Monday, March 28, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sehening Pagi


Salam..
Selamat Pagi Semua...



 

Kawasan bendang yang berkabus




Sarang lelabah yang diselaputi titisan hujan..



Kabus Tebal
Sunday, March 27, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sakura Malaysia


~ tak perlu susah-susah terbang ke Jepun..di Malaysia pun ada..:-) ~






Nota kaki :
- permandangan yang paling cantik sepanjang laluan aku adalah di hadapan 2 buah masjid..sangat indah..gambar di atas adalah salah satu daripadanya..:-)
Saturday, March 26, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Mari Mengundi

Salam...Selamat Malam

ESOK KENA KERJA..HUHUHU...

Esok akan diadakan Mesyuarat Agung Persatuan..
Akan ada proses pengundian untuk lantikan ALP dan AJK baru...
Aku dilantik menjadi salah seorang pengeluar kertas undi...
Macam bagus je bunyi kan..hahaha...

Tak tahu la pukul berapa nak habis tue..
Ahli Persatuan ada dalam 4000 lebih...
Kalau semua datang mengundi..fuhhhh...naik juling la mata nak kira undi..




sumber gambar : mr. google
Friday, March 25, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Aerobics

Salam...

Pagi tadi aku dan 2 orang kawan pergi ke Taman Rekreasi...
Tujuannya adalah untuk join aktiviti aerobics di sana...
Seawal jam 7.30 pagi dah bertolak ke sana...
Aerobics mula jam 8.00 pagi...

Rasanya dah nak dekat setahun kot aku tak jom aerobics...
Kali terakhir jom masa aku baru-baru kerja di sini...
Ada la sekali dua kot...lepas tue tak pergi dah...
Bukan sebab malas...tapi atas faktor masa...
Habis kerja jam 5.00 petang..class start jam 6.00 petang...
Nak Asar lagi...nak salin baju lagi..nak redah kesesakan lagi...
Kelam kabut..

Memang excited la nak join aerobics...
Tambah-tambah bila dengar lagu rancak..teruja...;p
Mula-mula buat ok..bila dah tengah-tengah macam dah tak brapa nak ikut dah kerancakan tue...
Mungkin sebab dah lama tak buat kot...steps dia pun tak berapa nak catch up lagi...1st time join la katakan..:-)

Bila tiba part slow..tetiba je kepala aku rasa kembang...
Aaaa sudahhhh...
Aku boleh agak apa akan jadi kalau aku tak bertindak cepat nie..
Perlahan-lahan aku ke tepi dan duduk kat situ...
Bila rasa macam dah ok, aku bangun nak join semula...
Rasa masih tak stabil, aku pergi duduk balik...tengok kawan-kawan aku ber'aerobics'..

Tetiba instructor tue tegur la pulak...
Silap la..patutnya aku pergi la duduk jauh sikit..
Duduk tepi tue je..dah kena tegur..
Dia tanya "yang duduk tue ok ke?"..aiseymen..banyak mata memandang..;(
Dari kejauhan aku buat isyarat bagus je la..mulut pun cakap ok..walaupun aku tahu dia bukan dengar pun...

Dia tanya aku pening ke??..
Anggukan aje..
Nak kata tak, memang confirm la dia takkan dengar..buat penat aku cakap je..
Memang aku tak pening pun..cuma simptom2 nak pitam je yang datang...
Dia datang dan bagi aku gula-gula..
Dia kata mesti tak makan nie..hmmm..memang pun..
Dulu-dulu pun kalau pergi aerobics pagi-pagi memang tak makan pun..tapi ok jer..

Bila dah naik atas stage semula..dia kata mesti malam tadi tak makan...
Baru aku teringat..malam tadi memang aku tak makan apa pun...tak ada selera...
Pagi tadi pun hanya minum air coklat setengah cawan...
Maka (sungguh ayat buku..;p) tahulah aku penyebab kenapa aku rasa nak pitam..
Jadinya kengkawan..jangan lupa isi perut sikit sebelum nak bersenam..
 
