Friday, February 11, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Mata Lebam...Oh Tidak !!!!!!

Salam...

Aku pasti ramai yang mengalami masalah mata lebam kan..
Aku pun tak terkecuali gak..
Panda kat bawah nie pun sama..
Kronik dh lebam mata aku nieh...huhuhu

Caner nak hilangkan nie????
Aku try google petua org dulu2..takmo guna produk2 nie..
Nie antara petua yg boleh kita try...kemujaraban tak dpt dipastikan..kena cuba dulu..

Petua 1
 Sebelum mandi pagi, lapkan mata dengan air sejuk dari peti sejuk..
(elok juga baik untuk menyegarkan mata)

Petua 2
Ambil timun/tomato, letak kat mata..biar dalam setengah jam..buat sebelum tidur dan amalkan selalu..

Petua 3
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. 
Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur..

Petua 4
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali..
 
Petua 5
Sapukan sedikit minyak sapi di bawah mata yang lebam sebelum tidur. Biarkan selama 10 - 15 minit. Amalkan selalu pada waktu malam sebelum hendak tidur..

Petua 6
Banyak makan jus pegaga & ambil hampasnya letakkan di bawah mata...

Petua 7
 - Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
- Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
- Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
- Sapukannya pada bahagian bawah mata yang bermasalah secara perlahan-lahan.
- Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
- Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
- Selepas itu, barulah basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Lain-Lain Info

1. Bahagian bawah mata adalah bahagian kulit yang paling nipis…oleh itu elakkan basuh muka dgn pencuci sambil gosok kuat2 dan elakkan guna toner bawah mata….

2. Ada juga yg cakap dorang guna bedak kulit rambai berubat (boleh beli kat kedai jamu)..harga dalam RM2.50, pakai sebagai masker or jadikan sebagai bedak sejuk…
3. Selain tue..bila nak tido..bantal kasi tinggi skit..katanya sbb graviti tarik alirah darah tu ke bawah ..so bila bantal tinggi skit maka kurang la skit tarikan tue..

4. Biasanya kesan seperti lebam bawah mata (bukan lebam sebenarnya) menandakan kesihatan dalaman yang terganggu terutamanya bahagian paru-paru dan hati seperti mengidap semput / lelah dan seumpamanya..selain tue lebam bawah mata nie juga ada kena mengena dengan kesihatan buah pinggang dan sistem pencernaan. 


Nie je la info yang dapat aku cari berkenaan mata lebam (bukan sebab kena tumbok ye)..
Dan dari apa yang aku baca tadi..org yg berkulit gelap..lebamnya lagi jelas kelihatan..
Tak caya korang try tgk kengkawan korang yg berkulit gelap..mesti leh nampak clear...
AKU???..
Aku "PUTIH" la...tak nampak punyer...hahahaha!!!!!

sumber gambar : mr google

11 comments:

biruhornet said...

siku lebam nak wat cmne? hhehe. .btw, naiiss sharing

Anonymous said...

RAnia, mata lebam ke.. hihi
Info bagus ni.

Ati Masrif said...

as salam rania,

banyak petua tu..

good info my dear ^__^


Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!

Anonymous said...

good info. Mata Alkaf lebam da ni, sebab tido lambat.hihi.. :D

Permata Ixora (Apie & Izua) said...

abis klau lebam bwh mata tak hilang2 mcm ne... xcun lah jwbnye sampai sudah...huhuhuh...

~ AppLe BLosSoM ~ said...

biruhornet : nie mesti masa kecik suka mintak balik barang2 bagi kat org nie..hehehe..

nur alkaf : a'ah ler..sama la kita..asyik tido lambat jer kejanye..:(

ati masrif : tq kak..n thanks also 4 the invitation..:)

permata ixora : hahaha..cover dgn makeup je la jawabnya...;p

eqbalzack said...

byk petua ni..hehe

Nor Moscow said...

maksud adik akak ni..bawah mata ke yg lebam? kak Nor ni tak pernah pulak alami mata lebam tu seumur hidup..camana gamaknya yer?

~ AppLe BLosSoM ~ said...

eqbalzack : mmg byk..tapi baru try satu..hehehe..

nor moscow : a'ah ler akak..bukan lebam kena tumbuk..nie gara2 slalu tido lewat la nie..huhuhu..takde rasa pe pun..tapi kekdg tue tgk cam baru lepas kena tumbuk je..hehehe..

Jumir said...

Teringat sorang member baik time sekolah. Kami panggil dia 'mata lebam'. Hmm...katne la dia sekarang.

~ AppLe BLosSoM ~ said...

jumir : cari dlm facebook..mungkin akan jumpa kot..:)