Saturday, June 18, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Jebon Betul La

Assalamualaikum...

Ada orang bila marah atau hangin kat seseorang, mesti akan sebut "jebon betul la dia ni...!!!". Aku pun ada jugak la kadang-kadang cakap macam tu, walaupun tak tahu apekebende Jebon tu.. Orang sebut..kita pun nak jugak sebut...hehehe..;p

Hanya dalam 2 3 bulan ni baru aku tahu jebon tu wujud sebenarnya dan ia adalah seekor binatang... Itu pun tahu bila officemate cerita dia terlanggar JEBON SEKELUARGA...hahahha.. Dalam hati berkata "ooo...jebon tu wujud rupanya.." Dan rupa-rupanya bukan aku sorang je yang tak tahu jebon tu wujud..officemate yang sorang lagi ni pun tak tahu...hahahha..

Aku cuba cari sedikit info tentang jebon ni.. Info tak banyak sangat tapi boleh la untuk dikongsi bersama mereka-mereka yang seangkatan dengan aku..;-)

i) Nama lain ialah cerpelai (orang belah utara panggil jebon)..weasel @ mongoose in english.


ii) mampu membesar sehingga sepanjang 2 kaki (di Malaysia selalunya bersaiz XXL je) dan sering dijumpai dalam kelompok keluarga kecil. 


iii) merupakan spesis yang dilindungi.

iv) makan serangga, ketam, cacing tanah, biawak, ular ayam dan rodensia selain daripada telur dan bangkai.

v) sering digunakan untuk melawan dan membunuh ular berbisa.

vi) mengeluarkan bunyi bila marah (macam bunyi ibu kucing marah bila kita nak ambil anak dia).

vii) Menanda tempat dengan air kencing atau untuk menghalau musuh.


Hmm...itu saja info yang aku dapat cari...Lepas ni kalau orang cakap pasal jebon lagi tak la 'perak' sangat dah..hehehe



6 comments:

suri solehah said...

akak pun baru tahu pasal jebon lepas nikah ngan org utara..sebelum ni dengar dlm citer p.ramli je

RaNiA said...

ok jgk tue kak suri..saya dah dok utara berbelas tahun, baru skrg tahu..;p

adan said...

salam.. saya pun baru tahu jebon ni rupanya binatang.. ingatkan jebon yang dalam citer P.RAMLEE tuu...

RaNiA said...

w'salam..boleh geng la kita adan..;p

izaz dania said...

comey la pulak jebon tue kan kak rania..

RaNiA said...

comey mcm adik izaz..hehehe