 ~ Sekian Pesanan Daripada Pihak Penaja.. :-) ~




Mee Kari for breakfast



sumber gambar : mr. google



Thursday, March 24, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Burung Kasuari

Salam...

Petang tadi tengok National Geographic di TV1 tentang Burung Kasuari..
Tengok pun dah tengah-tengah program..tapi menarik juga...
Try google info mengenai binatang nie...

Burung Kasuari 

- burung yang mempunyai ukuran tubuh yang sangat besar dan tak mampu terbang
- burung kasuari dewasa mempunyai tinggi mencapai 170 cm, dan memiliki bulu berwarna hitam yang keras dan kaku


- terdapat 3 jenis kasuari; Kasuari Gelambir Tunggal (Casuarius unappendiculatus), Kasuari Gelambir Ganda (Casuarius casuarius), dan Kasuari Kerdil (Casuarius bennetti)
- mempunyai tanduk di atas kepala. Ia membantu burung ini sewaktu berjalan di dalam hutan yang lebat.
- mempunyai kaki yang sangat kuat dan berkuku tajam
- burung kasuari betina biasanya berukuran lebih besar dan berwarna terang daripada burung jantan.
- burung betina akan meninggalkan telur sebaik sahaja bertelur dan burung jantan akan eram telur termasuk jaga anak-anak bila dah menetas


- si ibu sering beranggapan anak-anak seperti pesaing kepada si ibu 
- burung ni sangat menghargai air walaupun air berlumpur.
- habitat berbentuk kawasan keluarga. Bermakna dalam satu-satu kawasan takkan ada 2 keluarga burung
- Jika kawasan diceroboh, si bapa akan panggil anak-anak dengan bunyi yang perlahan
- Bila dah selamat, si bapa akan kembangkan bulu dia jadikan macam khemah untuk anak-anak berlindung





sumber gambar : mr. google
Wednesday, March 23, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Jadi Pelancong Kejap

Salam...

Dah lama tak pekena gulai temenong makcik Seberang Kota..
Aku pernah bercerita pasal gulai nie kat sini ...
So..pagi tadi aku dan 2 orang kawan pergi sarapan di sana..
Dan semestinya dengan nasi separuh...hehehe..
Mood makcik gulai temonong hari ini : sedikit moody..hehehe lagi...

Kebetulan pula jumpa 2 orang officemate aku makan di sana...
Baru je order air..sampai lagi 3 orang officemate aku...
Apa lagi..sambung meja la jawabnya...
Memang rezeki aku hari nie..
Sarapan pagi di sponsor..siap ada udang goreng fresh lagi..yum yum..

Suasana meriah pagi nie...
Kebetulan pulak ada nelayan baru balik dari memukat ikan...
Dapat la tengok dorang punggah naik ikan..
Tapi aku tak beli pun..just klik klik sana sini..
Jadi pelancong jap aku pagi tadi..hehehe...
On da way nak ke kereta..aku singgah beli kerang..agak mahal RM 4/kilo...



Ini nelayan sampan kecil..so..cara punggah ikan pun masih tradisional..



Pakcik yang mencangkung tue dok jual ikan la tue...


Ada 3 sampan punggah naik ikan pagi tadi...
Tapi yang sampan tengah tue la paling banyak ikan..


Ini la keadaan di jeti nelayan..orang dah kurang sikit time nie..


Ini pulak lunch aku untuk hari nie..hehehe...
Selamat menjamu selera ye kawan-kawan...



Monday, March 21, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Broadband @ BERUKband

Salam...

Panas..hangin..sakit jiwa...semua ada...
Sungguh teruk connection broadband aku sekarang nie..
Nak kata sebab aku amek pakej murah...adik aku yg amek pakej mahal pun dok merungut...
Tue pun ada hati nak suruh aku down grade pakej...

Tak payah la dok sibuk-sibuk buat promotion sana sini klu kualiti coverage masih di takuk lama...
Nak untung tapi kepuasan pelanggan tak di ambil kira...
Takut nanti bukan makin ramai yg amek pakej awak..tapi mungkin makin ramai yg terminate service awak..


