Saturday, August 20, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Happy Birthday Aina

SELAMAT HARI LAHIR AINA..

Sorry terlambat auntie wish kat Aina...
Semalam telefon Aina dah tidur...
Auntie doakan Aina cepat besar..sihat..dan jadi anak yang solehah...
Jangan degil-degil..dengar cakap ibu selalu ye..


Aina umur 1 hari


Aina baru bergelar kakak


Gambar terbaru Aina (20/8/2011)..
Muka kena percik minyak sebab rajin sangat nak 'tolong' ibu goreng popia untuk buka puasa..
Habis la Aina dah tak cute masa raya..;p



Thursday, August 18, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kelaku Orang Malaysia

Assalamualaikum...

Kalau kita baca dalam surat khabar atau tengok dalam tv, orang luar selalu puji rakyat Malaysia ni peramah..tapi sebaliknya komen orang kita yang berada di luar negara terutama di negara omputih, orang-orang ni sana ramah-ramah, bertegur sapa walaupun tak kenal..berbanding dengan orang Malaysia yang pelbagai kaum tapi selisih bahu pun wat dekkk je..

Tak payah la nak kata jauh-jauh..aku sendiri pun tak bertegur jugak dengan orang-orang tak kenal cuma kalau bertentang mata (cewah!!), aku akan melemparkan senyuman kepada mereka seperti dalam lirik lagu "Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa"..ada yang senyum kembali..ada yang buat muka toya (yang ni memang hangin aku tengok..tobat kalau jumpa lagi tak senyum dah kat dia..!!) 


Tapi setuju tak kalau aku cakap, orang Malaysia ni banyak kelaku yang tak elok / tak sopan / pengotor..bukanlah semua, sesetengah orang sahaja tak kira apa bangsa pun..antara kelaku yang aku selalu nampak ialah :-

i) Meludah tak kira tempat - pergi la mana pun, mesti atas jalan kita akan nampak tompok-tompok ludahan pelbagai kaler..tempat yang paling banyak kita akan jumpa benda alah ni ialah kat pasar- pasar, tak kira la pasar malam ke pasar pagi ke pasar ramadhan ke..kat parking lot, kat kedai repair kereta..pendek kata, merata tempat la kita akan jumpa even kat kawasan luar masjid pun ada..sungguh tak beradab..

ii) Buang sampah merata- yang ni memang dah jadi trademark orang Malaysia agaknya..kalau tak buat rasa tak lengkap hidup..tong sampah punya la besar tapi atas jalan, atas rumput, dalam longkang jugak yang dijadikan tong sampah..pampers anak selit kat celah-celah batu..dan semalam depan-depan mata, sorang hamba Allah ni buang sebaldi sampah ke dalam sungai, siap ada kulit durian lagi..mana la sungai kat Malaysia ni tak tercemar..selagi ada orang-orang macam ni jangan mimpi la nak mandi-manda sungai macam dulu-dulu..

iii) Hembus / buang hingus sesuka hati - yang ni memang menjijikan..tak malu ke apa diaorang ni..selamba badak je buang hingus kat tempat yang ada orang..pastu melekat pulak kat jari..yukkksss..paling kurang ajar, bila buat perangai tu kat kedai makan...buatkan orang yang mendengar rasa nak terkeluar balik apa yang baru ditelan..apatah lagi kalau terpandang adegan yang tak ingin dilihat tu..terus putus selera...

iv) Korek hidung sesedap rasa - ini satu lagi peelnya..hallo!!!..orang lain pun ada hidung jugak!!!..tak payah la kau nak tunjuk kepakaran kau melombong kat orang..siap jentik-jentik pulak tu..cuba la bersopan sikit..melombong kat rumah sudah la..masa mandi pagi-pagi tu kau melombong la puas-puas supaya nanti tak la orang sakit mata dan jijik tengok kelaku kau tu..bijih banyak sangat kot..tapi tak kaya-kaya jugak..ishhh...

v) Sendawa angin dengan kuat - kelaku yang ni rasanya tak ramai sangat yang buat..tapi masalahnya aku ramai betul jumpa orang macam ni..aduh..boleh sakit jiwa dibuatnya..mengganggu pendengaran dan emosi aku..kalau sekali mungkin boleh dimaafkan..tapi kalau dah berkali-kali sapa boleh tahan weh..tapi aku bukan jenis orang yang suka menegur, makanya terpaksa la aku tanggung derita ini seorang diri..

Wednesday, August 17, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Golek Sakan

Assalamualaikum...

Jom sapa nak tumpang tidur..
Banyak tempat kosong ni..



