Tuesday, June 28, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hasil Pokok Sagu

Assalamualaikum...

Dah lama rasa tak jengah ke sini...
Bukan sebab sibuk..tapi sebab mata..
Tak tahu la kenapa..awal-awal minggu ni asal petang je mata nak terpejam je kerjanya...
Nak buka di pejabat, server masih belum elok..entah bila nak elok tak tahu la..

Ok la..sabtu lepas masa tengah meng'google' terjumpa benda ni..
Aku namakan Hasil Pokok Sagu..
Tak banyak tulisan..hanya gambar..
Layankan aje ye...

Peringatan : 
Mungkin ada yang akan geli geleman sikit..aku pun kadang geli gak tengok..;p



Banyakkan?? comel jer...


Sihat-sihat...Ulat Mulong namanya..


close up..sangat sihat dan segar..


sebakul 10 ringgit ye..mahal jugak...


Sungguh enak di makan begitu sahaja...;-)
Orang Islam diharamkan makan ye..!!!


Goreng boleh..


Rebus boleh..


Buat satay pun boleh..


Besar sungguh..spesis apakah ini????
Rasanya ini bukan ulat mulong..bapak beso..!!!


Kalau diberi "ulat" ni..dengan rela hati aku menerimanya..;-)
Comel sungguh..!!!



Gambar : mr google...
Saturday, June 25, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Masak-Masak

Assalamualaikum...

Aku bukanlah dalam kategori orang yang suka memasak atau rajin mencuba resepi baru...
Tapi yang pasti aku suka menerjah blog masak-masak..
Tengok gambar je dah terliur rasa..
Ada yang simple..ada yang agak renyah..
Antara blog-blog yang aku suka ialah secubit garam dan our journey begins..
Gambar-gambar yang diupload cantik dan menarik minat aku..
Selain tu blog suri solehah pun jadi mangsa aku..
Masakan dia simple-simple sesuai untuk orang yang tak berapa nak rajin macam aku ni..;-)
Dan tadi jumpa satu blog lagi, dari dapur kecah..bakal masuk list terjahan ni..hehehe

Sebenarnya ada banyak lagi blog masakan yang lain yang aku belum terjah..
Buat masa ni blog-blog yang aku senaraikan tu la yang aku dok terjah tiap kali bw..
Kalau terlebih rajin baru aku terjah link-link yang ada di blog mereka..;-)
Teruskan post entry masakan yang sedap-sedap ye kawan-kawan...hehehehe...






Friday, June 24, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Delay Dan Delay Lagi

Assalamualaikum....

Selamat petang Jumaat...

Semalam aku perlu menghadiri satu bengkel di Putrajaya..
Bengkel mula jam 8.30 pagi..
Mulanya cadang nak ambil flight awal-awal pagi..
Tapi atas nasihat bos, aku pergi sehari awal..

Disebabkan di Kedah takde flight petang, jadinya aku naik di Penang...
Naik AirAsia..apa sangat la yang nak diharapkan (selain dapat makan free je..)..
Hala pergi dan balik, flight delayed hampir 40 minit..
Di Airport Penang ada jugak la announcement dibuat..
Tapi di LCCT staff dok la ke hulu ke hilir, takde pun nak kata apa..
Mata yang tak mengantuk pun jadi mengantuk..
Tambah-tambah pulak aku dah berada di LCCT sejak jam 5.30 petang lagi..
Hampir 5 jam aku bertapa kat sana sebelum "now everyone can fly" ;( ..

Sampai di Penang..adik ajak pergi makan..lapar katanya..
Dalam kereta dah terlelap-lelap..
Makan-makan..sampai rumah dah nak dekat pukul 1 pagi..
Tak tunggu lama..buat apa yang patut..terus bummmm..Zzzzzzzzz...



makan di sini malam tadi...



gambar : mr. google