Assalamualaikum...
Entri ni bolehlah di anggap entri berkulat coz dah 19 Syawal baru nak cerita..
Tapi ping point-nya bukanlah pasal sambutan hari raya..;-)
Cuma nak bercerita aktiviti di kampung yang sebenarnya takde lah hebat atau best sangat pun..
Cukup payah nak tangkap gambar budak kecik sorang ni..
Dalam banyak-banyak, rasanya ini la yang paling ok kot..
Masa ni on the way nak balik kampung..
Kami ke KL dulu sehari awal coz nak konvoi balik dengan Along sekali..
Kecoh weh..budak dua orang tu asyik nak bertekak je..bingit telinga..
Dari KL sampai ke kampung tak sudah-sudah..rasa nak terjun keluar kereta je..
Masing-masing tak mahu kalah..sudahnya aku yang jadi mangsa menadah telinga mendengar..tension..tension..(sapa kata hati girang bila nak balik kampung, garing ada la..huhuhu..)
Sempat puasa 2 hari di kampung dan sempat la jugak makan makanan dan kuih yang hanya boleh dapat di Terengganu..
Hari Raya macam biasa la..Nasi Dagang, ziarah kubur, pergi rumah saudara-mara, sahabat handai (kawan-kawan mak abah je..1 rumah je pun.;p )
On the way balik, kami singgah beli ole-ole untuk jiran-jiran..
Then berhenti makan di kedai sepanjang pantai Marang..
Angin sangat kuat dan sangat best..
Aina la yang paling suka..tak sabar-sabar nak main pasir..
Si Aisya pulak geli nak pijak pasir..nasib baik la pak sedara dia semua rajin-rajin nak dukung dia..hehehe..
Aina dan adik Aisya bersama-sama pak-pak sedara..
Aisya kalau tangkap gambar semedang je muka masam..
Tak lama pun kami di sana sebab hari pun dah petang dan nak hujan..
Malamnya berBBQ pulak..makan-makan dengan adik-beradik je..
Nasib baik malam tu tak hujan kalau tidak hancus la program BBQ..
Tempat bakar-bakar ni bakal jadi bilik..tapi masih tak siap..
Rumah tukang rumah macam tu la...
Rumah orang siapkan dulu..rumah sendiri entah bila nak siap tak tahu..hehehe..
2nd BBQ keesokan harinya..kali ni di rumah tok pulak bersekali dengan rumah terbuka..
Kali ni sepupu sponsor..katanya dapat elaun pakaian (dia join PALAPES di UPSI..)
Rumah tok totally changed..rumah kayu bertangga yang tradisional dan banyak kenangan dulu-dulu sekarang dah berganti dengan rumah batu atas tanah..hilang ciri-ciri kampung..;(
Bagi aku yang sesekali balik kampung, pastilah nakkan keadaan macam tu..
Tapi bagi orang-orang kampung, mereka pun pasti nakkan perubahan dan kemajuan..jadinya.. terima je lah..
Seharian di rumah tok..petangnya sebelum balik rumah Su, kami singgah ke pantai...
Tok Wan dah janji dengan Aina nak bawak pergi pantai dari hari mula sampai kampung lagi..
Memandangkan Tok Wan dah balik awal ke rumah Su dan esoknya kami semua dah nak balik KL, auntie dia la yang tolong bawakkan ke pantai..
Mujur ada sepupu yang sorang ni..makanya dialah driver merangkap peneman Aina main pasir..hehehe..
Mak Teh siap bawak tikar untuk bersantai..siap tido-tido lagi..
Angin kuat memang syok kalau dapat lelapkan mata..cuaca pun tak panas..
Aina masa mula sampai ke pantai, takut nak jalan atas pasir coz kaki tenggelam dalam pasir..
Asal kita menjauh dari dia pasti dipanggilnya..berlari pun perlahan je..hehehe
Mujur dia tak minta nak mandi laut..kalau tak haru jugak..
Laut di situ pun agak bahaya..tak landai..
Aku pun tak berapa berani nak ke gigi air..takut Aina mengikut..
Sementara menunggu Aina main pasir dengan Mak Ngah dia..aku pulak dok sibuk menyusun kulit kerang ni..
Dari kecik ke besar...nampak menarik pulak..:-)
Dalam nak dekat pukul 7, kami balik rumah..nasib baik Aina nak balik..
Keesokkan harinya dalam tengahari kami bertolak balik ke KL..
Rancangan asal nak balik pagi..tapi tak putus pulak saudara-mara bertandang..
Dan yang pastinya on the way balik aku naik kereta abah..
Kena bersesak dengan barang pun tak kisah..janji telinga tak sakit..;-)
0 comments:
Post a Comment