Monday, July 4, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

The Arrivals

Assalamualaikum..

Sejak kawan aku bercerita tentang dokumentari The Arrivals, aku berkobar-kobar nak tengok di Youtube..
Masuk hari ni dah 2 hari aku tengok..
Baru beberapa episod disebabkan line internet yang tak berapa nak molek..
Terpaksa tunggu loading habis baru tengok..kalau tidak nanti tersekat-sekat..


Dokumentari ni menceritakan mengenai ketibaan Dajjal, Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa..
Berkenaan bukti-bukti daripada Al-Quran..
Berkenaan Firaun, Freemason, Penguasaan Minda, Peranan Media dan Hollywood dan banyak lagi..
Dokumentari ni ada 52 episod dan aku baru tengok dalam 5 episod..tak dapat nak ceritakan secara detail lagi..
Dokumentari ini produksi bersama Noreagaa dan Achernahr (ada sarikata melayu)...


Aku bercadang nak download video ni bila komputer di rumah dah elok..
Broadband yang ada tak cukup untuk download semua episod tambah pulak tak install youtube downloader kat laptop ni..
Durasi tiap-tiap video tak lama..dalam 5 - 10 minit je..
Harap-harap dapatlah aku tengok dokumentari ni sampai habis...insyaallah...

2 comments:

Nieza said...

wahh menarik dukumentari tu..:)

RaNiA said...

ada masa lapang leh la tgk nieza..