"Kesayangangku"


thanks to : mr. google

Selamat Pagi

Salam..

Selamat pagi semua..
Jom g breakfast..






Thursday, March 17, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kesan Radiasi Nuklear Kepada Manusia



1. Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selsema.

2. Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

3. Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

4. Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rodak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

5. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiriod yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

6. Menurut data kesan pemgeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukimia dan barah limfoma.


Petikan : Berita Harian
Wednesday, March 16, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Selasa Rabu Khamis

Salam...

Bermula sudah episod cuti 3 hari aku..
Selasa, Rabu & Khamis...
Hari nie masuk hari kedua aku bercuti..
Hmmm..tak kemana pun..dok umah jer..
Kebetulan pulak saudara dari Perak n Semenyih datang bercuti..pagi tadi baru balik...

Apa motif aku bercuti sebenarnya pun aku tak thu..
Kononnya sebab akak aku nak balik penang..
Kononnya lagi sebab aku nak ajak dia pegi la jenjalan ke mana2...
Tapi semuanya tak menjadi pun...
Yang jadi hanyalah lepak di rumah..melayan kerenah si aina yg kadang2 menaikkan darah aku...
Nak makan itu, nak makan ini...bola milo, ais krim, jeruk, air gas, air ribena..macam2..
Kita nie dok risau dia sakit perut masuk mcm2 dlm perut tue..
Tapi budak2 kan...mana nak paham..klu dh kata nak tue..ckp la ape pun..tak jalan jgk...

Esok dah nak hantar dorang balik KL..
Nampaknya mmg tak ke mana la jawabnya..
Malam tadi je pegi makan Char Koew Tiaw..
Tue pun jenuh melayan kerenah budak bertuah sorang nie..
Nie tadi baru je buat jatuh ais krim atas karpet..
Ntah apa yg dok kejar pun tak tahu..berlari sana sini...
Nie dok dgr men air plak..kena pegi tengok budak bertuah nie..apa ntah projeknya...


Char Koew Tiaw Sg. Dua
Saturday, March 12, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Tip Membeli Minyak Wangi



Salam...
Sedikit info untuk dikongsi bersama..
Sumber dipetik daripada Majalah Rapi (majalah kesihatan no. 1 di Malaysia) ..

~ Keadaan Iklim ~ 
Apabila musim panas, amat digalakkan menggunakan wangian yang lembut. Ini kerana kulit yang berpeluh akan menajamkan lagi bau wangian tersebut.

~ Usia ~
Bagi anda yang berusia, biasanya mempunyai kulit kering dan menyebabkan wangian akan menyerap ke dalam kulit. Wangian yang lebih tajam amat sesuai untuk dipakai.

~ Waktu Membeli ~
Waktu yang sesuai untuk membeli adalah pada waktu siang. Ini kerana hidung lebih sensitif dan peka pada waktu siang. Jangan membeli minyak wangi selepas menghidu bawang putih atau menghidu wangian lebih daripada tiga. Ini kerana bau yang masuk ke dalam hidung berbeza dengan bauan sebenar.

~ Tekanan ~
Jangan membeli minyak wangi dalam keadaan tertekan atau terpaksa kerana pengaliran darah dalam badan lebih laju dan boleh mengubah selera anda.



sumber gambar : mr. google

Pekan Rabu

Salam...

Minggu nie tak balik kampung..
So..semalam aku bawa diri sorang-sorang ke Bandar Alor Star..
Seawal 9.00 pagi aku dah keluar rumah...
Cuaca tak panas sangat time..paling penting senang dapat parking..hehehe

Agenda pertama : Makan
Sebenarnya nak breakfast kat McD di City Plaza..
Jalan punya jalan..sampai la ke sana..
Tengok dari luar McD ramai orang..tapi masih ada meja kosong lagi..nasib baik..
Tapi nak masuk kot mana nie..pintu utama CP tak buka lagi..
Ikut mana lak org2 nie masuk????..
Malas nak tercangak2 cari..aku terus seberang jalan..menapak ke KFC..
So..pagi tue..bersarapan la aku di KFC sambil layan cite kartun..
Syok gak..pasal team anjing nak masuk perlawanan bola sepak..;p

