Monday, February 18, 2013 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Realiti Yang Perlu Dilalui

Bila orang yang kita sayang cuba mengelakkan diri daripada kita, tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan melakukan perkara yang sama. Mungkin akan ada yang berasa pelik, tapi inilah realiti yang hendak atau tidak perlu dilakukan dan perlu dilalui kerana sesungguhnya dia milik orang.
Thursday, September 27, 2012 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Terlalu Sukar

Assalamu'alaikum...

Ternyata sukar untuk melupakan dia...
Sehingga hari ini masih lagi teringat setiap detik dan waktu bersama...
Walaupun tidak semuanya indah untuk dikenang..tapi itulah yang berlaku...
Segala yang manis..segala yang pahit sentiasa berlegar...
Jika hari ini ingatan kepada dia sedikit berkurang...pasti esok segalanya akan menjengah kembali...
Tidak banyak, sikit pasti akan ada air mata yang mengalir...
Setiap tempat yang dilalui pasti akan mengingatkan kepada dia...
Memikirkan dia sedang berbahagia, mengundang pilu di jiwa..tersangat pilu...


Monday, September 24, 2012 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kursus & Lawatan Percuma

Assalamu'alaikum...

Minggu ni jadual penuh dengan mesyuarat...
Dari sedekat-dekat tempat, hingga sejauh-jauh tempat...

Awal bulan depan kena pergi kursus di KL..
Pada masa yang sama juga, dapat tawaran menyertai lawatan...
Semuanya ditanggung..bawa duit belanja sahaja...

Hati teringin pergi lawatan tapi risau pulak tak dapat kelulusan pihak atasan...
Kursus pun kena cari pengganti kalau tak dapat hadirkan diri...

Hmmm..walau sesibuk mana pun memikirkan hal kerja...
Fikiran pasti tak lepas memikirkan perkara yang dah berlalu...
Sampai bila akan berakhir tak tahu la...
Kadang-kala rasa penat...kenapalah dia hadir dalam hidup ni????