Friday, September 16, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Bestnya Dia Dapat Kembar

Assalamualaikum...

Siang tadi aku berjumpa dengan kawan baik sejak sekolah rendah..
Tak tahu pun dia ada di Pokok Sena sejak seminggu lepas..
Tinggal sehari je lagi nak balik Johor baru nak roger-roger (bertuah punya budak..;p)..

Seingat aku, last kami jumpa lebih kurang 4 - 5 tahun lepas di Terengganu.. 
Itu perjumpaan pertama sejak kami berpisah masa di sekolah menengah..
Dulu masa zaman sekolah, aku rajin bertandang ke rumah dia..
Jauh tu menapak dari rumah nak ke rumah dia..
Sanggup tu naik bukit, turun bukit nak ke sana..
Rasanya kalau sekarang ni tak sanggup kot nak meredah panas terik semata nak meronggeng di rumah kawan..hehehe

Dan hari ni kami berjumpa lagi..
Dulu aku jumpa dia dengan tunang dia..
Hari ini aku jumpa dia dengan suaminya dan anak kembarnya..
Wah..seronoknya..dia dah ada anak..kembar lagi..jeles i tau..



Tido je si kembar ni..



Kembar dengan ibu..khusyuk mendengar abah bercerita..sapa kawan dia sebenarnya ni??? ;p


Lepas ni tak tahu la bila pulak nak berjumpa..
Agaknya 4 - 5 tahun lagi kot..
Tapi agak kecewa sikit la..terlupa nak tangkap gambar bersama..
Dalam kereta baru teringat..huhuhu..
Harap-harap persahabatan ni akan terus berkekalan walaupun kami tersangat jarang berjumpa..Insyaallah...

2 comments:

Permata Ixora (Apie & Izua) said...

tq...nadia...ko..nie gambar wa yg xcun tue gak le ko letak...huhuhuhu...insyaallah... ada rezeki kita jumpe lg....

RaNiA said...

eh..ok la tue...lgpun tue je gambar yg ada...insyaallah..nanti pasti akan jumpa lagi..hehehe