Assalamua'laikum
Dua hari lepas keluar makan McD dengan mak dan abah.
Abah nasihat dan ingatkan supaya fikirkan sama kehidupan di masa depan.
Bila difikirkan semula memang betul kata abah. Saya sekarang berada dalam zon selesa.
Bukan tak difikirkan tentang masa depan terutamanya hal yang satu itu, tapi disebabkan berasa selesa dengan keadaan sekarang saya tiada usaha untuk ke arah itu walaupun tidak dinafikan perkara itu sentiasa bertandang dalam kotak fikiran ini.
Abah cakap dia yakin saya boleh uruskan hidup saya, asalkan ada kerja dan duit tapi dari segi yang lain saya perlukan seseorang untuk sama-sama uruskan (walaupun dia tak cakap yang ini directly tapi saya faham).
Rupa-rupanya mak dan abah risau dengan kehidupan saya, sedangkan selama ini saya lihat mereka seperti tidak kisah. Rasa nak menangis bila dengar abah cakap macam tu tapi ku tahan labu..ku tahan..
Realiti Yang Perlu Dilalui
Bila orang yang kita sayang cuba mengelakkan diri daripada kita, tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan melakukan perkara yang sama. Mungkin akan ada yang berasa pelik, tapi inilah realiti yang hendak atau tidak perlu dilakukan dan perlu dilalui kerana sesungguhnya dia milik orang.
Terlalu Sukar
Assalamu'alaikum...
Ternyata sukar untuk melupakan dia...
Sehingga hari ini masih lagi teringat setiap detik dan waktu bersama...
Walaupun tidak semuanya indah untuk dikenang..tapi itulah yang berlaku...
Segala yang manis..segala yang pahit sentiasa berlegar...
Jika hari ini ingatan kepada dia sedikit berkurang...pasti esok segalanya akan menjengah kembali...
Tidak banyak, sikit pasti akan ada air mata yang mengalir...
Setiap tempat yang dilalui pasti akan mengingatkan kepada dia...
Memikirkan dia sedang berbahagia, mengundang pilu di jiwa..tersangat pilu...
Kursus & Lawatan Percuma
Assalamu'alaikum...
Minggu ni jadual penuh dengan mesyuarat...
Dari sedekat-dekat tempat, hingga sejauh-jauh tempat...
Awal bulan depan kena pergi kursus di KL..
Pada masa yang sama juga, dapat tawaran menyertai lawatan...
Semuanya ditanggung..bawa duit belanja sahaja...
Hati teringin pergi lawatan tapi risau pulak tak dapat kelulusan pihak atasan...
Kursus pun kena cari pengganti kalau tak dapat hadirkan diri...
Hmmm..walau sesibuk mana pun memikirkan hal kerja...
Fikiran pasti tak lepas memikirkan perkara yang dah berlalu...
Sampai bila akan berakhir tak tahu la...
Kadang-kala rasa penat...kenapalah dia hadir dalam hidup ni????
Kenduri Dan Hujan
Assalaamu'alaikum...
Kenduri anak saudara jiran setaman...
Nasib kurang baik, hujan tersangat lebat...
Rasanya buat di dewan adalah langkah paling selamat untuk mengadakan kenduri di musim cuaca tak menentu ni
Tetapi semuanya bergantung kepada budget tuan rumah itu sendiri.. ;-)
Bercakap berkaitan kenduri, 'dia' telah pun selamat menjadi hak orang lain...
Semoga dia berbahagia.. ;-(
Rindu Itu Anugerah
Assalaamu'alaikum...
Rindu itu anugerah daripada Allah...
Ya...saat ini saya sememangnya sedang merindui seseorang...
Tetapi biarlah rindu itu dibawa angin lalu...
Semoga suatu hari nanti rindu itu akan hilang... :-)
Sabarlah Hati
Assalaamu'alaikum...
Rasa tak mampu untuk menyekat mutiara jernih ini dari keluar...
Wahai hati bersabarlah...
Biarkan dia bahagia...
Senyumlah...
Jangan pamerkan kesedihan yang bersarang di hati...
Di saat kau bersedih...dia sedang berbahagia...
Lepaskanlah...
Petua Imam Syafie
Assalaamu'alaikum...