Dekat dengan meja aku tue..ada seorang ibu dan anak sedang bersarapan...
Sedang aku asyik menghabiskan kopi aku yg kurang creamer tue..
Tetiba aku terdengar seseorang sedang mengeja perkataan...
Ku toleh ke sebelah..ku lihat si ibu tadi sedang mengajar anaknya mengeja..
s.a = SA.. y.a = YA...SAYA....
s.u = SU.. k.a = SA...SUKA....
m.e.m = MEM.. b.a = BA.. c.a = CA...MEMBACA (diulang 3 kali coz si anak tak dpt nak sebut betul2)
b.u = BU.. k.u = KU... BUKU....
SAYA SUKA MEMBACA BUKU...
Terpikir aku..mungkin ini cara orang sekarang mengajar dan menarik minat anak2 untuk belajar kot...
Ok la jugak..2 in 1..makan dapat..ilmu pun dapat..
Boleh dipraktikkan nie..hehehe..

Agenda kedua : CIMB Bank
Sebenarnya takde dalam agenda pun..
Masa di KFC tadi dok godek2 handbag..tengok banyak la plak duit nie hah (wakakaka..banyak la sgt kan..)
Duit untuk tukar timing belt sebenarnya..;-)
So..sebelum duit tue kehabisan..baik la disimpan awal2..
Nasib baik di Cash Deposit ATM takde orang..tak payah la nak beratur bagai..

Agenda ketiga : Ikan Pekasam
Ini sebenarnya agenda pertama aku..tujuan utama aku keluar semalam..hehehe
Minggu depan aku akan bercuti coz akak aku akan balik Penang..
Mak pesan belikan Pekasam Sepat n Lampam di Pekan Rabu..
Tak tahu nak beli di kedai yang mana satu..main redah je..sama je kot kat kedai mana2 pun..
Usai beli pekasam..cari topup lak..
Mengagau cari..turun naik tangga..
Tadi eksyen takmau beli kat kedai2 tepi jalan tue..
Kononnya skali harung je "shopping" kat sana..sekali amek ko..padan muka..hahaha..
Akhirnya setelah bertanya sana sini..jumpa jgk...hmmmm..

Agenda keempat : Tempah Baju
Masa di KFC tadi aku ada call kawan aku..
Tanya lokasi kedai Presiden..nak tempah baju korporat la kononnya..
Sebelum menapak ke KFC tadi aku dah round kat area yang aku agak2 kedai tue terletak...
Tapi tak jumpa la plak..rasanya hari tue pegi kat situ..
Rupa-rupanya bukan kat situ la..kat tempat lain..
Mencari lagi aku..dua tiga kali buat U-turn..
Akhirnya jumpa jgk tapi malangnya kedai tue tutup daaaa...malang sungguh...huhuhu..

Agenda akhir : PPK C-2 Kerpan
Esok cadangnya nak drive sendiri ke mesyuarat sambil2 cam jalan..
So..semalam pergi la survey tempat tue n cari kedai Nasi Gulai Itik..
Esok pagi nak singgah beli nasi tue dulu..
Pernah makan sekali..sedap jgk..so esok mesti dapatkan sebungkus..
Office-mate pun dah pesan sebungkus..hehehe..

Seronok juga keluar sorang-sorang nie..
Bebas nak buat atau pergi ke mana pun..
Tak payah la fikir kot2 orang lain penat ke..tak suka ke..atau ape2 je la...
Yang paling penting semua yang perlu dibuat n dibeli dah selesai...
Minggu depan leh angkut barang balik Penang...yeayyyy..





Ikan Pekasam


sumber gambar : mr google (tak teringat nak tangkap gambar smlm..huhuhu..)




 
Wednesday, March 9, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kurun Bila Nak Siap Nie?????



Salam...

Aku dah balik dari Tg. Dawai...
Ingatkan nak la bersenang lenang petang nie..
Hmmm..angan-angan tue buang ke laut je la...
Baru teringat report tuk mesyuarat Ahad nie tak siap lagi..
Aduhhhh..Khamis nie dh nak kena submit lak...
Masalahnya..aku pun tak pasti report apa yang dorang nak..
Haiii..bila kurun la nak siap report aku nie..
Naik muak dah dari hari Ahad sudah dok ngadap benda nie...
Redah je la...
Nanti yang nak menjawab aku jugak..
Tak dapat jawab..padan la ngan muka aku..huhuhu...
Wish me luck ye kengkawan...:-)


sumber gambar : mr google

Jom Jalan-Jalan

Salam...

Ada sesapa nak ikut p jalan-jalan tak????heheheh...
Jom..jom..jap lagi dalam kul 8.30 am aku nak bertolak ke Tanjung Dawai..
Jangan tak thu..kalau di Kedah nie..Tg. Dawai mmg femes ngan hasil2 laut kering..
Ishh..kalau la mak tahu nie..harusnya dia pesan belikan ikan bilis nie...;p

Tapi part nie la yang paling tak best nie..
Aku ke sana bukan saja2 nak ronda..
Kena attend mesyuarat la..potong tul...
Hmm..apa nak dikatakan lagi..

" SAYA YANG MENURUT PERINTAH "

Ikan Bilis!!!!! Ikan Bilis!!!!!!!

sumber gambar : mr google
Tuesday, March 8, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kek Kegemaranku

Salam....

Seronok baca entry pasal baking2 kat blog kengkawan...
Nak wat sendiri, tak tahu la bila nak buat tue..
Dari tahun lepas lagi kata nak beli oven..
Sampai la skrg tak beli2..hehehe..

Aku yakin suma org masa kecik suka makan kek..
Tambah2 kek aising..tak kira la perisa apa pun..asalkan namanya KEK...
Aku pun suka jugak..
Tapi bila dah makin membesar dan menua nie..dah semakin kurang kesukaan tue...
Kata orang..tak dapat makan pun takpa..takde la nak guling2 nangis atas lantai...hehehe

Aku memilih sekarang nie...
Kalau moist cake aku makan...kalau sponge cake hmmm terima kasih je la...
Tapi yang pasti mmg dari dulu lagi aku suka kek coklat...sedapppp...
Dan tambahan satu lagi iaitu CHEESE CAKE...
Memang kegemaranku la..

Dulu-dulu tak suka pun cheese cake nie...
Tapi sejak2 kenal cheese cake from Secret Recipe nie..terus jatuh chenta...hehehe
Yang paling aku berkenan ialah New York Cheese Cake...

Ini la rupanya kek kegemaranku...yummy..


Kalau pergi SR mesti cake nie yang aku pilih..
Rasa dia ada masam2 sikit...
Mungkin ada campuran oren kot..ntah la aku pun kurang pasti..
Ke mmg rasa cheese cam tue...aku tahu makan je..hehehhe
Lagipun dh namanya SECRET RECIPE..
Harus la tak thu apa kandungan bahan2nya..ye tak???

Hmm..walaupun suka...tapi tak leh la makan slalu...
Harga yg a bit mahal satu hal...
Yang paling penting..cheese tue...boleh naik berat badanku..huhuhu..
Tapi yang pasti balik kampung nanti aku nak p serbu SR di Bertam...

Di Kedah nie bukan takde SR..
Cuma aku nie pompuan melayu terakhir...tak kuar rumah...wakakakak...
Giler geli mendengarnya...
Tapi yelah..apa nak dikatakan...aktiviti harian aku hanyalah pegi keja..balik keja...
Hujung minggu balik kampung...sungguh tak sosial...huhuhu..
Lepas nie nak try la berfoya-foya..wakakaka...


sumber gambar : mr. google
Sunday, March 6, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Uishh...Hujan La...

Salam..

