Assalamualaikum...
Aku baru sampai dari Kelantan malam tadi...
Bertolak keluar dari Kota Bharu dalam pukul 12.30 tengahari...
Sampai ke Kuala Kedah lebih kurang jam 11.00 malam...
Perjalanan hampir 12 jam memang memenatkan...
Dah tak kuasa nak bercakap sepanjang perjalanan balik..
Elok sangat la pun..
Orang-orang yang pergi semuanya tak arif jalan..
Sudahnya terlalu banyak jalan alternatif yang di ambil..tu belum kira silap jalan..U-turn tak tahu berapa banyak kali..ishhh..
Tahukan istilah jalan alternatif???
Hmm..jalan yang digunakan bila jalan utama ke sesuatu destinasi tak boleh digunakan..
Contohnya; jalan ditutup sebab banjir..
Jalan tu la yang kami lalu..tapi bukan disebabkan masalah banjir ke apa ke..
Disebabkan co-pilot yang konon-kononnya nampak macam tahu jalan..aduhhh..
Pemandunya pun "sangat-sangat berhemah"..hehehe..
Mungkin sebab tak biasa buat pemanduan jauh dengan kenderaan tu agaknya..sabar je la..
Perjalanan semasa di Bandar Kota Bharu sama jugak..
Asyik la dok silap jalan nak cari pejabat dan hotel..
Padahal dah beberapa kali dok pergi situ..tapi masih jugak tak hafal jalan..
Mula-mula dok tolong jugak la tengok-tengok signboards..
Tapi kalau dah dua orang bagi instructions mesti akan clash..so malas nak layan dah..janji sampai sudah..
Perjalanan untuk lawatan kerja ok takde masalah (sebab ada orang bawak, ke tempat yang takde orang guide jalan macam biasa la, hala balik "jalan alternatif" jadi pilihan)..
Pendek kata perjalanan sendiri-sendiri memang failed lah...
Kepada En. H : nasib baik awak tak jadi tourist guide, kalau tak, memang la la tu jugak kena pecat..
0 comments:
Post a Comment