Tuesday, June 28, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hasil Pokok Sagu

Assalamualaikum...

Dah lama rasa tak jengah ke sini...
Bukan sebab sibuk..tapi sebab mata..
Tak tahu la kenapa..awal-awal minggu ni asal petang je mata nak terpejam je kerjanya...
Nak buka di pejabat, server masih belum elok..entah bila nak elok tak tahu la..

Ok la..sabtu lepas masa tengah meng'google' terjumpa benda ni..
Aku namakan Hasil Pokok Sagu..
Tak banyak tulisan..hanya gambar..
Layankan aje ye...

Peringatan : 
Mungkin ada yang akan geli geleman sikit..aku pun kadang geli gak tengok..;p



Banyakkan?? comel jer...


Sihat-sihat...Ulat Mulong namanya..


close up..sangat sihat dan segar..


sebakul 10 ringgit ye..mahal jugak...


Sungguh enak di makan begitu sahaja...;-)
Orang Islam diharamkan makan ye..!!!


Goreng boleh..


Rebus boleh..


Buat satay pun boleh..


Besar sungguh..spesis apakah ini????
Rasanya ini bukan ulat mulong..bapak beso..!!!


Kalau diberi "ulat" ni..dengan rela hati aku menerimanya..;-)
Comel sungguh..!!!



Gambar : mr google...
Saturday, June 25, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Masak-Masak

Assalamualaikum...

Aku bukanlah dalam kategori orang yang suka memasak atau rajin mencuba resepi baru...
Tapi yang pasti aku suka menerjah blog masak-masak..
Tengok gambar je dah terliur rasa..
Ada yang simple..ada yang agak renyah..
Antara blog-blog yang aku suka ialah secubit garam dan our journey begins..
Gambar-gambar yang diupload cantik dan menarik minat aku..
Selain tu blog suri solehah pun jadi mangsa aku..
Masakan dia simple-simple sesuai untuk orang yang tak berapa nak rajin macam aku ni..;-)
Dan tadi jumpa satu blog lagi, dari dapur kecah..bakal masuk list terjahan ni..hehehe

Sebenarnya ada banyak lagi blog masakan yang lain yang aku belum terjah..
Buat masa ni blog-blog yang aku senaraikan tu la yang aku dok terjah tiap kali bw..
Kalau terlebih rajin baru aku terjah link-link yang ada di blog mereka..;-)
Teruskan post entry masakan yang sedap-sedap ye kawan-kawan...hehehehe...






Friday, June 24, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Delay Dan Delay Lagi

Assalamualaikum....

Selamat petang Jumaat...

Semalam aku perlu menghadiri satu bengkel di Putrajaya..
Bengkel mula jam 8.30 pagi..
Mulanya cadang nak ambil flight awal-awal pagi..
Tapi atas nasihat bos, aku pergi sehari awal..

Disebabkan di Kedah takde flight petang, jadinya aku naik di Penang...
Naik AirAsia..apa sangat la yang nak diharapkan (selain dapat makan free je..)..
Hala pergi dan balik, flight delayed hampir 40 minit..
Di Airport Penang ada jugak la announcement dibuat..
Tapi di LCCT staff dok la ke hulu ke hilir, takde pun nak kata apa..
Mata yang tak mengantuk pun jadi mengantuk..
Tambah-tambah pulak aku dah berada di LCCT sejak jam 5.30 petang lagi..
Hampir 5 jam aku bertapa kat sana sebelum "now everyone can fly" ;( ..

Sampai di Penang..adik ajak pergi makan..lapar katanya..
Dalam kereta dah terlelap-lelap..
Makan-makan..sampai rumah dah nak dekat pukul 1 pagi..
Tak tunggu lama..buat apa yang patut..terus bummmm..Zzzzzzzzz...



makan di sini malam tadi...



gambar : mr. google
Tuesday, June 21, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Terganggu Tapi Diamkan Aje

Assalamualaikum...

