Friday, April 8, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hadiah Yang Tak Best

Salam...Selamat Petang Jumaat..


Pagi tadi aku bercadang nak top-up no. celcom aku..Disebabkan sekarang ni aku hanya ada satu h/p, sim card celcom tu hanya tersimpan dalam purse je la..Cuma kadang-kadang aku akan minta share credit dengan officemate or adik aku untuk pastikan baki kredit aku tak burn begitu sahaja..Lebih kurang seminggu lepas aku dah beli kad top-up tapi disebabkan kesibukan dan kelupaan, baru pagi ni aku teringat nak top-up (maklumlah..h/p tinggal satu je).

Selepas bertungkus lumus mematikan h/p - cabut bateri - keluarkan sim card maxis - masukkan sim card celcom - pasang bateri balik - on h/p - masukkan lock code, tiba-tiba "sim card registration failed"..sudahhhh!!!..Cabut sim card dan pasang semula, masih sama. Cabut lagi dan tengok cip dia, macam berkarat. Gigih cari pemadam untuk bersihkan cip (biasa tengok kat kaunter bank diorang buat macam tu bila tak boleh baca I/C). Masih tak berjaya, masih sama. Bersihkan lagi sampai bersih la cip tu dikerjakan tapi masih sama juga. Dalam hati cakap mesti sim card ni rosak ni. Dah satu kerja nak kena pergi Celcom Center.

Lepas jumaat, ajak adik pergi. Orang ramai, ulat celcom pun ramai..hehehe.(nasib baik aku memang ada urusan di sana..kalau tak jenuh juga nak bertepis). Tunggu tak sampai 5 minit, giliran aku sampai..bagussss!!!..Aku pun bagitau la kat staff tu masalah aku. Dia minta no. h/p, tapi malangnya aku sendiri tak ingat no aku (teruk betul!!!). Dia minta I/C dan semak dalam sistem. Katanya tak ada nama aku. Biar betul ni!!!! Aku minta adik aku check no aku kat h/p dia. Bagi kat staff tu, dia semak, kemudian dia tanya aku dah lama tak top-up ke?? Aku jawab lama juga la, tapi tak sampai 2 bulan. Dia cakap no aku tu dah kena terminate sebab dah lebih 65 hari tak top-up. Terkedu pulak aku mendengarnya. Rasanya tak sampai selama tu aku tak top-up. Tapi aku pun tak berapa pasti sebenarnya sebab memang sebulan dua ni aku sibuk. Tambah-tambah sejak bertukar unit, berganda-ganda sibuknya.

Dia maklumkan no tu dah tak boleh digunakan langsung. Kalau aku nak beli balik no tu pun dah tak boleh. Senang cakap memang tak boleh dapat balik la no tu. Sedih betul aku dengar, rasa macam nak menangis pun ada. Aku sayang no tu walaupun jarang guna. No tu dah bersama dengan aku dekat 7 tahun dan paling penting itu bukan no recycle. Sebelum ni aku ada 2 h/p, jadi memang tak ada masalah nak top-up sebab no tu memang sentiasa terpasang. Sejak-sejak h/p tinggal satu ni memang terabai no tu. Salah aku juga, masa beli top-up hari tu aku tak terus top-up sebab rasa tempoh dia jauh lagi. Rupa-rupanya dah nazak no tu, aku je yang tak sedar.

Selamat tinggal 013-4912892, jodoh kita takat sini saja. Hati aku belum tergerak lagi nak beli no baru sebab kebanyakan no baru yang ada di pasaran sekarang majoriti no recycle. Aku pernah terkena dulu. Asyik dapat panggilan tanya pasal ayam. Agaknya dulu tokey ayam kot guna no tu. Terus aku tak pakai no tu.

Hmmm..awal-awal lagi dah dapat hadiah yang tak best untuk birthday aku. Tapi yang pasti, aku akan beli juga satu h/p baru untuk kemudahan aku. No baru tu, aku hold dulu. Mungkin akan pertimbangkan untuk dapatkan no postpaid pula kot. Tengok keperluan.




p/s : panjang plak entry aku petang ni..huhuhu

6 comments:

Anonymous said...

salam....

simpati pada awak....

Izan said...

weh, ko pakai no apa skang ni. td aku anto msg wish besday kat nombor ko masa kat uitm. ko guna lagi ke tak?

anyway, selamat hari jadi nadia. semoga bergembira selalu... take care

~ AppLe BLosSoM ~ said...

Sekamar rindu : hmmm...takde rezeki la awak...:(

~ AppLe BLosSoM ~ said...

izan : dapat dh msg tue..terharu..nak kena simpan msg tue..hehehe..neway..tq..gt gak ko birthday kite yek..u too take care..

Izan said...

biasa la... aku kan kawan yang sejati. hahahahaha (puji jap diri sendiri)

~ AppLe BLosSoM ~ said...

tahu-tahu..hehehe..puji diri sendiri dibenarkan disini..hahahha