Friday, August 5, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sekeluarga Berbuka Laksa

Assalamualaikum...

Pagi semalam sedang aku berdiskusi bersama officemate, aku terima sms dari abah berbunyi begini :

"Angh blek tak, klu blek bli lksa"


Alamakkk..Baru plan tak nak balik minggu ni..Sudahnya aku balas balik berbunyi begini :

"Mgu ni x blk kot..tp tgk dlu la ptg ni cane..nti angah sms blk.."


Akhirnya aku balik la jugak..on the way balik singgah beli laksa di Teluk Kechai..balik rumah..kemas-kemas barang..lebih kurang jam 4.50 bergerak meredah highway untuk pulang ke sarang..;p..target mesti sampai sebelum jam 6 petang sebab nak tengok cerita cina di NTV7..hehehe..(perjalanan balik lebih kurang sejam je pun..bukan jauh sangat pun..poyo je lebih..;p)

Jadinya menu berbuka semalam adalah Laksa Teluk Kechai yang DULUNYA tak disukai oleh mak aku, kerana katanya kuah cair atau lebih sedap disebut cheroi oleh orang utara..Abah memang hantu laksa..jadinya memang bagi dia takde masalah..


Inilah rupanya laksa tu..istimewanya pada sambal kelapa..itulah pemekat kuah laksa yang cheroi ni..agaknya memang saja kot depa buat cheroi..kalau tak, tak nampak la fungsi sambal kelapa tu..untuk pengetahuan, telur tu "add on" ye..harga lain..Keluarga kami memang tak biasa berbuka dengan nasi berlauk..nasi berlauk hanya di makan pada waktu sahur..


Ini pulak rupanya kalau kita beli bungkus..sila potong sendiri ye timun, bawang dan cili api tu..bungkusan kecik oren tu sambal kelapa dan bungkus kecik satu lagi tu, daun putat yang dihiris halussss..laksa yang digunakan laksa beras dan realitinya telur ayam tu memang takde dalam pakej "take away"..kalau nak balik rumah rebus sendiri..


2010


2011

Untuk 2 gambar di atas, pandai-pandai la buat penilaian sendiri ye..kedai laksa ni memang menjadi tumpuan di kawasan Kuala Kedah ni..kalau hujung minggu di bulan-bulan tak puasa, memang berderet-deret kereta parking tepi jalan semata-mata nak makan laksa sambal kelapa ni..sejak aku mula jadi anak rantau di bumi Kuala Kedah pada tahun 2010 hingga sekarang, itulah pemandangan yang disajikan bila melintas kawasan ni..kalau masa cuti sekolah pelbagai abjad plat kereta kita boleh nampak..kecuali hari Rabu kalau tak silap sebab kedai ditutup..

Bagi sesiapa yang teringin nak rasa "Laksa Sambal Kelapa Teluk Kechai" ni silalah berkunjung ke Kuala Kedai..kedainya betul-betul tepi jalan besar..senang je nak jumpa..sapa-sapa nak tempah tuk makan kenduri ke apa ke silalah telefon di nombor yang tertera di bawah ye.."Pakcik Zakaria sila bagi saya komisen ye kerana telah mempromosikan kedai anda!!!!..;p"




sumber gambar : mr google...

8 comments:

penyejuk hati said...

menariknya kedai laksa ni..mesti cuba gak one day.

nway,selamat berpuasa rania..^_^

RaNiA said...

penyejuk hati : silakan..dialu-alukan..selamat berpuasa tuk awak jgk..

sekamar rindu said...

salam..

suka suka laksa ni....

RaNiA said...

sekamar rindu : w'salam...suka ek..hehehe..

luqman zakaria said...

dah lame x makan laksa..dulu kalau kat rumah selalu dapat makan laksa nih..tapi kalau kat kolej ..hurmm xde, pon..kalau ade mesti x sedap macamk ibu yg masak..

RaNiA said...

luqman : nanti balik rumah jgn lupa minta ibu tolong masakkan ye..:-)

Izan said...

weh, jgn la sebut laksa. lama tak makan ni.,.. huhuhuh

RaNiA said...

izan : buat la weh..hehehe..