Monday, January 31, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Air Bah

Salam..

Makin teruk banjir di bahagian Selatan ...
Macam lautan dh tengok...
Harap2 tak berpanjangan dan tak bertambah teruk...

Aku doakan semua mangsa banjir bersabar dengan ujian ini dan berhati2 sentiasa...

Lautan Air Bah

Sumber gambar : Mr. Google
 
Sunday, January 30, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

PRK DUN Tenang

Salam...

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang..
BN menang dengan majoriti 3,707 undi...
Tahniah En. Mohd Azahar Ibrahim..
 
Mohd Azahar Ibrahim (6,699  undi)
vs 
Normala Sudirman (2,992 undi)
 
Kita tunggu pulak PRK DUN Merlimau March nie...



Saturday, January 29, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Google vs Yahoo

Salam...Selamat Petang...

Minggu lepas di ofis aku dh tersilap klik bila nak follow blog...
Instead of klik sign in with google..aku dh terklik sign in with yahoo..aduhhhh...
Then bila nak follow mana2 blog lepas tue..mesti akan kuar gambar profile yahoo aku..
Try klik kat sign in as a diffent user..akan kuar yg ini...


"We're sorry...We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later."

Tak thu dh weh nak wat caner...aku bukan pro sgt benda2 alah nie..dok ngadap lelama leh angin satu badan :(
Try log in thru Mozilla Firefox n try follow blog..
Alert tue keluar lagi n kali nie aku pastikan aku tak silap klik lagi..
Now everytime nak log in blog aku terpaksa la guna Mozilla Firefox instead of Google Chrome..huhuhu..


Gambar tiada kena mengena dengan entry ini..;p

Nota kaki:
-Di ofis takde masalah lak bila aku nak sign in as a different user..



Mr. Bean

Salam...Selamat Pagi..
Tadi tengok kartun Mr. Bean..
Disebabkan 'sharing is caring'...so aku nak share sikit info yang aku dh google pasal Mr Bean nie...


Mr Bean asalnya ialah 14 siri sitcom komedi British yg dibintangi oleh Rowan Atkinson..
Mula ditayangkan di television pada 1 Januari 1990 di ITV..
Karakter Mr Bean dicipta oleh Atkinson masa di universiti dan telah di'describe'kan sebagai "a child in a grown man's body"..
Jangan tak tahu..Rowan Atkinson lulusan Master of Science dari Oxford University..kira2 educated la...

Sebelum wujudnya sitcom Mr Bean..Atkinson telah terlibat dlm beberapa sketsa dan sitcom berunsur komedi seperti Canned Laughter dan Just For Laughs..
Penglibatan Atkinson satu komedi festival di Montreal, Quebec, Kanada telah menjadi titik tolak kepada kejayaan beliau dalam pentas komedi...
Atkinson tak pandai bertutur in French..tapi dia insisted nak bertutur in French rather in English untuk program tue..
Dan sepanjang program berlangsung, takde satu pun French word yang disebut oleh Atkinson..program co-ordinator pun dah pening dengan si Atkinson nie..
But it turned out to be the test platform for Mr Bean character...
 Si Atkinson nie rupanya nak tengok sejauh mana silent character's physical comedy nie boleh pergi dalam arena pentas antarabangsa yg terdiri daripada penonton non-English speaking.
Ok..enough with the history..kita tgk lak character Mr Bean..

The other side of Mr Bean

Mr Bean seorang yg agak slow dan penting diri tapi dalam masa yang sama seperti seorang buffoon/joker dalam menyelesaikan tugasan seharian..
Tinggal seorang diri in his small flat di Highbury, North London dengan trademark kot coklat n tie merah..
Susah nak dengar Mr Bean bercakap..klu ada pun hanya a few mumbled words dengan tone suara yg rendah..

Mr Bean hanya akan memperkenalkan diri sebagai Bean without mentioning his 1st name..
Pekerjaan Mr Bean tidaklah diketahui..tak penah nampak pun dia bekerja...
Dalam filem adaptasi pertama.."Mr." diletakkan sebagai nama pertama di dalam passport Mr Bean dan bekerja sebagai Security Guard di London's Nationa Gallery...
However..di dalam filem Mr Bean's Holiday, nama "Rowan" dicatat di dalam passport Mr. Bean..


Kawan baik Mr Bean ialah seekor patung beruang kecil berkait yg berwarna coklat gelap with button eyes and sausage-shaped limbs.
Mr Bean often pretends his teddy bear is alive...belikan hadiah Krismas bagai..dan disediakan tempat tido yang comel dalam drawer baju..so cute...
Teddy bear nie jgk selalu menjadi mangsa Mr Bean..penah dijadikan berus cat, dish cloth, etc tapi si teddy bear pasrah jer...;p
(Kepada peminat Erra Fazira n Norman Hakim jgn lupa saksikan filem Pasrah, ahad jam 3.00 petang di TV3)

Bed time story...