It's raining mannnn!!!!!! hahahha
Start jam 5 lebih tadi sampai sekarang masih hujan...
Wah sejuk la malam nie...

Rumput-rumput di depan rumah aku mesti menari-nari keseronokan..
Baru je pagi tadi aku kata..hmmm..rumput pun dh nak mati sebab panas sgt..
Alih-alih hujan plak petang nie...Syukurrrrr...

Wahhh..galak betul bunyi hujan kat luar...
Makin ditegur makin lebat pulak..hehehe..
Nie kalau basuh keta nie bagus nie..hehehe..guna air hujan je la..FOC gitu...

Hari nie dapat free gift lagi...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

~ ikan temenong je...tapi segar dari laut...;-) ~


Cadangnya nak kurangkan makan nasi...
Tapi takkan tiap hari nak wat ICT kot..
Kena cari menu baru nie..tulun..tulun...

Wednesday, March 2, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Esok Balik Kampung

Salam..

Lama sungguh tak update blog..
Bukan takat blog..email pun buka kejap2 je..farmville dh serah urus pada org lain..huhuhu..

Kampung pun dah sebulan tak jengah...
Kalau tak sebelum nie..tiap2 minggu balik kg..
Ntah2 dulu org kg pun dah jemu tgk aku...
Agak2 la nie depa rindu tak kat aku???..hehehe..;p

Petang tadi beli ikan siakap sekor..
Habuan tuk bawa balik kg..
RM18.00 sekor..murah ke mahal hah???
Aku tak pernah beli ikan besar2 nie..
Takat ikan kembong tue selalu la...hehehhe...

Untuk mak aku bawak balik baju kurung 2 pasang..
Actually mak nak try tailor yg aku tempah baju kat sini..
Harga pun ok..sepasang RM25.00..
Kurung moden pun harga sama...
Kalau di Penang payah tak dapat harga tue..(kat area aku la)

Tak ketinggalan coklat Daim yg dibeli di Langkawi hari tue..
Mak siap pesan suh beli untuk cucu dia skali..amboiiiiii...
Juga Kinder Bueno for my brother..
Asyik beli Ferrero Rocher je..tukar angin lak kali nie..

Untuk abah...
Tak beli ape pun..
Uishhh..kejam kejam..
Tapi last balik kg hari tue dah bagi kain pelekat satu..
So kali nie beli tuk mak n adi la plak..

Hmmm..abah rajin masak..
So aku rasa aku nak dedicate ikan siakap tue tuk abah la...
Boleh tak cam tue????..hahaha...cam tuju lagu lak..

Ohh...tak ketinggalan..berpasang2 baju kerja yang aku tak sempat gosok gara2 kesibukkan yg melanda...
Aku tak gemar gosok baju malam or pagi before nak pegi kerja...
Aku prefer gosok hujung minggu..buat stok seminggu dua..
Pagi2 just gosok tudung jer...senang..tak kalut..

Semalam 1 March 2011..genap setahun aku keja kat sini..
Semalam jugak secara rasmi aku bertukar bahagian..
Frankly speaking..aku lebih happy kerja di tempat kerja lama dari di sini...
Tapi mungkin ada hikmah di setiap apa yang terjadi..
Mungkin ini satu fasa perubahan untuk aku..
Perubahan untuk menjadi seorang yg lebih berjiwa kental..

Banyak perkara yang memerlukan komitmen aku sekarang..
Walaupun ada sesetengah perkara tue aku tak ikhlas terima pada permulaannya...
Tapi berkat muhasabah diri..aku dapat terima juga akhirnya..
Aku anggap ini sebagai satu persediaan untuk aku di masa hadapan..(mana la tahu kot2 nanti dapat pegang jawatan tinggi ker..hehehe..angan2 kena ada...;-)


Sama spesis bezanya siakap aku matanya jernih :-)

nota kaki : 
- tak thu la kenapa malam nie aku rasa pernafasan aku tak lepas..oksigen tak memenuhi ruang paru2 aku sepenuhnya..huhuhu..