Thursday, August 18, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kelaku Orang Malaysia

Assalamualaikum...

Kalau kita baca dalam surat khabar atau tengok dalam tv, orang luar selalu puji rakyat Malaysia ni peramah..tapi sebaliknya komen orang kita yang berada di luar negara terutama di negara omputih, orang-orang ni sana ramah-ramah, bertegur sapa walaupun tak kenal..berbanding dengan orang Malaysia yang pelbagai kaum tapi selisih bahu pun wat dekkk je..

Tak payah la nak kata jauh-jauh..aku sendiri pun tak bertegur jugak dengan orang-orang tak kenal cuma kalau bertentang mata (cewah!!), aku akan melemparkan senyuman kepada mereka seperti dalam lirik lagu "Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa"..ada yang senyum kembali..ada yang buat muka toya (yang ni memang hangin aku tengok..tobat kalau jumpa lagi tak senyum dah kat dia..!!) 


Tapi setuju tak kalau aku cakap, orang Malaysia ni banyak kelaku yang tak elok / tak sopan / pengotor..bukanlah semua, sesetengah orang sahaja tak kira apa bangsa pun..antara kelaku yang aku selalu nampak ialah :-

i) Meludah tak kira tempat - pergi la mana pun, mesti atas jalan kita akan nampak tompok-tompok ludahan pelbagai kaler..tempat yang paling banyak kita akan jumpa benda alah ni ialah kat pasar- pasar, tak kira la pasar malam ke pasar pagi ke pasar ramadhan ke..kat parking lot, kat kedai repair kereta..pendek kata, merata tempat la kita akan jumpa even kat kawasan luar masjid pun ada..sungguh tak beradab..

ii) Buang sampah merata- yang ni memang dah jadi trademark orang Malaysia agaknya..kalau tak buat rasa tak lengkap hidup..tong sampah punya la besar tapi atas jalan, atas rumput, dalam longkang jugak yang dijadikan tong sampah..pampers anak selit kat celah-celah batu..dan semalam depan-depan mata, sorang hamba Allah ni buang sebaldi sampah ke dalam sungai, siap ada kulit durian lagi..mana la sungai kat Malaysia ni tak tercemar..selagi ada orang-orang macam ni jangan mimpi la nak mandi-manda sungai macam dulu-dulu..

iii) Hembus / buang hingus sesuka hati - yang ni memang menjijikan..tak malu ke apa diaorang ni..selamba badak je buang hingus kat tempat yang ada orang..pastu melekat pulak kat jari..yukkksss..paling kurang ajar, bila buat perangai tu kat kedai makan...buatkan orang yang mendengar rasa nak terkeluar balik apa yang baru ditelan..apatah lagi kalau terpandang adegan yang tak ingin dilihat tu..terus putus selera...

iv) Korek hidung sesedap rasa - ini satu lagi peelnya..hallo!!!..orang lain pun ada hidung jugak!!!..tak payah la kau nak tunjuk kepakaran kau melombong kat orang..siap jentik-jentik pulak tu..cuba la bersopan sikit..melombong kat rumah sudah la..masa mandi pagi-pagi tu kau melombong la puas-puas supaya nanti tak la orang sakit mata dan jijik tengok kelaku kau tu..bijih banyak sangat kot..tapi tak kaya-kaya jugak..ishhh...

v) Sendawa angin dengan kuat - kelaku yang ni rasanya tak ramai sangat yang buat..tapi masalahnya aku ramai betul jumpa orang macam ni..aduh..boleh sakit jiwa dibuatnya..mengganggu pendengaran dan emosi aku..kalau sekali mungkin boleh dimaafkan..tapi kalau dah berkali-kali sapa boleh tahan weh..tapi aku bukan jenis orang yang suka menegur, makanya terpaksa la aku tanggung derita ini seorang diri..

0 comments: