Tuesday, April 19, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kalau Dia Bapa Kita

Assalammualaikum..

Aku baru balik dari Langkawi petang tadi..agak penat kerana program bermula seawal jam 8.00 pagi..ditambah pulak dengan air-cond dewan yang tiba-tiba pulak rosak..aduh memang panas dan memenatkan..sampaikan aku tertidur dalam feri waktu balik tadi..selalunya takat tidur-tidur ayam je..tapi kali boleh lena pulak..

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan..makanan pun sedap ;-) ..Cuma aku agak terkilan dengan satu kejadian pagi tadi..kisahnya, ada seorang pakcik datang di meja aku untuk buat pendaftaran..kebetulan masa tu kaunter-kaunter pendaftaran dah pun ditutup untuk proses mengira kehadiran penerima elaun..jadinya pakcik tu terpaksa la tunggu sekejap sementara selesai proses kutipan dan pengiraan. 

Meja pendaftaran lewat dibuka disebelah meja aku..bila tengok macam dah ok, aku pun beritahu kat pakcik suruh pergi ke meja sebelah..kebetulan masa tu seorang pegawai dan staf dia tengah mengira senarai kehadiran untuk dilaporkan kepada bahagian kewangan..Bila pakcik ni tunjuk dekat pegawai tu kertas notis panggilan dia, pegawai ni cakap kasar dengan pakcik beritahu dia nak kira bendalah tu dulu..pakcik tu senyum dan tengok aku..aku agak tersentap bila tengok kejadian tu..aku pun suruh dia tunggu di sebelah sana meja..aku rasa bersalah pulak bila tengok dia diperlakukan macam tu..;-(

Aku tak tahu la orang lain perasan atau tidak, tapi bila aku lahirkan kekesalan dan kegeraman aku pada kawan aku yang sama-sama dengan pegawai tu tadi..dia cakap cuba bayangkan kalau bapa kita yang kena macam tu..yaaaa..cuba bayangkan kalau pakcik tu bapa kita..Sungguh aku sedih..Bila aku nampak dia, aku rasa nak menangis pun ada..Aku rasa bersalah, disebabkan aku, dia kena marah..sehingga entri ini ditulis, aku masih teringat kejadian tadi..andai boleh diundur masa, mahu je aku pergi ke pakcik tu dan minta maaf.."pakcik..saya minta maaf...."


0 comments: