalankan tugas...
Kenyang..perut dah penuh..banyak makan pagi tadi katanya..huhuhu..
Ingat nak tapau sup sekali..tapi tak boleh la pulak..aduh...rugi-rugi..

google.com





Aktiviti Baru

Assalamualaikum..

Dua tiga minggu ni rajin pulak aku berkebun...
Tanam pokok bunga bagai..
Beli set berkebun lagi tu..gigih betul..
Kebetulan pulak bulan ni aku jarang balik kampung..


Petang-petang balik kerja..berkebun..
Pagi-pagi sebelum pergi kerja..siram pokok..
Hujung minggu..awal-awal pagi dah mencangkul..
Petang pun mencangkul..
Sudahnya, pagi esoknya tangan dan lengan lenguh-lenguh..
Sampai dah berkira-kira nak EL..tapi tak jadi sebab pagi tu kena pergi mesyuarat..hahaha..


Masuk hari ni dah 2 petang tak turun padang..
Kelmarin balik kerja mengantuk amat..rasa tak larat nak buka mata..
Semalam pulak hujan..
Agaknya nak bagi tangan ni rehat kejap kot..
Harap-harap mood berkebun ni lama la..
Banyak lagi tempat nak tanam bunga ni..
Tunggu minggu ni balik kampung nak ambil stok bunga kembang pagi..;-)


Monday, October 31, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kuku Panjang

Assalamualaikum...

Petang tadi masa tengah potong kuku..tiba-tiba je terlintas di fikiran kenapa perlu kuku ni panjang..kalau tak panjang tak boleh ke??..apa fungsinya???..dan-dan tu berkobar-kobar nak mencari info pasal kuku ni..

google.com

KUKU

Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang.

STRUKTUR KUKU

Ketebalan kuku normal manusia ialah kira kira 0.017 inci atau 0.43 milimeter.

Kuku terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:-
  • eponikium (bahasa Inggeris: eponychium) atau kutikel, ialah lapisan kulit lutcahaya yang berada di pangkal kuku.
  • paronikium (bahasa Inggeris: paronychium) ialah lapisan kulit di sisi kuku.
  • hiponikium (bahasa Inggeris: hyponychium) ialah kawasan pelekatan antara hujung kuku dengan hujung jari
  • bahagian atas kuku atau mudahnya kuku itu sendiri ialah lapisan yang keras dan lutcahaya, dibina daripada keratin.
  • isi kuku ialah tisu yang menyambungkan dan melekatkan kuku dengan kulit.
  • akar kuku ialah bahagian yang terbenam di bawah kulit di belakang kuku.
  • lunula ialah stuktur berwarna putih kemerahan berbentuk bulan sabit di pangkal kuku.
Setiap bahagian kuku ini mempunyai fungsinya tersendiri, dan boleh menyebabkan kecacatan pada kuku jika dirosakkan.

FAKTA MENGENAI KUKU

Fungsi Kuku

Kuku mempunyai 2 fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya yang juga penting ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh

Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor.

Pertumbuhan Kuku

Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan. Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan. 

Berbeza dengan kepercayaan umum, kuku (dan rambut) sebenarnya tumbuh selepas seseorang itu mati,iaitu apabila kulit menjadi kering dan mengecut. Rekod pertumbuhan ini boleh menunjukkan sejarah kesihatan dan ketidakseimbangan fisiologi seseorang, dan telah digunakan sebagai bahan diagnostik sejak zaman purba lagi.


Penyakit Yang Berkaitan Dengan Kuku

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. 

Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).

Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskularatau hati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.

PENJAGAAN KUKU

Produk-produk penjagaan kuku sahaja tidak mencukupi untuk memelihara kesihatan kuku. Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-
  • Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  • Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  • Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  • Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  • Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.

google.com











Thursday, October 20, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~
Saturday, October 15, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Daftar Dah

Assalamualaikum...

Anda dah mendaftar???
Saya sudah..hehehe..


Bukan mendaftar sebenarnya..
Cuma bertukar alamat..
Dulu alamat kampung..sekarang alamat sini..
Senang sikit nak ngundi..(cewah..ye ye jer !!!)

Kebetulan tadi pagi pergi Tesco..
Ada pulak dia bukak kaunter SPR ni..
Saja la sibukkan diri check status..
Lagipun tengok paper bag tu cam cantik jer...hahaha..boleh camtu????


Mangga


Dah lama tak makan..memang sedap la..
Bertambah sedap bila orang belanja...;-)

Friday, October 7, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Jangan Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta

Assalamualaikum...

Untuk rujukan bersama..

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita
Thursday, October 6, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kenali Wanita

Assalamualaikum..

Sebagai bacaan umum sahaja..tak semestinya betul..
sumber : Facebook
by : Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Ketat Di Tempat Awam 

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - anak kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - anak ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin - anak keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
i) merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban
ii) tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah
iii) tenang diri, aman dan memberi sokongan
iv) tidak suka membantah atau membangkang
v) berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kebersihan

WANITA BERUNSUR AIR
i) menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat
ii) mengambil berat
iii) hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
iv) menenangkan pasangan
v) sangat romantis
vi) mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
i) cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
ii) cergas, cepat dalam gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga
iii) penasihat yang baik
iv) pandai dan cekap mengurus rumahtangga
v) pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
vi) berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
i) lemah lembut dan menenangkan
ii) pandai bermain kata dan memujuk rayu
iii) sopan santun dan berbudi pekerti mulia
iv) bijak mewujudkan suasana selesa
v) hati yang cepat berubah-ubah

Hospital Kangar Dan Padang Besar


Assalamualaikum...

Tengahari semalam aku dan 2 orang officemate pergi ke Hospital Kangar melawat teman kami yang kemalangan jam 2 pagi semalam...
Dapat tahu berita pagi semalam terus kami ke sana...
Kebetulan pulak pagi tu nak melawat projek di Jerlun, sekali harung je la..

Banyak tempat jugak yang kami singgah sebelum nak sampai ke hospital, sambil-sambil tunggu waktu melawat..
Gara-gara tersilap info waktu melawat..terpaksa jugak la kami menongkat dagu, menunggu lagi 30 minit..
Eh..ramai pulak yang datang melawat budak ni..
Keadaan tak teruk, tapi nampaknya dia masih ke'blur'an..masih dalam keadaan ingat-ingat lupa..
Harap-harap keadaan dia akan bertambah baik..

Balik dari melawat, kami singgah makan di Kangar..
Pekena Koew Tiaw Sup Siam kat pekan Kangar..
Sedap plus lapar sama kot..;p..

Lepas isi perut, agenda seterusnya merempit ke Padang Besar..
 Tak ada dalam rancangan asal pun..semuanya terkejut tergempak..
Kalau la bos tahu ni..habis la..senyap-senyap je ek!!!!!..;-)

Ini la hasil membuang duit aku a.k.a ole-ole untuk diri sendiri...;-)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Kerongsang....
Melayang RM30 ringgit beli benda alah ni..
Kerongsang biasa-biasa je..takde yang luar biasa..
Dah lama nak beli kerongsang kecik-kecik ni..
Kerongsang yang ada banyak dah rosak dan tercicir entah di mana..huhuhu..
Lepas ni 10 tahun tak beli kerongsang dah...;p..


Wednesday, October 5, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ikut Petua Izan

Assalamualaikum..

Selepas berbulan-bulan beli oven baru nak operate..
Ikut petua si Izan..hehehe..
 Tujuannya adalah untuk hilangkan bau oven tu..


Potong kentang dan bakar menggunakan suhu maksimum..
Bakar selama 30 minit sampai kentang bertukar warna..
Dah selesai proses pembakaran, boleh la dibuang kentang tu..
Jangan makan pulak ye..


Tak tahu la kurun ke berapa pulak nak guna oven ni..
Masa takde berkobar-kobar nak buat itu ini..
Bila dah ada..hmmm..setakat ni jadi hiasan je la kat dapur tu..;p


Langkawi Lagi

Assalamualaikum...