Aku pelik la dengan perangai sesetengah orang ni...
Buat apa-apa tanpa memikirkan orang di sekitar dia selesa ke tak ke dengan apa yang dia buat...
Seriously aku agak terganggu atau boleh aku kata memang terganggu setiap kali situasi tu berlaku..
Tapi untuk menegur, aku bukan orangnya...
Terlalu banyak yang aku fikirkan kalau langkah tu yang aku pilih...
Mungkin dia akan rasa segan / perhubungan tak semesra dulu atau apa-apa je la yang berunsur negatif...
Untuk salahkan mereka 100% pun tak boleh jugak..
Sebab mungkin bagi mereka benda-benda ni sesuatu yang normal..
Dan mungkin bagi sesetengah orang benda ni tak menjadi satu gangguan kepada mereka..
Namun dari satu sudut yang lain, kita harus fikir kalau situasi tu terjadi kat kita, apa yang kita rasa??? 
Terganggu ke??? tidak ke????..
Tapi berbalik kepada apa yang aku cakap tadi..mungkin situasi tu sesuatu yang biasa-biasa je buat mereka...
Jadinya aku mengambil keputusan untuk tahan dan diam je la...
Kalau agak-agak tak tahan, aku lari je la dari situ...






Tengah Malam Bikin Panas

Kenapa la susah sangat nak surf website MAS ni...
Tak tahu la dah berapa kali refresh..macam tu jugak..
Panas hati betul la..line internet elok je biru..
Website AirAsia elok je..takde masalah langsung..
Agaknya MAS ni terlalu eksklusif kot..
Orang-orang macam aku ni tak layak even nak surf for any info..
Pusing la kau 'roda'..aku takde mood dah nak tunggu..
Lagi bikin aku panas malam-malam buta ni ada la..


Saturday, June 18, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Jebon Betul La

Assalamualaikum...

Ada orang bila marah atau hangin kat seseorang, mesti akan sebut "jebon betul la dia ni...!!!". Aku pun ada jugak la kadang-kadang cakap macam tu, walaupun tak tahu apekebende Jebon tu.. Orang sebut..kita pun nak jugak sebut...hehehe..;p

Hanya dalam 2 3 bulan ni baru aku tahu jebon tu wujud sebenarnya dan ia adalah seekor binatang... Itu pun tahu bila officemate cerita dia terlanggar JEBON SEKELUARGA...hahahha.. Dalam hati berkata "ooo...jebon tu wujud rupanya.." Dan rupa-rupanya bukan aku sorang je yang tak tahu jebon tu wujud..officemate yang sorang lagi ni pun tak tahu...hahahha..

Aku cuba cari sedikit info tentang jebon ni.. Info tak banyak sangat tapi boleh la untuk dikongsi bersama mereka-mereka yang seangkatan dengan aku..;-)

i) Nama lain ialah cerpelai (orang belah utara panggil jebon)..weasel @ mongoose in english.


ii) mampu membesar sehingga sepanjang 2 kaki (di Malaysia selalunya bersaiz XXL je) dan sering dijumpai dalam kelompok keluarga kecil. 


iii) merupakan spesis yang dilindungi.

iv) makan serangga, ketam, cacing tanah, biawak, ular ayam dan rodensia selain daripada telur dan bangkai.

v) sering digunakan untuk melawan dan membunuh ular berbisa.

vi) mengeluarkan bunyi bila marah (macam bunyi ibu kucing marah bila kita nak ambil anak dia).

vii) Menanda tempat dengan air kencing atau untuk menghalau musuh.


Hmm...itu saja info yang aku dapat cari...Lepas ni kalau orang cakap pasal jebon lagi tak la 'perak' sangat dah..hehehe



Perkahwinan Putera Raja Timur Dan Barat

Assalamualaikum...

Jom layan gambar...
(ada 2 keping je pun..hehehe)



Putera Mahkota Naruhito dan Puteri Masako




Putera William dan Kate Middleton


Dua-dua pun cantik...
Tapi aku lebih suka gambar Puteri Masako...
Mereka berdua seperti anak patung...comel jer...

Friday, June 17, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Cuaca Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum...

