Tuesday, February 8, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Nam Nam aka Katak Puru

Salam..

Semalam aku ada tanya nie buah apa???...
Try google cari info buah nie..tapi tak banyak yg aku dapat..
Kat sini aku share je la ye apa yg aku dah jumpa...

Kalau di belah utara, dipanggil buah nam nam..
Di pantai timur lak orang panggil buah katak puru..
Di Sabah dipanggil buah jantung
Kalau orang cakap buah namu-namu ke nang-ai ke kopi anjing ke...maknanya dorang pun cakap pasal buah yang sama...



Merupakan sejenis pokok kecil dan merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia...
Tumbuh di pangkal/perdu pokok dengan buahnya berwarna coklat dan mempunyai permukaan yang berkerutu...
Masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.


Antara khasiatnya ialah sebagai ubat panas dalam badan dan boleh digunakan untuk rawatan luka dalam badan..
Buah nie slalunya enak di makan begitu saja..tapi ade gak yg buat pajeri (tak tahu la caner rasanya..)
 Orang lama-lama mungkin tahu lagi banyak tentang khasiat buah nie...
Sekian, terima kasih...



sumber gambar : mr google

7 comments:

Nur Alkaf said...

interesting info ;)

RaNiA said...

nur alkaf : tak dpt byk info..tue je yg jumpa..:)

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Lamanya dah tak makan buah ni. Dulu masa bebudak suka pi petik pas tu terus ngap. La ni payah nak jumpa dah.

RaNiA said...

w'salam kak sam...
mmg payah nak jumpa buah2 cam nie dh skrg..buah epal berlungguk la kat pasar raya..hehehe

Piah Becok said...

buah ni sedap tapi bapax mahal bila beli.. da la kat sban xdak jumpa

RaNiA said...

piah becok : mahal ek??? igt buah kg cam nie murah je..maybe sebab susah nak dpt kot..

Anonymous said...

mengapa tidak:)