Sunday, July 3, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Macam Anggur Tapi Bukan

Assalamualaikum...


Macam buah anggur kan???...tapi bukan..
Inilah buah Keriang Dot..
Baru kenal buah ni..sebelum ni tak pernah dengar pun namanya..
Buahnya lagi la tak pernah tengok..;p
Bagi orang-orang di utara mungkin kenal kot..
Jom kita close up sikit..



Buah ni dah semakin pupus..susah dah nak dapat sekarang ni..
Pokok keriang dot ni hanya berbuah setahun sekali antara bulan April hingga Mei..
Warna ungu gelap bila dah masak dan bila makan warna dia akan melekat di lidah..


Nampak tak kaler ungu yang kat tisu tu???..

Rasanya kelat-kelat masam..
Bagi orang-orang yang biasa makan..selalunya diaorang akan gaul buah ni dengan gula garam..baru sedap makan katanya..
Tapi ada jugak yang makan macam tu je..
Aku pernah nak cuba makan, tapi bila gigit je rasa kelat terus tak jadi nak makan dah..;p



Inilah pokok keriang dot..


Dari segi perubatan buah ni boleh membantu pesakit kencing manis mengurangkan paras gula dalam darah.. 
Ada satu lagi buah keriang..diaorang panggil keriang lada..saiznya kecik sikit daripada keriang dot..
Itu sajalah yang dapat dikongsi kat sini..
Sekian, terima kasih..;-)





2 comments:

Izan said...

weh, macam buah zaitun pun ada. cuba ko pi kat blog aku. sebijik cam buah zaitun

RaNiA said...

a'ah la..mmg macam pun...