Thursday, July 28, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ole-Ole Langkawi



~ Sempena Birthday Abah Bulan September Akan Datang.. :-) ~



~ Sempena Birthday Along Bulan Januari Lepas..;p ~

Teh Tarik Ais


Pekena time cuaca panas, memang mengancam...
Wednesday, July 20, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Aku Atau Saya

Assalamualaikum..

Kadang-kadang rasa keliru, rasa serba salah..
Nak bahasa diri 'aku' ke 'saya' untuk blog ni..
Tujuan awal blog ni dibuat adalah sebagai tempat untuk mencoretkan apa-apa catatan tentang kehidupan seharian dan keadaan persekitaran semasa...
Kiranya macam tulis diari la..tapi diari maya..;-)

Dengan kawan-kawan pun tak pernah bahasakan diri 'aku'..
Selalunya akan biasakan diri sebagai 'kite' walaupun mereka bahasakan 'aku'...
Kecuali kalau marah sangat-sangat baru akan bahasa 'aku' (tapi jarang jugak sebut sebenarnya..)
Mungkin bagi sesetengah orang, berbahasa 'aku' dengan kawan-kawan benda biasa..
Menampakkan kemesraan dan ukuran 'kerapatan' hubungan persahabatan..

Kalau menggunakan 'saya' dalam blog, rasa macam sedang bercerita pada orang..
Sedangkan tujuan asalnya lain..
Bila menggunakan 'aku' terasa pulak macam agak kasar..
Tapi itulah bahasa panggilan yang biasa digunakan kalau kita tulis diari...



Mungkin untuk blog ni akan terus menggunakan 'aku' (tapi bernada lembut gitu..)
Ya..itulah kesimpulannya..aku akan bahasakan 'aku' untuk blog ni..
Tapi mungkin juga akan bahasakan 'saya' sekali-sekala..ikut keadaan...;-)


Buah Tangan

Assalamualaikum...

Hari ni nak tayang buah tangan yang dibeli untuk orang pejabat dan orang rumah dari Kelantan..


Ini baru betul buah...dan tangan yang membawa balik...;-)


Friday, July 15, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Catatan Perjalanan Pergi/Semasa/Balik Kelantan

Assalamualaikum...

Aku baru sampai dari Kelantan malam tadi...
Bertolak keluar dari Kota Bharu dalam pukul 12.30 tengahari...
Sampai ke Kuala Kedah lebih kurang jam 11.00 malam...
Perjalanan hampir 12 jam memang memenatkan...
Dah tak kuasa nak bercakap sepanjang perjalanan balik..

Elok sangat la pun..
Orang-orang yang pergi semuanya tak arif jalan..
Sudahnya terlalu banyak jalan alternatif yang di ambil..tu belum kira silap jalan..U-turn tak tahu berapa banyak kali..ishhh..
Tahukan istilah jalan alternatif??? 
Hmm..jalan yang digunakan bila jalan utama ke sesuatu destinasi tak boleh digunakan..
Contohnya; jalan ditutup sebab banjir..
Jalan tu la yang kami lalu..tapi bukan disebabkan masalah banjir ke apa ke..
Disebabkan co-pilot yang konon-kononnya nampak macam tahu jalan..aduhhh..
Pemandunya pun "sangat-sangat berhemah"..hehehe..
Mungkin sebab tak biasa buat pemanduan jauh dengan kenderaan tu agaknya..sabar je la..

Perjalanan semasa di Bandar Kota Bharu sama jugak..
Asyik la dok silap jalan nak cari pejabat dan hotel..
Padahal dah beberapa kali dok pergi situ..tapi masih jugak tak hafal jalan..
Mula-mula dok tolong jugak la tengok-tengok signboards..
Tapi kalau dah dua orang bagi instructions mesti akan clash..so malas nak layan dah..janji sampai sudah..

Perjalanan untuk lawatan kerja ok takde masalah (sebab ada orang bawak, ke tempat yang takde orang guide jalan macam biasa la, hala balik "jalan alternatif" jadi pilihan)..
Pendek kata perjalanan sendiri-sendiri memang failed lah...

Kepada En. H : nasib baik awak tak jadi tourist guide, kalau tak, memang la la tu jugak kena pecat..
Tuesday, July 12, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Rehat 3 Hari

Assalamualaikum...


Tengahari ni aku akan ke Kelantan untuk urusan kerja..

Secara automatiknya berehat la blog ni selama 3 hari..

Eh..tapi rasanya kalau tak keluar ke mana-mana pun, takde jugak banyak mana entry baru yang aku keluarkan..;p

Don't miss me ye guys...hahaha..

Ayat tak tahan perasan..macam la ada yang sudi nak merinduiku..piiirahhhh...



Pelamku Dicuri Orang

Assalamualaikum..

Sedih..sedih..
Buah mempelam aku yang sebiji cuma dah kena curi..
Siapalah agaknya punya angkara..
Aku pernah cerita pasal pelamku ini dalam entry sini ..

Aku tengok pembesaran pelam tu tiap pagi sebelum pergi kerja..
Dari buah tu kecik sampai la besar..
Sepatutnya minggu ni dah boleh petik..
Alih-alih pergi tengok..eh..dah takdak..!!!

Tanya housemate..dia pun kata tak ambik..
Siapa la yang masuk kawasan rumah orang tanpa izin ni..
Sungguh tak bermoral..
Kalau nak mintak je la..janganlah sampai mencuri..


tak boleh diharap langsung penjaga buah ni..hmmm


dah terlindung baik punya pun boleh kena kebas..hairan betul..
Thursday, July 7, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~
Tuesday, July 5, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Senaman Ringkas Kempiskan Perut

Assalamualaikum..

11 variasi senaman dalam tempoh masa 8-9 minit...
Pastikan aktiviti pemanasan badan dilakukan dulu ye..
Selamat bersenam...



Monday, July 4, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

The Arrivals

Assalamualaikum..

Sejak kawan aku bercerita tentang dokumentari The Arrivals, aku berkobar-kobar nak tengok di Youtube..
Masuk hari ni dah 2 hari aku tengok..
Baru beberapa episod disebabkan line internet yang tak berapa nak molek..
Terpaksa tunggu loading habis baru tengok..kalau tidak nanti tersekat-sekat..


Dokumentari ni menceritakan mengenai ketibaan Dajjal, Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa..
Berkenaan bukti-bukti daripada Al-Quran..
Berkenaan Firaun, Freemason, Penguasaan Minda, Peranan Media dan Hollywood dan banyak lagi..
Dokumentari ni ada 52 episod dan aku baru tengok dalam 5 episod..tak dapat nak ceritakan secara detail lagi..
Dokumentari ini produksi bersama Noreagaa dan Achernahr (ada sarikata melayu)...


Aku bercadang nak download video ni bila komputer di rumah dah elok..
Broadband yang ada tak cukup untuk download semua episod tambah pulak tak install youtube downloader kat laptop ni..
Durasi tiap-tiap video tak lama..dalam 5 - 10 minit je..
Harap-harap dapatlah aku tengok dokumentari ni sampai habis...insyaallah...

Hikmah Dikejar Anjing

Assalamualaikum...

Tadi officemate bercerita...
Alkisahnya..subuh tadi dia nak ke surau untuk solat subuh..
Kebiasaannya naik motor, tapi pagi tadi dia naik basikal..
Konon-kononnya nak exercise la sama..
Nak dijadikan cerita, disebabkan basikal tu dah lama tak naik, angin pun seharusnya la berkurangan..
Kayuhan pun secara automatik menjadi perlahan la (sebab berat)..
Ditambah pulak dengan keberatan badan tuan empunya (yang ni aku yang tambah..hehehe)..

Nak ke surau, perlu melalui kawasan padang..
Dari jauh dia dah nampak dan dengar anjing menyalak..
Selalunya anjing-anjing tu rileks je lepak-lepak kat padang tu...
Tapi pagi tadi lain pulak ceritanya..
Habis dikejarnya kawan aku ni..
Dia ni pun apa lagi..sepenuh hati la mengayuh basikal yang berat tu..
Nasib baik je tak rempuh pokok di tepi surau tu..

Tapi ada hikmah jugak la dia dikejar anjing pagi tadi..
Sempat la bertakbir pertama bersama tok imam (walaupun tersemput-semput angkat takbir)..
Kalau tak sebab kena kejar, harus lambat sampai surau tu..;-)
Sunday, July 3, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Macam Anggur Tapi Bukan

Assalamualaikum...


Macam buah anggur kan???...tapi bukan..
Inilah buah Keriang Dot..
Baru kenal buah ni..sebelum ni tak pernah dengar pun namanya..
Buahnya lagi la tak pernah tengok..;p
Bagi orang-orang di utara mungkin kenal kot..
Jom kita close up sikit..



Buah ni dah semakin pupus..susah dah nak dapat sekarang ni..
Pokok keriang dot ni hanya berbuah setahun sekali antara bulan April hingga Mei..
Warna ungu gelap bila dah masak dan bila makan warna dia akan melekat di lidah..


Nampak tak kaler ungu yang kat tisu tu???..

Rasanya kelat-kelat masam..
Bagi orang-orang yang biasa makan..selalunya diaorang akan gaul buah ni dengan gula garam..baru sedap makan katanya..
Tapi ada jugak yang makan macam tu je..
Aku pernah nak cuba makan, tapi bila gigit je rasa kelat terus tak jadi nak makan dah..;p



Inilah pokok keriang dot..


Dari segi perubatan buah ni boleh membantu pesakit kencing manis mengurangkan paras gula dalam darah.. 
Ada satu lagi buah keriang..diaorang panggil keriang lada..saiznya kecik sikit daripada keriang dot..
Itu sajalah yang dapat dikongsi kat sini..
Sekian, terima kasih..;-)