Boleh beraksi ala-ala hindustan ni...golek sana sini...;-)


Oppsss..maaf !!! tawaran telah ditutup..;p



Coklat Awak Coklat Saya

Assalamualaikum..

Shopping coklat di Langkawi..


Habis hampir RM100 untuk semua coklat-coklat ni..




"Nah..amek sampul ni..tapi kosong je la ye!!!"..kata Pak Mail..;p




Ini pesanan dari rakan sepejabat..tolak coklat-coklat ni..yang baki tu je coklat saya..
Habuan untuk bawak balik kampung..bagi kat anak buah & sepupu sepapat..
Dan baru perasan..gambar-gambar ni blur rupanya..sungguh tak profesional orang yang tangkap gambar ni..;p




Deluxe Room For RM80.00 Only

Assalamualaikum...

Sekarang berada di Langkawi..
Hari ni dan esok ada kerja di sini..
Jadinya malam ni bermalam di My Hotel..senang..dekat dengan kedai-kedai..
Selalunya rate hotel ni dalam RM130 - RM140 semalam..
Tapi untuk bulan Ramadhan ni ada promotion...
RM80 per night including sahur (room service)..
Wah..tak pernah-pernah dapat duduk deluxe room dengan harga serendah ni..
Tapi terpaksa la duduk sorang sebab kawan yang sorang tu tak terlibat dengan mesyuarat esok..

Petang tadi dalam pukul 6 petang, turun ke bawah..
Ingat nak pergi beli coklat di Ismail Group, tapi dia dah nak tutup la pulak time tu..
Terpaksa beli di Coco Valley..
Habis shopping coklat yang tak seberapa tu..terus gerak ke bazar ramadhan..
Betul-betul depan hotel..
Pertama kali pergi bazar ramadhan untuk tahun ni..ramai orang..
Pusing 2 kali tapi tak tahu nak makan apa..
Lalat banyak..nak beli pun tak berapa nak selera..

pemandangan dari bilik hotel

Selamat berbuka kepada semua...
Hari ni buka dengan kuih dan murtabak ayam..
Minuman pulak nescafe compliment daripada hotel...hehehe...;p
Friday, August 12, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Terlebih Rajin

Assalamualaikum...

Mata rasa penat, rasa pedih..
Cuba tidur tapi tak mahu lena pulak..
Sudahnya tengok tv je la..
Dalam dok tengok tv teringat pulak popia goreng..
Biasalah kan..time perut tengah lapar..macam-macam makanan terjah ke otak ni..huhuhu..
Sudahnya petang ni rasa macam terlebih rajin lak nak buat popia goreng..
Nak buat puding longan jugak..
Asalnya nak buat 2 minggu sudah..beria-ia ajak member pergi beli bahan dia..
Last-last kena serangan sakit kepala terus hanyut di bawa ombak..
Semalam siap bawak balik rumah mak lagi bahan dan resepinya..
Kalau tak buat, tak tahu la..nampak sangat malasnya anak pak duan ni..hahaha..
Sebelum tu nak layan cerita cina dulu kat youtube..
Semalam sempat tengok setengah jalan je gara-gara lewat keluar rumah..;p


Thursday, August 11, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kejar Dan Ketuk

Assalamualaikum..

Bila tiba hari Khamis rasa macam terkejar-kejar buat kerja..
Hari ni la nak kena buat itu, nak kena buat ini..
Bila office hour habis pukul 3.30 pm..memang gini la suasananya..
Tengahari ni bila kebanyakan orang tidur, aku keseorangan mengetuk keyboard ni..
Nasib..nasib..
Dah jom sambung kerja balik..



Monday, August 8, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Memang Sah Puasa

Assalamualaikum...

Pagi tadi ada seorang pelanggan datang ke pejabat untuk berurusan..
Tercangak-cangak cari pegawai untuk berurusan...
Bila dah ditunjuk biliknya, tiba-tiba tak sampai 5 minit masuk pulak ke bilik kami..
Katanya "depa suh mai bilik ni..!!"
Tak puas hati..pergi sendiri ke bilik sebelah..
Bising-bising kat bilik depa..
Rupa-rupanya.."kami suh jumpa Cik Lah..bukan suh p bilik sebelah..!!"
Aduhhh..pagi lagi encik oiii...jangan la sampai lagu tu..
Saturday, August 6, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Timun Yang Dah Potong Takde Ke??

Assalamualaikum..

Semalam seharian menghadap komputer..
Berjalan-jalan ke blog kawan-kawan..
Mencari resipi yang mudah-mudah (entah bila nak buat tak tahu ;p)..
Membaca kisah-kisah mereka..
Gelak sorang-sorang..
Sedih sorang-sorang..
Sudahnya malam tadi "bertimun" la mata..penat..

Peringatan untuk diri sendiri :
" Jaga Kesihatan Mata Anda "

Friday, August 5, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sekeluarga Berbuka Laksa

Assalamualaikum...

Pagi semalam sedang aku berdiskusi bersama officemate, aku terima sms dari abah berbunyi begini :

"Angh blek tak, klu blek bli lksa"


Alamakkk..Baru plan tak nak balik minggu ni..Sudahnya aku balas balik berbunyi begini :

"Mgu ni x blk kot..tp tgk dlu la ptg ni cane..nti angah sms blk.."


Akhirnya aku balik la jugak..on the way balik singgah beli laksa di Teluk Kechai..balik rumah..kemas-kemas barang..lebih kurang jam 4.50 bergerak meredah highway untuk pulang ke sarang..;p..target mesti sampai sebelum jam 6 petang sebab nak tengok cerita cina di NTV7..hehehe..(perjalanan balik lebih kurang sejam je pun..bukan jauh sangat pun..poyo je lebih..;p)

Jadinya menu berbuka semalam adalah Laksa Teluk Kechai yang DULUNYA tak disukai oleh mak aku, kerana katanya kuah cair atau lebih sedap disebut cheroi oleh orang utara..Abah memang hantu laksa..jadinya memang bagi dia takde masalah..


Inilah rupanya laksa tu..istimewanya pada sambal kelapa..itulah pemekat kuah laksa yang cheroi ni..agaknya memang saja kot depa buat cheroi..kalau tak, tak nampak la fungsi sambal kelapa tu..untuk pengetahuan, telur tu "add on" ye..harga lain..Keluarga kami memang tak biasa berbuka dengan nasi berlauk..nasi berlauk hanya di makan pada waktu sahur..


Ini pulak rupanya kalau kita beli bungkus..sila potong sendiri ye timun, bawang dan cili api tu..bungkusan kecik oren tu sambal kelapa dan bungkus kecik satu lagi tu, daun putat yang dihiris halussss..laksa yang digunakan laksa beras dan realitinya telur ayam tu memang takde dalam pakej "take away"..kalau nak balik rumah rebus sendiri..


2010


2011

Untuk 2 gambar di atas, pandai-pandai la buat penilaian sendiri ye..kedai laksa ni memang menjadi tumpuan di kawasan Kuala Kedah ni..kalau hujung minggu di bulan-bulan tak puasa, memang berderet-deret kereta parking tepi jalan semata-mata nak makan laksa sambal kelapa ni..sejak aku mula jadi anak rantau di bumi Kuala Kedah pada tahun 2010 hingga sekarang, itulah pemandangan yang disajikan bila melintas kawasan ni..kalau masa cuti sekolah pelbagai abjad plat kereta kita boleh nampak..kecuali hari Rabu kalau tak silap sebab kedai ditutup..

Bagi sesiapa yang teringin nak rasa "Laksa Sambal Kelapa Teluk Kechai" ni silalah berkunjung ke Kuala Kedai..kedainya betul-betul tepi jalan besar..senang je nak jumpa..sapa-sapa nak tempah tuk makan kenduri ke apa ke silalah telefon di nombor yang tertera di bawah ye.."Pakcik Zakaria sila bagi saya komisen ye kerana telah mempromosikan kedai anda!!!!..;p"




sumber gambar : mr google...
Thursday, August 4, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Menu Berbuka

Assalamualaikum...

Menjelajah blog rakan-rakan..rata-rata mempamerkan menu berbuka puasa yang best-best...
Tengok semuanya memang la menyelerakan...
Pendek kata bulan puasa ni, menu yang simple-simple pun nampak sangat-sangat menyelerakan..

Jom kita tengok apa menu berbuka cheq...






Berbuka sorang, ni je la menunya takat hari ni...
Buka pun depan tv je..esok-esok tak tahu lagi la apa menunya.. :-)

Hari Khamis La

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi jiwa dah dimentalkan dengan pemandu-pemandu yang tak beretika 
dan tak tahu peraturan jalan raya...
Hmmm...sabar je la...

Sampai-sampai ofis baru perasan hari ni hari Khamis...
Hari Batik...opsss macam mana boleh terlupa ni...
Entah fikir apa tak tahu...dari semalam lagi dok lupa hari...
Dugaan-dugaan...

Kepada semua...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...