Empat Perkara Menguatkan Badan
1. Makan Daging
2. Memakai Haruman
3. Kerap Mandi
4. Berpakaian Dari Kapas
Empat Perkara Melemahkan Badan
1. Banyak Berkelamin (Bersetubuh)
2. Selalu Cemas
3. Banyak Minum Air Ketika Makan
4. Banyak Makan Bahan Yang Masam
Empat Perkara Menajamkan Mata
1. Duduk Mengadap Kiblat
2. Bercelak Sebelum Tidur
3. Memandang Yang Hijau
4. Berpakaian Bersih
Empat Perkara Merosakkan Mata
1. Memandang Najis
2. Melihat Orang Dibunuh
3. Melihat Kemaluan
4. Membelakangi Kiblat
Empat Perkara Menajamkan Minda
1. Tidak Banyak Berbual Kosong
2. Rajin Bersugi (Gosok Gigi)
3. Bercakap Dengan Orang Yang Soleh
4. Bergaul Dengan Para Ulama
Bukan Kebetulan
Assalaamu'alaikum...
Tak ADA
kejadian SIA-SIA,
TAK ADA
Kebetulan,
semua terjadi dengan
IZINNYA
dan pasti PENUH
dengan HIKMAHNYA
ya...setiap yang berlaku bukanlah kebetulan...semuanya telah dirancang oleh Allah kepada setiap hambaNya...saya yakin apa yang sedang saya hadapi ini adalah perancangan yang Allah telah tetapkan untuk saya dan saya yakin ada hikmah di atas semua yang telah, sedang dan akan berlaku...semoga saya terus diberi kekuatan untuk melalui detik itu...aminnnn...
Blog Itu
Assalaamu'alaikum...
Lama rasanya tak menziarah blog kawan saya yang seorang ni...kebetulan hari ni terpandangkan blog dia di blog list...membaca coretannya yang sedang berbahagia mengundang kesedihan di hati...tak tahu kenapa, saat membaca coretan-coretannya, minda saya membayangkan seseorang yang tidak saya kenali secara live...hanya mengetahui namanya dan sedikit tentang dirinya daripada seorang kenalan yang sememangnya terlalu rapat dengan saya...semoga dia juga akan berbahagia bersama insan tersayang...itu doa saya...dan saya juga berdoa semoga saya mampu bahagia seperti dia...
Bila Dikenang
Assalaamualaikum...
Kenangan lalu bila dikenang akan menimbulkan seribu satu macam mainan perasaan...
Ada suka...ada duka...
Kenangan gembira bila dikenang, secara semulajadi bibir akan mengukir senyum dan kemungkinan tawa halus akan lahir dari bibir yang sedang tersenyum...
Sebaliknya kenangan pahit dan sedih bila dikenang, tiadalah senyuman yang akan terpamer di wajah...sebaliknya hanya wajah-wajah sedih yang jelas kelihatan...butiran manik-manik jernih kadang kala menghiasi wajah yang sedang kesedihan...
Walaupun cuba dihindar dari memikirkan kenangan-kenangan yang menyedihkan, tidak dapat tidak kadang kala ianya akan hadir juga di saat sedang keseorangan...di saat fikiran kosong tidak memikirkan apa-apa...di saat melihat insan lain sedang mengecapi kebahagiaan...
Hati tertanya-tanya, bilakah akan tiba giliran saya untuk mengecapi kebahagiaan seperti mereka?...
Sesungguhnya Allah telah menetapkan segalanya...saya rasa saya tidak kuat untuk menghadapi keadaan ini, tapi Allah tidak akan memberi sesuatu ujian atau dugaan melainkan Dia yakin saya mampu menghadapinya...
Andai ini ketentuan-Nya, saya redha dan saya sentiasa berdoa agar ada sinar bahagia menanti di hadapan...
Jade Perch
Assalamualaikum...
Hari ini akan berbuka bersama teman-teman...
Menu utama ialah ikan Jade Perch...
Hmmm sedap ikan ni...rasa lemak-lemak...tambah-tambah ikan fresh lagi la sedap...yummy...
Saya yakin ramai yang tak pernah dengar nama ikan ni...
Saya pun tak tahu apa nama melayu ikan ni...
Ikan ni rasanya memang takde jual di pasar-pasar...
inilah rupa ikannya..
Hantar ke kedai untuk masak...
Menu pilihan stim, 3 rasa dan sweet sour...
Kemungkinan akan ada 4 ekor ikan...tak tahu nak buat masak apa seekor lagi tu...:-)
Tanpa Sedar
Assalamualaikum...
Selamat berbuka kepada semua...
Hari ni rasa kurang berselera nak makan...
Teringatkan peristiwa dan perbualan semalam, mutiara jernih begitu senang mengalir keluar...tanpa sedar ia terus meluncur laju di pipi ini...
Sampai hati dia cakap macam tu...kata-katanya itu akan saya simpan dalam otak ntan...

Kadang-Kadang
Assalamualaikum...