Baru pagi tadi matahari memancar terik..
Sekarang ni dah gelap..
Hujan tersangat lebat,berangin dan guruh juga..
Kemungkinan akan naik air di sesetengah tempat..
Cuaca tak menentu pagi ni...
Apapun kena bersyukur la dengan apa yang Allah bagi di pagi Jumaat ni..
Mungkin hujan ni membawa rahmat kepada sesetengah orang...;-)





Bali - A Simple Giveaway For Fabulous Followers

Assalamualaikum...

Lama tak jengah kat sini, nasib baik tak bersawang..hehehe..
Perkara pertama yang dibuat bila dah masuk sini ialah bertandang ke rumah orang...
Dan inilah hasilnya..

Bali - A Simple Giveaway For Fabulous Followers 


Giveaway daripada bakal Doktor Falsafah..

Walaupun tahu diri ni jarang nak bertuah..
Tapi apa salahnya mencuba ye tak??? ;-)
Jom....pakat join ramai-ramai..;-)
Sunday, June 12, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Bergegar Kepala Otak

Assalamualaikum...

Aduhhh..hari ni memang bergegar la kepala otak aku ni...Bila la jalan di Kuala Nerang tu nak siap...Lencongan bukan main banyak..sampai aku pun keliru nak lalu kot mana...Tadi hala balik, ada satu kereta ni dah silap masuk haluan lencongan...Tak tahu la berapa lama dia nak lepas jalan tu..dah la boleh lalu satu kereta jer kat situ..Pulak tu ada pulak satu kereta lagi yang ikut dia...Agaknya Mat Saleh tu tak faham kot lencongan tu apa..dia pun main redah ikut kereta pakcik ni..Harus menyumpah-nyumpah dalam kereta tu (agaknya la...hehehe)...

Sebut-sebut pasal kereta...Semalam lepas balik kenduri, aku ikut anak buah pergi rumah kawan dia yang baru berkahwin..Suaminya jurutera lulusan dari Jepun...isterinya dari UK ambil TESL (ada lagi satu sem nak habis)..Dua-dua baru balik..si suami siap bawak balik Honda Accord tu..Mengikut cerita si Hisham ni..kos dia beli dan bawak balik kereta tu dari Jepun ke Malaysia hanya lebih kurang RM70,000.00 je..ni dah termasuk cukai segala..Aku tanya harga kereta tu di sana ikut mata wang kita...Dia kata lebih kurang RM40K...mak aiiii...gila lah...MyVi pun dah RM50K++ kat sini...Honda Accord tak payah kata la...orang macam aku ni memang tak mampu la den...Nampaknya dealer kereta kat sini memang ambil untung 100% la..padan la leh jadi kaya..hehehhe...

Hah satu lagi, kat sini kalau ada orang pandu Skyline (entah betul ke tak ejaan ni..;p) mesti akan jadi perhatian kan...Di Jepun, Skyline tu diaorang bawak pergi pasar je...orang tua pulak tu yang bawak...hahahha...So sekarang ni kalau nampak sesiapa yang pandu Skyline, tanamkan je dalam fikiran.."Alah bukan hebat tara mana pun!!!! Kat Jepun depa bawak p market jer pun..."..Ok..itu namanya ayat nak pujuk diri sendiri sebab tak mampu nak beli satu..hahaha..

Hmmm...esok nak pergi menggegarkan otak sekali lagi...Kali ni ke Naka pulak..Nampaknya sakit lagi la pinggang ni..Harap-harap tak jadi mereng sebab terlalu banyak gegaran diterima...hahahah...Merapu lebih dah ni..kena masuk tido dah ni..Ok..Selamat Malam semua...
Tuesday, June 7, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Tukar Profesion

Assalamualaikum...

Bulan sudah dia jadi pakar kecantikan..
Alih-alih bulan tukar pulak jadi technician..
Apa la nak jadi dengan kau ni Cik Ti..asyik tukar kerja jer...
Bulan depan kau nak jadi apa pulak hah???


Habis wayar extension tu kau belasah ye...

Bulan Lepas Punya Cerita


Assalamualaikum...

Dok belek-belek kalender...teringat lak nak tangkap gambar aktiviti bulan lepas..
Kata orang untuk kenang-kenangan..;-)
Kalender ni harus-harus la bertahan setahun dua je dalam simpanan...

