Saturday, March 10, 2012 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hati Tak Keruan

ASSALAMUALAIKUM..

BERSIARAN BUAT SEKIAN KALINYA MELALUI HP..SAYA KINI BERADA DI DEWAN MASJID AL IMAM ASH SHAFIE, TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR..MENGHADIRI PERKAHWINAN ANAK BONGSU SAUDARA SEBELAH ABAH..PAGI TADI SEKITAR JAM 9.30 PAGI BERLANGSUNG MAJLIS PERNIKAHAN..

BARU SAYA TAHU LAFAZ NIKAH TIDAK SEMESTINYA PERLU SATU NAFAS DAN TIDAK PERLU TUNGGU TANGAN DIHENJUT BARU PENGANTIN LELAKI MELAFAZKAN AKAD..ITU HANYALAH SEBAGAI SATU SYARAT UNTUK MEMAKLUMKAN WALI TELAH SELESAI AKADNYA..DENGAN SEKALI LAFAZ MEREKA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI..SYUKUR ALHAMDULILLAH..

SEKARANG ABAH SEDANG SIBUK MEMBANTU KELUARGA PENGANTIN, WALAUPUN SYARIKAT KATERING TELAH SEDIAKAN PETUGAS UNTUK MAJLIS INI..ALMAKLUM LA, HUBUNGAN ABAH DENGAN KELUARGA INI MEMANG RAPAT CUMA BILA TIBA KEPADA GENERASI ANAK-ANAK KEAKRABAN ITU HILANG..RASA JANGGAL WALAUPUN TIAP KALI TURUN KE KUALA LUMPUR KAMI PASTI SINGGAH KE RUMAH KELUARGA INI..SAAT INI MAK DAN SAYA SEDANG MELEPAKKAN DIRI DI DALAM BILIK KHAS UNTUK SAUDARA MARA MELEPAK..PADA MULANYA HANYA KAMI YANG ADA DI SINI, TAPI SEKARANG SUASANA HINGAR BINGAR DENGAN SUARA-SUARA SAUDARA MARA YANG LAIN YANG PASTINYA SAYA TIDAK KENAL..:p..

TETAPI DALAM SUASANA INI PUN, HATI SAYA RASA TAK KERUAN..SEBENARNYA SEJAK DARI RUMAH PENGANTIN LAGI..BUKAN DISEBABKAN SAYA BERASA TERTEKAN DISEBABKAN SEHINGGA KE SAAT INI SAYA MASIH TIDAK BERKAHWIN..TIDAK SAMA SEKALI..HATI JADI TAK KERUAN SELEPAS MENDAPAT SATU PANGGILAN TELEFON..SAYA TAHU SAYA TAK SEPATUTNYA MERASA BEGITU TAPI HATI INI TAK DAPAT TIDAK TETAP BERASA TAK KERUAN..HMMM TAK SUKA DENGAN APA YANG SEDANG DI RASA SAAT INI..YA ALLAH TOLONG LA SAYA BUANG PERASAAN INI :(



1 comments:

izaz said...

nape nie akak?akak ada masalah ke?.ceciter..