Kereta Mr Bean ada dua..yang pertama BMC Mini MK II tahun 1969 kaler oren tapi dh musnah in an off-screen crash masa episod pertama..
 Second, British Leyland Mini 1000 tahun 1985 kaler hijau epal dengan bonet kaler hitam..
Kereta mini nie mempunyai aspek keselamatan yang unik dan inovatif yg pastinya tak terdapat di kereta2 lain dlm dunia nie..
Contohnya, menggunakan magga untuk mengunci kereta instead of menggunakan kunci kereta dan cabut stering kereta instead of pasang palang pengunci stering..

Kereta mini yang digunakan di dalam filem Mr Bean telah dijual kepada Kariker Kars dan telah dipamerkan sebagai tarikan utama di Rovers groups museum...
Pada 1997, Mini ini telah dibeli oleh Cars of the Stars Motor Museum dan dipamerkan di museum tersebut sehingga ke hari ini...


Last but not least..Mr Bean ada seorang awek bernama Irma Gobb...
Mereka bertemu at a local library..
Selalu dilayan lebih sebagai seorang kawan dari seorang kekasih oleh Mr Bean..
Tapi cemburu bila si awek nie menari dengan orang lain dalam disco..
Sadly..Mr Bean telah ditinggalkan oleh aweknya bila dia gagal untuk melamar on Christmas Day seperti yang diharapkan oleh aweknya nie...
So..sesape yg teringin nak jadi awek Mr Bean tue leh la isi borang...hehehe

Mr Bean and his girlfriend

Nak tahu lebih lanjut..baca kat sini...


Nota kaki :
-Bila agaknya si Rowan Atkinson nie berkarakter serius ek???



Sumber gambar : Mr google



Friday, January 28, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Menu Tengahari - Sambal Kerang

Salam...
Semua mesti dh lunch kan???
Menu apa tengahari nie???

Sebab minggu nie aku tak balik kg...
Aku dh plan apa yg nak di masak...

Sambal Kerang
Resepi nie aku amek di rumah Kak Nor
Mohon share ye kak...

SAMBAL KERANG

Bahan2 Rebus :

Kerang 
Serai
Garam

Bahan2 Tumis :

2 sudu besar cili mesin / giling
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 labu bawang besar - potong bulat
1 sudu besar kicap 
1 sudu besar sos tiram
air asam jawa
garam / gula
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

Cara2 :

- panas minyak, masuk bahan tumbuk yg digaul bersama cili giling..
- dah pecah minyak, masuk garam/gula/kicap/sos tiram/asam jawa..
- kacau sebati dan biar seketika..then masukkan bawang besar..
- masuk 1/2 cawan air dan biar merenih..
- masuk isi kerang dan masak hingga kuah pekat..tutup api...


Thursday, January 27, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Mesyuarat Rombakan Kabinet 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Ketika ini sedang berlangsungnya Mesyuarat Rombakan Kabinet 2011 yang telah menjadi bualan seluruh kakitangan di jabatan ini sejak sebulan yang lalu...

Yang pastinya segala khabar angin dan desas desus tentang siapa yang akan mengetuai setiap bahagian akan terjawab...

Mesyuarat telah berlangsung sejak jam 9.30 pagi tadi dan disambung semula pada jam 2.00 petang dan dijangka berakhir pada jam 4.30 petang...

Siapa yang akan tersingkir, siapa yang akan diangkat hanya akan diketahui secara rasminya seawal-awalnya 30hb Januari 2011 apabila surat lantikan dikeluarkan...

Sekian dilaporkan untuk Beloging Utama...



Wednesday, January 26, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir


Salam..
Pagi tadi jabatan aku ada organize satu event di Jerlun..
Perasminya ialah Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Tapi malangnya, Dato' tak hadir...
Dato' Abu Hassan Sharif yg merasmikan program kami...
Tak tahu sebab ape Dato' tak hadir...
Buat andaian sendiri je...hehehe

Tadi tgk Buletin Utama baru la thu sebab pe Dato' tak hadir program kami...
Rupanya Dato' menghadiri majlis rasmi di KL...
Berkenaan Google yg ingin membuka pejabat cawangan kedua di Asia..
Tak brape fokus kat berita so tak dpt nak cerita lebih detail...

Tapi yang penting skrg aku dh tahu sebab pe Dato' tak hadir majlis kami...
Beliau sedang menjalankan Khidmat Untuk Negara...;-)
Sama seperti aku dan rakan sekerja yg merealisasikan slogan "Rakyat Didahulukan" pagi tadi...:-)



Happy Birthday Along !!!!!

Salam...
Tepat kul 12 t/mlm aku wish Happy Birthday kat along thru sms n also FB..
Hari nie birthday dia ke-30..

Mcm tak percaya bila tgk angka tue...30 is quite a big number...
Tak sangka masa cepat sgt berlalu..
Along skrg dh jadi cikgu..dh ada 2 girls yg comey2..

Perjalanan kerjaya along lepas habis belajar tak selancar kawan2 yg lain...
Interview sana sini..lepas tapisan pertama tapi sangkut tapisan kedua..
Even dh kerja pun mak abah masih menghulurkan bantuan kewangan..(parents mana yg nak biarkan anak2 hidup susahkan..dh la dok jauh dari keluarga...)

Along berenti keja bila dia dh nak kawin...n terus jadi penganggur lepas kawin...
Dalam pada tue dia blaja menjahit daripada mak mentua dia..ada la 1 baju aku hasil tangan dia..not bad la..
Masa pregnantkan aina..along apply KPLI (korang tahukan ape benda nie..!!!)
Tue la org kata rezeki anak..permohonan pertama terus berjaya..
Aku pun mohon gak masa tue..tapi tak lepas..n keep on memohon n keep on gagal...huhuhu..(takde tokoh jadi cikgu kot)..

Adoiiii...blackout lak tadi..pejam mata sat aku...gelap giler...tetiba lak rasa cam takut sikit..dah la grill pun tak kunci lagi...hehehe...skrg dh mangga grill...leh sambung balik..;-)

At the same time...suami along dpt interview gomen...
Actually along yg isikan SPA laki dia nie...mungkin ada keberkatan di situ..;-)
Sang suami nie pun dh ada pengalaman yg bersesuaian ngan post nie...mungkin itu byk membantu masa sesi interview n alhamdulillah..akhirnya dia dpt jawatan tue...
Rezeki anak lagi...
Aina mmg pembawa rezeki to along n her husband...
Sekarang kehidupan along sekeluarga semakin baik dan semakin lengkap..
Ini semua berkat kesabaran dalam menghadapi dugaan yg Allah berikan...

Hmmmm...along memang confirm2 la tak baca blog aku nie...
Tapi aku tetap nak wat wish kat sini..
Happy Birthday To You Cikgu Eika...
Semoga kehidupan ko seisi keluarga bertambah selesa n bahagia..
Semoga sentiasa dilimpahkan rahmat Allah..
Semoga menjadi wanita dan cikgu yg suksess selalu..
And semoga ko selalu bermurah hati membelanja adik ko nie..hehehe...

HAPPY BIRTHDAY !!!!!!!


Along / Syahrom / Aina
Aidilfitri 2007- Penang

Tuesday, January 25, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Driving License

Salam..
Sekadar Hiburan Petang...





A mother is driving her little girl to her friend's house for a play date.

' Mommy ,' the little girl asks, 'how old are you?'

'Honey, you are not supposed to ask a lady her age,' the mother replied..
'It's not polite.'

'OK', the little girl says,
'How much do you weigh?'

'Now really,' the mother says,
'those are personal questions and are really none of your business.'

Undaunted, the little girl asks, 'Why did you and Daddy get a divorce?'

'That's enough questions, young lady! Honestly!'

The exasperated mother walks away as the two friends begin to play.

' My Mom won't tell me anything about her,' the little girl says to her
friend.

'Well,' says the friend,
'all you need to do is look at her driver's license.
It's like a report card, it has everything on it.'

Later that night the little girl says to her mother,
'I know how old you are. You are 32.'

The mother is surprised and asks,
'How did you find that out?

'I also know that you weigh 130 pounds.'

The mother is past surprised and shocked now.
'How in Heaven's name did you find that out?'

'And,' the little girl says triumphantly,
'I know why you and daddy got a divorce.'

'Oh really?' the mother asks. 'Why?'

scroll below ....








'Because you got an F in sex.'




nota kaki :
- mau pening klu dpt anak camnie....

“ Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Salam...
Cerita nie diemailkan oleh seorang kawan kepada aku...
Sangat terkesan di hati...
Aku kongsikan bersama  teman2 di sini untuk direnung bersama...
Mungkin ada yg dah baca kisah nie...tapi apa salahnya baca sekali lagi kan????..;-)



Malaikat Kecil - “ Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "
OK ayah, saya sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini". Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak".

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "
Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, "
Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..". Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?". Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati".

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. 


Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "
Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?".

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, "
Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya".

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "
Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu".

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, "
Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "
Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi "
Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. "
Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik"Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk "Jalan Ke Syurga"yang saya sedang pegang ini.

Bila "
malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR ALLAH HU AKBAR gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. 
Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
"pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"





sumber gambar : mr. google

Masjid Pertama Di Kutub Utara


Salam...
MASJID INUVIC
Masjid pertama di Kutub Utara...
Syukur Alhamdulillah..
Sebelum nie umat Islam di Kutub Utara terpaksa berjemaah di dalam kabin @ karavan lama..
Pernah juga berJumaat di bekas gereja katolik...
Dengan adanya Masjid Inuvic nie..ia memberi satu makna yg besar kepada hampir 100 umat Islam di Inuvic..

Pembinaan masjid nie dibiayai oleh sebuah organisasi Islam, Yayasan Zubaidah Tallab dari Thompson, Manitoba...
Hanya berkeluasan 140 meter persegi...
Masjid nie dibina di bandar Manitoba dan dibawa ke Inuvic dengan menggunakan jalan darat dan sungai dengan jarak perjalanan sejauh 4,000 km..jauhkan???

Setelah sampai di Inuvic, masjid nie disudahkan pembinaan secara gotong royong oleh komuniti Islam di sana..
Dihamparkan carpet merah untuk zon solat di dalam masjid dan terdapat juga kemudahan dapur dan mini library disediakan..
Secara automatiknya Masjid Inuvic juga menjadi pusat komuniti Muslim pertama di daerah zon titik paling sejuk di Hemisfera Utara..
Yang pasti kini azan telah mula berkumandang di Kutub Utara..Alhamdullilah...

Nak tahu lebih lanjut????....baca di sini




Sunday, January 23, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Rendang Kerang vs Laksa Kuah Lemak Putih

Salam..
Cite dh basi..tapi nak gtau gak...
Jumaat lepas dpt jgk aku makan rendang kerang...
Hilang dh ngidam aku nie...hahahha...

Rendang Kerang by Chef Duan...;-)

Tapiiii....
Sekarang aku terasa mcm nak makan laksa kuah lemak putih lak...
Gara2 terbaca di blog Sinar Raudah...


Haruskah aku teruskan niat aku mencari laksa kuah lemak putih ini???
Baru tengahari tadi je makcik2 di ofis aku bergosip sesama mereka mengatakan aku dh gemok....
Dagu dh berlapis...baju dh ketat...
Waaaa...sedihnyerrrr...tapi itu la hakikatnya...huhuhu..;(


Saturday, January 22, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sekolah Mana????

Semalam aku ke TNB untuk settlekan urusan tukar nama...Berkenalan la ngan akak staff nie (happen to be abah kenal akak nie)....

Akak TNB : anak ke??
Aku : a'ah!!!! (sambil senyum..akukan suka senyum..cewahhh!!!)
Akak TNB : Sekolah kat mana?????
Aku : Hahh???? (blurr jap..)
Akak TNB : Sekolah kat mana???? 
Aku : Saya keja dah (senyum lagi..ada makna tue..hehehe)
Akak TNB : Oooo..(dia pun senyum gak...terpana kot...hahahha)

Suka tul aku ngan soklan akak tue...terasa sungguh muda aku di kala itu...ternyata aku masih awet muda...hahahaha....aku sukaaaa!!!!!!

5 PKE - SMTSI
Thursday, January 20, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Special Delivery From KK...

Salam...
Petang nie aku nak balik Penang...
Ada special delivery yg aku bawak dari KK (Kuala Kedah not Kota Kinabalu...;p)

Taddddaaaaaa.....


Kerang yg telah direbus mlm tadi....

Kan aku da gtau ri tue teringin nak makan rendang kerang...
So..pagi semalam lepas breakfast terus singgah pasar beli kerang...
Tapi rasa cam nak makan sambal kerang pun ada gak nie...
Takpe la...nanti aku mintak chef aku pilih dia nak masak rendang @ sambal....

The kerang is yours, my chef !!!!...hehehe...

Jom Online Thru YM!!!!!!...


Salam..
Lama rasanya tak online thru YM...
Suatu ketika dulu itu la yg akan di"online"kan dulu bila mana PC di"on"kan..
Nape ek sekarang cam malas je nak online YM...
Hmmm..mungkin takde inspirasi kot...hahaha...

Cakap pasal YM nie..
Aku rasa cukup menyesal memperkenalkan application nie to a friend of mine...
Kenape????...

Sebabbbbbb.....

Dia telah menyalahgunakan YM nie dgn berkenalan dgn org2 yg tak semenggah...
Sungguh aku menyesal...
Dah ditegur..tapi orangnye wat dek jer..tak makan saman punyer budak...

Nyesal....nyesal..nyesallllll....
Kalau ku tahu jadi begini...akan ku biarkan ko kebosanan ngadap PC tue...huhuhu!!!


sumber gambar : miss yahoo.com

~ Esok Mak Cuti ~

Salam...
Tadi ada missed call dari mak...
Return call, mak tanya "esok tak cuti ke????"...huhuhu...
Esok keja la mak!!!!...
Kedah tak amek cuti Thaipusam...

Selamat berThaipusam la ye mak...
Syok la tue dpt cuti...;p 

Cute kan???..sya sukaaa!!!


sumber gambar : mr google


Wednesday, January 19, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ustaz Amirul

Salam..
Bila tgk iklan drama Ustaz Amirul nie teringat lak aku kejadian kat pasar nelayan minggu lepas...

Alkisahnya...lepas2 memborong lauk basah di pasar...aku pun balik la ke keta...
Kebetulan lak kat seberang jalan sana lalu la a couple (baru kawin kot)...
Lakinya segak...puannya ayu...
Aku pun kira2 terlekat jgk la tgk muka depa tue...
Sampai kan terover pulas kunci ketaku itu...
Menjerit enjin...aduhhh!!! malunya aku bila couple tue tgk kat aku...

