Friday, June 3, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Derma Anak Yatim

Assalamualaikum...

Sekarang ni banyak sangat orang mintak derma...
Alasan yang digunakan derma untuk anak yatim...
Majoriti yang datang mintak derma berwajah ala-ala mamak..tak kira budak-budak atau orang tua...

Tadi pun rumah aku didatangi puak ni jugak..
Menjadi kemusykilan jugak sebab jalan nak masuk ke rumah aku ni agak jauh...
Macam mana la dia ni boleh jalan sampai ke sini..
Tapi aku tak derma pun..tak keluar rumah pun..tengok dari balik pintu je..
Agak was-was jadi baik aku cakap tak mau je...
Dia tu pun aku tengok cakap melayu pun macam tak berapa nak lepas je..



Mungkinkah?????

Assalamualaikum..

Sekarang aku sedang cuba membuat persiapan mental dan fizikal...

UNTUK APA???

Hmmm..lanjutan berjumpaan dan perbualan aku dengan bos tempoh hari...
Dia sedang menimbang-nimbang untuk menukarkan aku ke tempat lain...
Tempat yang kalau pergi sekali sekala sememangnya best...tapi untuk duduk di sana mungkin agak membosankan..

Masalahnya sekarang..

BERSEDIAKAH AKU??????? 

~ risaunya makcik!!! ~


gambar : mr google

Di Subuh Hari

Assalamualaikum...

Semangat Sungguh...
Subuh-subuh lagi dah 'update' blog yang dah beberapa hari tak ber'update'..;p
Hmmm..masuk hari ni insyaallah dah 4 hari aku puasa...
Terlaksana jugak misi aku puasa 4 hari minggu ni...
Hari ni jugak dah masuk 1 Rejab..kita digalakkan untuk berpuasa sunat 1 Rejab...
Cuma aku sedikit musykil..boleh ke kita berniat untuk 2 puasa sekaligus..
Dulu ada yang kata boleh..kemudian kata tak boleh pulak..semalam pulak ada yang kata ustaz kata boleh...

Esok bermula la aktiviti makan kenduri..
Esok saja aku ada 3 jemputan kenduri kalau tak silap..
Satu di Seberang Jaya, satu di Kuala Kedah dan satu di Sg. Petani...
Hari ahad pulak kenduri anak officemate di Kuala Perlis...
Tak tahu la sempat ke tak nak terjah semua tu..

Ok..Selamat Berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa ye..
dan Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan..