Monday, March 12, 2012 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sungguh Tidak Efisien

Assalamualaikum..

Semalam saya dapat panggilan daripada rakan sekerja berkenaan pameran yang jabatan kami perlu turut serta..menurut beliau, pengarah kami maklumkan tidak perlu terlibat di dalam pameran tu disebabkan kumpulan sasar kami tiada di kawasan tersebut..tetapi, satu ruang pameran telah dikhaskan untuk jabatan kami..sekiranya tidak turut serta, akan memberi kesan kepada jabatan kami..hmmm...

Unit saya yang menguruskan program pameran tu..kebetulan pulak dari hujung minggu lepas saya bercuti sehingga hari ni..semasa dapat panggilan semalam, saya di stesen sentral kuala lumpur, menunggu masa untuk naik keretapi balik ke Penang..terpaksa mesej anak buah minta dia tolong uruskan surat mohon peruntukan dan skuad pameran..

Pagi ni, follow-up dengan anak buah, dia cakap surat dah sign dan dah difaks ke ibu pejabat..pengarah siap telefon sendiri kepada ketua seksyen di ibu pejabat..adoiii...terasa sangat tak efisien diri ini hinggakan kerja yang sepatutnya saya uruskan, pengarah kami pulak yang ambil alih..;( ..terasa sangat malu dan tak tahu macam mana nak mengadap bos nanti..entah apa tanggapan bos pada saya..huhuhu...

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bukan tak efisyen tapi dah kata sedang bercuti macam mana nak buat kan... insya-allah bos pun faham..

~ AppLe BLosSoM ~ said...

tq kakzakie..hmm harap2 gitu la..;-)