Sebenarnya aku tak tgk sgt pun kat isterinya...
Mata aku lebih terarah pada suaminya tue..
Suka tgk bukan sebab hensem...
(wlupun mmg dia boleh dikategorikan dlm kelompok ber"rupa")..
Tapi sebab bila tgk muka dia tue nampak terpancar unsur2 islamic gitu...
aku sukaaaa!!!!!..
Tak tgk lama la tapi..ajegiler ko..nanti depa perasan lak aku dok usha depa...;p


nota kaki :
- bila broadband telah bertukar menjadi berukband...aku terpaksa meletakkan noktah sebelum aku sihirkan broadband aku nie menjadi seekor beruk...(rasanya nak dekat 20 kali disconnected...ntah2 lebih..tak plak aku kira...tapi yg pasti hatiku dh mula panas...grrrrrrr...) 
Tuesday, January 18, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hadiah Dari Norway

Yeayyyy...
Hadiah dari Norway dh sampai..
J'adore by Christian Dior perfume set n baju...
Sangat wangi dan sangat cantik...saya sukaaa!!!!!

Tapi malangnya hadiah tue bukan aku yg punya...
Housemate aku yang punya...huhuhu...nak jgkkkkkk!!!!!

 JADORE by Christian Dior For women SET-EAU DE PARFUM SPRAY 1.7 OZ & BODY LOTION 1.7 OZ & PURSE (Fragrance - women Gift Sets)
~ Housemate aku punyer kaler hitam ~


Jadore ~ Christian Dior 1.7 oz Eau de parfum by Dior
~ bau dia mmg lembut n wangi ~

sumber gambar : mr google

Teringin Lak Nak Makan Rendang Kerang..

Salam...
Semalam sedang aku BW...ternampak la aku entry Rendang Kerang Pedas di Dapur Tanpa Sempadan..
Dan secara automatiknya..aku teringin nak makan lauk tue..huhuhu..
Ade sape2 yg leh tolong masakkan tuk aku???..

Di kedai payah nak jumpa lauk nie..tambah2 di KK nie..
Asyik2 gulai temenung..gulai temenung..gulai temenung..
Tapikan gulai temenung makcik Seberang Kota tue mmg ada class..rasa sama je tiap ari..
Cuma saiz ikan n harga je yg berubah2..n satu lagi mood makcik tue n anak dia..tak consistent..huhuhu..
Kejap muka manis..kejap muka masam..kejap ramah..kejap cam nak makan org...
Klu la makcik tue baca entry nie..mau kena blacklist aku...ampun ye mokcik!!!!
Tapi walau canerpun mood depa..kedai depa selalu dikunjungi oleh org ramai..

Kedai kecik je pun...tapi ramai ko yg dtg kedai dia...
Masa cuti sek ri tue..org luar pun ada dtg makan...
Caner aku tahu???.aku tahu la sebab dressing dorang tak mcm org nak p keja..tak mcm org nak p pasar jgk..
Lagi satu dorang dtg satu family...ada mak, abah n anak2nya..kul 9 pagi ari bekerja...ape jadah bawak family makan..takkan la si abahnya sanggup ponteng keja sebab nak bawak mak n anak2 makan pagi kan??? ce pikir jap...

Mengikut firasat aku la..depa nie balik kg sebab cuti sek n depa plan nak balik ke KL (agaknya la) balik..
But....before that singgah jap kat kedai Gulai Temenung Seberang Kota nie..nak lepas gian..takut nanti termimpi2 lak...;-)

Nescafe tarik kat kedai makcik nie pun sedap...aku sukaaaa...
Kawan aku kata kopi ais dia pun sedap...dia sukaaaa...
Ooo satu lagi yg sedap..sambal belacan dia...aku dan dia dia sukaaaa...(dia dia maknanya ramai la tue...)

Choppppp!!!!nie nak cite pasal rendang kerang ke gulai temenung nie...jauh dh nyimpang nie...
Emmmm...tak kisah la...yg pasti aku suka makan dua2 lauk tue...
Bezanya..gulai temenung tue bila2 aku leh makan...rendang kerang tue aku kena tgu org masakkan tuk aku coz klu aku masak sendiri mesti tak sedap punya...hehehehe

Nanti2 aku akan cerita lebih detail pasal kedai Gulai Temenung Seberang Kota...
Masuk gambar lauk2 dia yg "banyak" tue n also the surrounding area...
Entry kali nie takde gambar coz pagi tadi me n my colleagues makan pagi kat kantin ofis kami yg baru semalam dibuka secara rasminya..;-) 

p/s : klu aku berani aku amek la skali gamba makcik tue n anaknya...masalahnya..BERANIKAH AKU????..huhuhu

Kinder Bueno...Akhirnyaaaa!!!!!

Salam...
Semalam aku ke Langkawi to attend a meeting..
Dan semalam jgk aku borong 2 bundles of kinder bueno (1 bundle ade 3 paket je..hehehe)..
Bukan tak leh beli kat tempat len..it's just that kat Langkawi muroh la siket...;p

Actually ari tue aku dh beli dh masa ade program di Langkawi..
After program terus balik umah parents aku..
Of course la letak choc dlm fridge dgn impian nak makan esok or lusa...
Ralik punya ralik..lupa dh kat choc tue sampai la aku balik ke KK balik..

The next weekends..cam biasa berdesup balik PP setelah check out at 3.30pm...
Xtvt biasa bila di rumah..buka peti sejuk..tgk kot ada pe2 benda yg leh dibaham...
Slalunya takde pun..tapi ntah la rasa syok lak dok bukak pintu fridge tue..
Freezer pun aku taram bukak..padahal dh tahu dh dlm tue ade ais batu, ayam or daging yg telah dilabelkan oleh abahku je...hahaha

Tetiba teringat lak kat my kinder bueno...
Cari peti nie takde..bukak peti sana pun takde..aik mana lak dak nie pegi?????
Cari punya cari..siasat punya siasat...akhirnya detective dpt merungkai misteri kehilangan...
Adik aku dh balun sampai habis...siut jer...tak tinggal sikit pun...tamak haloba tul la...
Tapi silap aku gak..tak gtau kat dia awai2...
Tapi akukan dh kata aku lupa pasal choc tue...so tak leh la salahkan aku..ye tak???? (huhhh alasan semata!!!)

Kali nie amek ko...aku beli 2 terus...
Tapi bukan la aku balun sorang...satu aku bwk ke ofis..bedak2 kat kengkawan aku nie hah..aku kan kawan yg baik hati..huhuhu...
Yg paling best..padan muka adik aku tak dpt abiskan kinder buenoku..hahahahaha..i loikeeeee!!!!!!!

Totally mine..hahahah!!!!



Monday, January 17, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hobby To Be...Rajin2 Jgn Malas!!!!



Salam kedinginan..hehehe..sejuk sikit mlm nie sebab baru pas ujan..n bband nie pun baru je lepas saat2 kritikal..klu tak tadi mau sakit jiwa aku dibuatnya..rasa mcm nak mkn je bband nie..dh la org  tgh lapar nie..ok..enough bout that..tukar topik lak..

Korang mesti tau kan pe benda dlm gambar kat atas tue..Ya!!!!!..10 markah tuk anda..tue la manik2@beads yg baru aku beli ujung minggu baru2 nie..mahal ek manik2 nie..byk tue je dh nak dekat 50 hengget..blm lagi amek mcm2 tue..mau kopak aku..huhuhu..

Nie suma gara2 tukang jahit yg telah menjahamankan baju aku..masa anta aku kata kat dia nak wat cam nie cam nie..kain tue berkaki so dia suggest la wat design len..biar nampak pattern berbeza sikit katanya..design yg aku ckp tue dh terlalu biasa n dia kata tak brapa nak cantik..aku nie pun ikut je la coz dia ajar menjahit so harus la hasil dia terbaik..alih2 siap..jadi baju asrama daaaa...n klu org nak kata baju kemeja batik lelaki pun boleh..hangin tul la..dari elok2 aku nak pakai time raya..sampai la tak berpakai..gara2 tukang jahit tue..grrrrrr....sebenarnya ada byk lagi yg aku tak puas ati..kekemasan jahitan mmg out n aku agak baju tue bukan dia yg jahit tapi anak murid dia yg ntah2 baru 2 3 hari blaja menjahit...mmg tak elok ko..klu leh bagi grading..aku bagi 2/10 je..

Kurung Pahang vs Kemaja Batik..

Sian tul la aku tgk baju aku tue..sekali tgk mmg mcm kemeja batik @ baju asrama..huhuhu...nak pakai pun tk semangat..walaupun aku suka if ada org tya aku school kat mana (cewah...perasan muda)..tapi seriously tak sanggup lak aku nak makai..tue yg aku plan nak tambah beads kat tanah hitam tue..nak tutup line jahitan kat tengah2 tue..aku tak penah jahit manik..jahit yg besa2 nie pun tak brapa nak cantik..nie kan jahit manik..tapi aku nak try gak la..mana la tau kot2 tangan aku nie berseni lak jahit manik..leh la aku amek upah lepas nie..wakakaka...cam mat jenin lak aku nie..benda tak wat lagi tapi berangan tahap gaban..benang n jarum pun takde lagi..caner tue????
Sunday, January 16, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Wajah Baru

At last berubah wajah jgk blog aku nie..
Rasanya dh berminggu2 aku baca tutorial blog tapi baru ari nie memfokuskan diri tuk wat...
Kebetulan plak ari nie cuti...ade la masa tuk aku godek2 sana sini..;p
Masih byk lagi yg perlu di touch up..tapi kendian la aku wat...
Harap2 lepas nie aku akan lebih rajin update blog aku nie..insyaallah....

santai ;-)


sumber gambar : mr google
Monday, January 10, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Mark Nak Tutup Kedai

Salam..
Malam tadi kawan FB aku msg aku..thru FB chat la of course...;p
Dia ada problem ngan FV dia..hehehe..aku nie mcm FV expertise je kan...hehehe...
Then dia tya aku betul ke March 15th nie FB dh takde...
Hah...terkejut jap aku...almaklum la..aku nie bukan jenis amek tau sgt pasal benda2 nie...
On FB pun sebab nak men FV and benda2 yg sewaktu dengannya je...
Jarang la aku nak menjelajah ke page org..

Dia share link news yg di baca tue...
From that news mmg si Mark kata nak tutup kedai sebab tak tahan terlalu stress jaga kedai dia nie...sian dia kan...;p
Aku baca la komen2 bawah news tue..giler ramai tak setuju dia tutup kedai...
Macam2 la sebab depa tak setuju...tapi of course la sebab paling utama coz sedara mara dorang, kengkawan dorang dok tempat jauh2..dok negara len..n hanya FB nie la penghubungnya...
Apa2 je la kan...klu korang nak tahu lebih lanjut..baca ler...

Mark Zuckerberg yang stress....

sumber gambar : mr google

Tak Sempat...

Nape ek rasa cam busy je sekarang nie..
Busy ke..wat2 busy ke..tak dapat la nak dipastikan...

Ingat2 cam nak join je Contest Anugerah Sudirman..klik sini..tapi tak thu la bila boleh nak start ngarang..
Nampak cam senang je..yelah nak cite pasal mak kita..tapi tak thu nak start dari mana...
Tapi insyaallah..akan aku usahakan cari masa tuk join contest nie..
Join bukan sebab nak adiah..coz aku nie klu masuk ape2 contest pun tak pernahnya nak bernasib baik...;-(
Join sebab nak tgk aku leh tak menterjemahkan perihal mak aku secara bertulis..hehehe..

AJL baru je abis..sepinggan mee goreng wat peneman..
hai mana tak makin gemok aku nie...huhuhu...

It's sleeping time...so kepada kamu2 semua..
SELAMAT MALAM!!!!!

p/s : sesapa nak join Contest Anugerah Sudirman tue sila2 lah...tak jadi follower pun leh join gak (kata Sudir..)
Thursday, January 6, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Nasi Lemak Bungkus & Wanita Cantik

Sarapan with nasi lemak...sedap tue...boleh menggemokkan aku..huhuhu...Sejak bekerja di sini aku mmg selalu makan nasi lemak bungkus..samada beli sendiri ke or ofismate beli ker..pendek kata dlm seminggu tue mesti akan makan..Tabiat aku klu nak makan nasi lemak..bukak je bungkusan mesti belek2 dulu info paper wat balut tue...takat nie byk jgk la info menarik yg aku "terbaca" ;p..Nie aku nak share satu info yg aku terbaca masa nak makan nasi lemak..ehehehe..WANITA CANTIK PADA USIA 31 TAHUN...

Result dari satu kajian yg dibuat di London mendapati rupa wajah seseorang wanita yang paling cantik akan lebih terserlah ketika dia berusia 31 tahun. Terdapat juga beberapa wanita yang dlm lingkungan awal 30-an kelihatan lebih menarik dan berkeyakinan tinggi daripada wanita yang lebih muda.Cantik is universal, bukan setakat bersandarkan kepada rupa paras tapi keyakinan diri yg tinggi dan gaya penampilan seseorang juga boleh menjadi antara faktor yg mempengaruhi kecantikan. 70% koresponden memilih keyakinan diri, 67% rupa paras dan 47% memilih gaya penampilan - sumber KOSMO

So..ladies out there..yg masih belum sampai umo 31 tahun tue bersiap sedia la untuk hari tersebut ye...and bagi sesapa yg dh terlepas tue..cuba cari balik gambar yg korang tangkap masa umo 31 n compare dengan sekarang or tahun sebelumnya..nampak tak kecantikan anda lebih terserlah time tue?? tapi jgn la amek gambar baru lepas bgn tido lak..confirm2 la kureng sikit ;p..bagi sesapa yg sedang di alam 31...Selamat Menjalani Tahun Kecantikan...

Apa2 pun..semua org cantik sebenarnya..kecantikan sebenar terletak di mata org yg melihatnya dan kecantikan yg ada pada setiap org tak sama letak duduknya..satu yg harus diingat ----> KECANTIKAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN..;-)


This is not me..;-)

Sumber gambar : mr google
Wednesday, January 5, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Minyak Nek Lagi..Asyik Nek Je Nie..Bilanya Nak Turun????