Setelah diteliti rupanya bulan lepas adalah bulan yang paling banyak program / kerja
Tak tahu la bulan-bulan yang akan datang macam mana pulak...
Takat bulan ni kalender masih bersih daripada sebarangan contengan..
Tapi telah ada 3 ke 4 program dalam waiting list untuk dimasukkan..;-)
Hmmm..nasib baik gambar blur..tak la nampak tulisan hodoh sangat..;p




Hari ni saya keseorangan di dalam office..tu yang boleh belek kalender tu..hehehe




Monday, June 6, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Malam Ini

Assalamualaikum...

Malam ni punya cerita.....
BW sampai lupa nak makan...(asyik dok hmmm kejap lagi la makan)
BW sampai tak terbuat entry baru...(walaupun hakikatnya takde idea..;p)
BW sampai terlebih limit masa ber'internet'...(ingatkan nak berenti pukul 10.30 @ 11 tadi)
BW sampai tak tergosok baju kerja untuk esok...(stok baju kerja ber'iron' dah habis..huhuhu)

Alamatnya...
Esok je la makan..(harus!!!!!!)
Esok je la buat entry baru..(kalau beridea ;-)
Esok je la set limit baru..(tak tahu la boleh pakai ke tidak tu...;p )
Esok je la gosok baju..(ini yang tak syok nieh....;-( )

Tengok la betapa hebatnya penangan BW ni...
Tambah-tambah aku pulak memang suka baca entry-entry orang nieh...;-) 

Time to sleep...
Selamat Malam semua...
(mengingatkan aku pada kartun dalam buku teks masa sekolah rendah dulu..tak ingat buku teks darjah berapa...;p)
Friday, June 3, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Derma Anak Yatim

Assalamualaikum...

Sekarang ni banyak sangat orang mintak derma...
Alasan yang digunakan derma untuk anak yatim...
Majoriti yang datang mintak derma berwajah ala-ala mamak..tak kira budak-budak atau orang tua...

Tadi pun rumah aku didatangi puak ni jugak..
Menjadi kemusykilan jugak sebab jalan nak masuk ke rumah aku ni agak jauh...
Macam mana la dia ni boleh jalan sampai ke sini..
Tapi aku tak derma pun..tak keluar rumah pun..tengok dari balik pintu je..
Agak was-was jadi baik aku cakap tak mau je...
Dia tu pun aku tengok cakap melayu pun macam tak berapa nak lepas je..



Mungkinkah?????

Assalamualaikum..

Sekarang aku sedang cuba membuat persiapan mental dan fizikal...

UNTUK APA???

Hmmm..lanjutan berjumpaan dan perbualan aku dengan bos tempoh hari...
Dia sedang menimbang-nimbang untuk menukarkan aku ke tempat lain...
Tempat yang kalau pergi sekali sekala sememangnya best...tapi untuk duduk di sana mungkin agak membosankan..

Masalahnya sekarang..

BERSEDIAKAH AKU??????? 

~ risaunya makcik!!! ~


gambar : mr google

Di Subuh Hari

Assalamualaikum...

Semangat Sungguh...
Subuh-subuh lagi dah 'update' blog yang dah beberapa hari tak ber'update'..;p
Hmmm..masuk hari ni insyaallah dah 4 hari aku puasa...
Terlaksana jugak misi aku puasa 4 hari minggu ni...
Hari ni jugak dah masuk 1 Rejab..kita digalakkan untuk berpuasa sunat 1 Rejab...
Cuma aku sedikit musykil..boleh ke kita berniat untuk 2 puasa sekaligus..
Dulu ada yang kata boleh..kemudian kata tak boleh pulak..semalam pulak ada yang kata ustaz kata boleh...

Esok bermula la aktiviti makan kenduri..
Esok saja aku ada 3 jemputan kenduri kalau tak silap..
Satu di Seberang Jaya, satu di Kuala Kedah dan satu di Sg. Petani...
Hari ahad pulak kenduri anak officemate di Kuala Perlis...
Tak tahu la sempat ke tak nak terjah semua tu..

Ok..Selamat Berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa ye..
dan Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan..