Monday, May 23, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Dadih Susu Kerbau

Assalamualaikum...

Pagi tadi seawal jam 6.45 pagi aku dah keluar rumah..
Sesampai di jeti Kuala Kedah terus menuju ke kaunter untuk betulkan tarikh tiket..
Nasib baik kakak di kaunter tu tak banyak songeh..;-)

Feri untuk perjalanan pagi ni Feri LADA 2..feri besar dan selesa...
Perjalanan ke Langkawi dari Kuala Kedah selalunya memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit (bergantung pada jenis feri)..
Tapi pagi ni sampai 15 minit awal..jam 8.45 pagi dah terpacak di Jeti Langkawi..

Kebetulan hari ni juga, Jabatan Veterinar buat Majlis Perasmian Buffalo Park Langkawi oleh Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum..Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani..
Selesai mesyuarat terus ke sana..
Hujan la pulak..
Nasib baik tak lebat sangat..



Hujan-hujan ni perut pun lapar..pagi tadi sarapan dengan roti telor je..
Menu utama semestinyalah daging kerbau...hmmmm
Mula-mula takut jugak nak makan..takut ada bau macam daging kambing...
Tapi rugi kalau tak cuba..jadinya aku ambil jugak la..
Ok jugak la..tak ada bau atau rasa macam daging kambing tu..

Menu tambahan ialah Dadih Susu Kerbau..
Dadih ni pun mula-mula risau gak nak makan..macam mana la rasanya kan..
Tak pernah makan / minum susu kerbau ni..
Sebelum makan nasi, cuba dulu rasa dadih ni..ok..sedap..


yang ini tak rasa lagi..

Habis sesi makan..sesi melawat kandang kerbau pulak..
Dah nama pun kandang kan...semestinya ada bau..hehehe
Nasib baik time tu aku tak terfikir pulak pasal daging kerbau yang dah selamat dalam perut ni..
Kalau tak mesti haru...;p...




4 comments:

Nor said...

tak pernah sampaipun lagi kat langkawi..

~ AppLe BLosSoM ~ said...

takpe kak nor..nanti balik sini boleh la p langkawi..

~~~+....mS arWeEn....+~~ said...

mcm sedap nmpak dadih susu kerbau tu! selama ni makan daging dia ja..
tak jauh beza kan dr daging lembu.. :)

~ AppLe BLosSoM ~ said...

arween : sedap dadih tue..takde rasa kerbau pun..;p..daging dia pun ok..tapi rasa macam panas sikit la..