Ayoyoooo...
Apa nak jadi nie?????...asyik nek jer...
Hari nie RON 97 nek lagi sekupang dari RM2.30 ke RM2.40...
Eventhough aku bagi keta aku minum RON 95 je..tapi aku tumpang hangin jgk bagi pihak kawan2 yg guna RON 97...

Minyak nek rega...huhuhu

PERINGATAN KERAS
'Jangan Ditiru Aksi Ini'


Kenderaan Bebas Minyak - Pilihan Pertama

Kenderaan Bebas Minyak - Pilihan Kedua


Minyak kenderaan nek...
Minyak masak sold out...
Pendek kata yg namanya minyak suma bermasalah..kecuali Minyak Cap Kapak..Minyak Hitam..Minyak Dagu dan mereka2 yg sewaktu dengannya...;p

Lepas nie kome masak rebus2 aje udah ler...
Lebih sihat dari sudut kesihatan...
Lebih jimat dari sudut kewangan...hehehe...
Tapi masalahnya sekarang...larat ke nak makan rebus je tiap ari...mau muntah aku...wekwekwekkkk...

Ada org kata...minyak kurang di pasaran sebab hujung tahun kilang minyak byk yg cuti...
Cam tak logik jer...huhhh!!!

Minyak dh nak abis nie..kena beli dh nie...
~ Kak Pah Bedah ~

"Sorry kak..minyak bo liaw la..."
~ Tokey kedai runcit Tong Sap ~

"tadak jgk..merebus je la aku malam nie...!!!"
~ Pasar Mini Kira Wang ~

Padan la minyak abis...abg nie borong sakan...
Sorang 1 kg je bang...

Sedapnya koripap...kalau rebus ke..kukus ke..agak2 sedap tak???


Sumber gambar : Mr Google


Ghost Whisperer

Salam semua...
Org buat blog..aku pun nyibok nak wat...
Org idea mencurah2..aku kekeringan idea...kuikuikui...
Korang layan je la gambar2 cite Ghost Whisperer nie...
Season nie aku rasa lebih syok dari season lepas...
Sejak2 si Melinda nie ade anak...;-)


Selasa..9.30 malam..8tv
Don't Miss It!!!!


Jennifer Love Hewitt...cantikkk..mcm aku..hahahha (perasan jap..;p)


mummy and daddy


The son, Aiden..suka tgk dia..muka innocent sungguh!!!!!


"Aiden kena dengar ckp mummy n daddy...jgn p main dgn the shadows"...


Baru tgk episod nie mlm tadi..
as usual..aiden kelihatan sungguh innocent...
wajah suci gitu...hehehe...


Sumber gambar : Mr Google


Tuesday, January 4, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Cam Betul Je Khabar Tue!!!!

Salam semua....

2 3 hari nie aku ada terdengar2 akan berlaku rombakan di office aku...
Masa aku kena p wat keja kat tempat len..time tue la depa baru nak bukak cerita...hampeh tul...
Tertinggal sudah aku berita sensasi tersebut...cissss...

Masuk ofis thari tue...member aku kata dia mungkin kena wat keja yg sama lagi..
Aku plak katanya mungkin takkan sama dh ngan depa..jeng3x..suspenyerrrrrrr!!!! 
Tapi aku wat2 cool je la wlupun hati berkobar2 nak tahu...hahaha...poyo tul la...

Pagi nie awal2 lagi dh p ngadap big boss...
Lama plk kena tahan..siap kena suh minum kopi n makan goreng pisang lagi...
Tue yg wat aku tak brape berkenan nak jumpa big boss pepagi tue..tolak rezeki tul kan aku nie...hmmmmm

Masa p breakfast tadi..bos kecik tya bos besaq ada ckp pe2 tak pasal nak tukarkan aku ke bahagian "itu"...
OMG....kenapa bahagian "itu"???..big boss tak kata pa lak tadi...hmmm

Aku harap2 tak betul la...tapi petang tadi ternampak lak member aku pegang carta organisasi yg diconteng2...
Kelihatannya mcm nama aku diletakkan di bahagian "itu"...
Aku baru nak usha lebih2...member aku dh rembat kertas tue ke pangkuan dia..hampeh tul la...
Bukan ke "sharing is caring"???....
Sungguh tak caring kawan aku tue...cissss kali kedua!!!!...

Bahagian yg agak mencabar bagi aku yg baru setahun jagung nie...
Tapi kena anggap ini sebagai satu cabaran...
Kalau la betul aku kena tukar ke bahagian "itu"..aku harap aku dapat buat yg terbaik...

Tak nak ckp lagi la....
Susah ati bila terkenangkan...
Tunggu dan lihat je la...huhuhu...

Mungkinkah dari ini.....

Kepada ini...?????

Dok google2 terjumpa lak gambar my big boss nie...
femes jgk bos aku nie..siap masuk tenet lagi...heheheh...

              

2 gambar kat atas tak related pun ngan cite aku nie...
cuma teruja tgk depa punya pose..sama ko....hahahaha!!!!!!



sumber gambar : mr. google