Tuesday, April 26, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Dia Kata Aku Sombong

Assalamualaikum...




Pagi tadi masa mesyuarat, bos ada menyentuh tentang senyuman semasa menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ada la beberapa nama yang disebut kata kurang senyum dan nama aku tidak terkecuali. Sebenarnya aku dalam hati confident dah ingat nama aku takkan disebut, alih-alih ada juga daaa..;p. Bila bab ni disentuh, aku perhatikan yang dok kedekut nak senyum sebelum ni, elok pulak tersengeh-sengeh termasuk la aku..hehehe..

Rasanya aku ni murah jugak la dengan senyuman (cewahhh...poyoooo...). Selalu je tersenyum, tersengeh, gelak ketawa sampai kadang-kadang terasa lenguh pipi aku ni. Takkan la pulak nak tersenyum 24 jam..giler ke hape??? Muka aku ni dah memang spesis garang, senyum pun rupa tak senyum agaknya..;p

Habis mesyuarat dalam pukul 2.00 petang. Makan tengahari dah disediakan, so apalagi jom kita terjah la..;-) (gulai ikan dia sedappp!!!) .. Tengah-tengah tunggu nak ceduk nasi, seorang senior ni dok buka cerita pasal senyum ni la.. Dia kata aku masa mula masuk kerja dulu sombong, tak nak senyum.. Aikkk!!! bukan awak ke yang payah sangat nak senyum, tu sebab aku tak senyum kat kau..Aku senyum kau tak balas so aku balas la balik..hahahaha..(tapi yang tu aku cakap dalam hati je la..;p).. 

Tapinya aku pun ada gak la cakap dia pun sama..hahaha...dan untuk cover line aku cakap je aku ni pelapis dia coz dia dah nak pencen tahun depan..hehehe.."Hah!!! kalau pelapis takpa..." dia kata. Ceh boleh pulak lagu tu, tapi aku tak mahu melapisi (fail BM aku) kederasan dia bersuara.. Cakap sikit punya kuat..tak tahu la volume berapa dia pasang..hahaha..nasib baik kau tu lelaki..kalau la perempuan tak ke haru..huhuhu...


gambar : mr google

6 comments:

Izan said...

nadia, ko tu mmg payah nak senyum pun. gambo2 kita masa kat uitm dulu mana ada muka ko nak senyum. adik aku smpai kata "kak apa nama kawan ko yang tak reti nak senyum ni?" hahahahahah

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Aku pun susah nak senyum. Tak kenal lagi mencuka aje...


hehe...

~ AppLe BLosSoM ~ said...

izan : wakakaka..senyum la..cuma tak nampak..senyum secara rahsia..hahaha

~ AppLe BLosSoM ~ said...

azrina0307 : hehehe..cam sama jer..tapi ngan kaum sejenis ok jer..;-)

nadbaptist said...

dulu staff2 akak pun pernah kata akak ni serius tapi bila dah kenal hem smua kata akak ni giler2 lak..hehe
tp eloklah senyum..jgn senyum kambing dah le..

~ AppLe BLosSoM ~ said...

anitaare : hmm..tue la orang cakap..tak kenal maka tak cinta..hehehe..