Saturday, March 12, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Tip Membeli Minyak Wangi



Salam...
Sedikit info untuk dikongsi bersama..
Sumber dipetik daripada Majalah Rapi (majalah kesihatan no. 1 di Malaysia) ..

~ Keadaan Iklim ~ 
Apabila musim panas, amat digalakkan menggunakan wangian yang lembut. Ini kerana kulit yang berpeluh akan menajamkan lagi bau wangian tersebut.

~ Usia ~
Bagi anda yang berusia, biasanya mempunyai kulit kering dan menyebabkan wangian akan menyerap ke dalam kulit. Wangian yang lebih tajam amat sesuai untuk dipakai.

~ Waktu Membeli ~
Waktu yang sesuai untuk membeli adalah pada waktu siang. Ini kerana hidung lebih sensitif dan peka pada waktu siang. Jangan membeli minyak wangi selepas menghidu bawang putih atau menghidu wangian lebih daripada tiga. Ini kerana bau yang masuk ke dalam hidung berbeza dengan bauan sebenar.

~ Tekanan ~
Jangan membeli minyak wangi dalam keadaan tertekan atau terpaksa kerana pengaliran darah dalam badan lebih laju dan boleh mengubah selera anda.



sumber gambar : mr. google

3 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Dulu kini dan selamanya kut hanya 1 wangian je yg saya suka.

Izan said...

thanks for sharing... =)

Anonymous said...

salam..

selalunya saya akan beli minyak wangi bila dah betul2 puas hati..