Friday, April 15, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Aku Menipu Dan Lagi Dan Lagi

Assalammualaikum..

Aku baru je sampai kampung (rumah taman je pun..hehehe..)..Sepatutnya sampai lebih awal..tapi tadi ada sesuatu telah berlaku yang menyebabkan aku kelambatan...Sebelum masuk highway tadi, aku singgah ke Petronas untuk isi minyak..Bila nak start enjin, tiba-tiba enjin tak mau start..alamak!!!!Cuba lagi dan lagi dan lagi...SAHHHHH..bateri buat hal...dah la kat belakang ada kereta tengah tunggu turn..

Aku keluar kereta, beritahu kat kereta belakang enjin kereta aku tak mau start..Nasib baik terjumpa dengan orang yang betul..Dia la yang tolong "jump"kan bateri kereta tue (tak tahu la betul ke tak istilah tue..macam betul je)...Terima kasih la kepada encik tu..

Tapi aku kurang selesa sikit la dengan encik ni..Orangnya nampak ok..ramah..tapi tak tahu kenapa aku kurang selesa dengan dia..Dia follow aku dari belakang all the way kat highway sebab dia pun ikut arah yang sama..nak balik Taiping katanya..Dalam perjalanan tu dia telefon aku (ya,aku bagi no hp aku kat dia,,sebab dia dah pegang hp dia and minta no aku..no celcom aku dah kena terminate, kalau tak harus no tu je aku bagi kat dia), tanya nak berhenti makan kat Gurun tak???..Aku cakap aku puasa..what daaaa???? PUASA????..Aku dah menipu di hari Jumaat yang mulia ini dan rasa bersalah jugak.

Akhirnya aku masuk juga ke R&R Gurun dan call dia kata aku temankan je la kalau dia nak makan (aku kan puasa..;p)..masa dia call tadi, aku terlupa nak tanya dia nak makan ke??? Rasa macam pentingkan diri sendiri pula, dah la dia tolong aku tadi...On the way nak ke tempat makan..encik tu tanya dah berapa hari puasa??..aku cakap dari semalam lagi..MENIPU LAGI..dan ada lagi 2 3 benda yang aku TIPU dia..rasa bersalah..tapi rasa was-was dan kurang senang aku lebih tinggi..aku agak lepas-lepas ni dia akan call aku lagi sebab masa aku "mendengar dia bersembang"..banyak kali juga dia bagi hint ke arah itu..ooo..sungguh kurang senang aku mendengarnya, tapi aku gelak je la..tu je yang mampu..;p..

Oklah...aku nak pergi BUKA PUASA ni..wakakaka..dah lapar tahap gaban dah ni..nak makan breakfast KFC dah terlepas pulak..makan je la yong tau fu yang aku beli semalam kat pasar malam tapi tak termakan dek kerana kenyang. Jom makan semua..