Ke Langkawi lagi pada 28 - 29 Sept. hari tu..
Kali ni bertolak dari Kuala Perlis disebabkan keadaan cuaca yang tak berapa baik..
Kuala Kedah beralun kuat..nasib baik!!!!!
Layan gambar je la ek (dah basi kot gambar-gambar ni..hehehe)


Bermalam di My Hotel..semalam je..
Setiap malam Rabu, ada pasar malam sebelah je dengan hotel..harap maklum!!!



View daripada bilik..tak berapa menarik pun..
Nampak pekan Kuah je..



Lobi hotel..bestnya kalau dapat living hall secantik ni..:-)
Time ni baru balik makan dan menunggu kawan untuk keluar makan lagi..banyak sungguh makan..huhuhu...



Hanya ada gambar sekitar bermalam di hotel je..
Gambar program takde..bukan best pun..hehehe..


Saturday, October 1, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Makan-Makan

Assalamualaikum...

Esok bahagian aku nak buat makan-makan...
Dah dirancang dalam bulan Syawal lagi..
Tapi sebab masing-masing sibuk..tertunda 2 kali..
Kali ni kena jadikan jugak..kalau tidak tak berbuat la..

Aku volunteer nak buat puding..
Dah rasanya tu je yang mudah dan tahu buat..hehehe..
Tapi sampai sekarang tak buat lagi ni..mood malas tiba-tiba menerjah..
Kalau tak buat boleh tak??? jadi tukang makan je..hehehe..


Gambar hiasan je ni...
Tak reti den nak buat puding canggih-canggih cenggini...;p
Tiba-tiba rasa lapar plak...huhuhu..

Gatal Lagi

Assalamualaikum...

Berkurun baru nak update blog..
Minggu lepas very the buzy dengan program HPPN..
Jam 11 malam baru balik rumah..nak buka laptop pun takde mood dah..
Walaupun penat, tapi enjoy..1st time terlibat secara aktif (kononnya la..;p) 
Tapi maaf la..gambar takde..terlalu asyik bekerja (ayat poyo)..hehehe

Panjang pulak mukadimahnya..;p
Sekarang ni aku tengah dilanda kegatalan..huhuhu..
Dulu aku pernah cerita kat sini dan sini..
Dulu tak teruk sangat..tapi kali ni agak teruk..
Berbintat-bintat tangan, kaki, badan..
Tapi kat tangan la paling banyak..gatal pulak tu..huhuhu..

Tak tahu apa puncanya..
Tapi sekarang ni bendang depan rumah aku tu tengah dibajak..
Aku agak mungkin penyebabnya serangga dari bendang tu kot..
Depa dah terbang masuk dalam rumah aku..
Tapi yang peliknya housemate aku takde lak kena gatal-gatal..
Mungkin kulit dia tebal and kebal kot...hehehe...

Semalam pergi beli ubat di farmasi..
Hilang la sikit bengkak-bengkak tu..
Tapi kadang-kadang masih rasa lagi gatal-gatal tu..
Harap-harap makin elok la..
Tak nak pergi klinik..takut pulak kena cucuk nanti...huhuhu..



Sunday, September 18, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ole-Ole Dari Kampung

Assalamualaikum...

Memandangkan lepas raya kali ni kami terus balik Penang, makanya tak dapat la nak beli keropok lekor sebagai ole-ole..
Masa singgah di Pantai Marang, aku ada la beli bendalah ni..
Dah lama tak makan..seingat aku masa kecik-kecik dulu selalu la makan..
Selalu jugak main sembur-sembur..hehehe..

v
v
v
v
v
v
v



Ini bukan pensel ke apa ke ye..
Ini aku panggil sagon..tak tahu la orang lain panggil apa..
Ada jugak yang panggil sagu kot..tak pasti tentang yang tu..
Bungkus elok je..warna-warni..
Budak-budak memang suka la kalau tengok..
Dan aku pun salah seorang daripada mereka...hahaha..



Tinggal kaler merah je..coz yang lain dah diberi pada kawan-kawan ofis..
Belum buka pun lagi..entah bila nak makan tak tahu la..
Entah-entah tak makan kot..
Kalau ada sapa-sapa nak habaq mai la ye..boleh bagi..hehehe..