Kadang-kadang kita perlu meluahkan apa yang dirasa walaupun ianya agak phit untuk didengar...
Kadang-kadang kita perlu meluahkan apa yang dirasa walaupun ianya jelas menampakkan kelemahan jiwa kita...
Kadang-kadang kita perlu meluahkan apa yang dirasa walaupun ianya akan memberi pelbagai kesan...
Kerana dengan kadang-kadang itulah kita akan memperoleh sedikit ketenangan jiwa dan dapat melihat dan mengetahui kebenaran sesuatu perkara

Berbuka Di Mana?
Assalamualaikum...
Rasanya puasa tahun ini paling banyak saya makan di luar...berbuka dengan kawan-kawan semestinya...Kadang-kadang berbuka di rumah mereka...kadang-kadang di kedai makan...Awal puasa hari tu, selera makan kurang...pernah berbuka dengan air kosong dan kurma...keesokannya sahur dengan setengah potong roti gardenia coklat...dan bila berbuka gagahkan diri untuk habiskan baki setengah lagi roti yang tinggal...Tapi alhamdulillah...walaupun hanya itu yang di makan...siangnya masih boleh melakukan tugasan pejabat...
Hari ini atau lebih tepat seminggu lebih ni...selera dah kembali...kalau ikutkan nafsu memang banyak nak makan...tapi kena sabar...makan berpada-pada sebab saya ada target untuk mengurangkan berat badan...lagi 2 kilo...hehehe...tak tahu la boleh ke tidak...kalau dengan selera makan yang dulu, saya yakin boleh...tapi dengan selera makan sekarang ni...tak tahu la...hmmm...
Petang ni ingat nak stay back di pejabat lebih lama...semata-mata nak mengelakkan diri dari majlis berbuka puasa di taman perumahan saya...hehehe...bukan apa...housemate ada majlis berbuka di pejabat dia...segan nak pergi sendiri...jadinya baiklah balik lambat...nak ajak si polan berbuka di luar ada saja alasannya...biarlah...senang-senang buka saja di pejabat...habis cerita... :-)

Ku Bermohon PadaMu
Assalamualaikum..
Nampaknya buat sementara waktu ini, blog ini akan menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan..Hati rasa tak tenteram disebabkan message yang diterim petang tadi..Saya tahu tak sepatutnya say berfikiran begitu tapi perasaan itu datang sendiri..Sehingga sekarang saya masih berperasaan begitu..Ya Allah kuatkanlah hambaMu ini untuk mengharungi dugaanMu ini..Berikanlah aku ketenangan dan kebahagiaan serta kekuatan seperti mana yang Engkau telah berikan kepada hamba-hambaMu yang lain..Sesungguhnya aku tahu Engkau telah tetapkan sesuatu yang terbaik untukku..

Cepatnya Masa Berlalu
Assalamualaikum....
Sedar tak sedar dah setengah bulan kita berpuasa...cepat sungguh masa berlalu...
Sedar tak sedar juga tak sampai sebulan segalanya akan berakhir...
Biarlah...segalanya telah tersurat...
Apa yang berlaku ini telah ditakdirkan dan mungkin ini adalah pengalaman hidup yang telah ditetapkan untuk saya...
Terima Seadanya
Assalamualaikum...
Nampaknya dia semakin menunjukkan kebencian kepada saya...
Tak apalah...memang patut saya tidak disukai...dibenci...
Saya terima seadanya kerana semuanya berpunca dari saya....
Nampaknya dia semakin menunjukkan kebencian kepada saya...
Tak apalah...memang patut saya tidak disukai...dibenci...
Saya terima seadanya kerana semuanya berpunca dari saya....
Perasaan Apakah Ini?
Assalamualaikum...
Salam Ramadhan buat semua...
Di saat orang lain sedang seronok berpuasa, saya dilanda satu perasaan aneh..
Sedih...itulah perkataan yang paling tepat untuk digambarkan keadaan saya sekarang...
Disebabkan sesuatu perkara yang saya ingat saya boleh menghadapinya pabila tiba masanya...
Sebaliknya, hati terasa sangat pilu bila mengetahui masa itu semakin tiba...tersangat hampir...
Barulah saya sedar, saya tak kuat sebenarnya untuk menghadapi ketibaan hari itu...
Perasaan apakah ini? Saya sendiri tak dapat pastikan...yang pasti saya sangat sedih...
Tidak terjangkau dalam kotak pemikiran saya perasaan ini akan hadir...
Saban hari bila mengenangkan, air mata ini laju saja ingin mengalir...
Tapi saya perlu kuat...mahu tak mahu saya kena hadapi juga keadaan ini...
Semuanya telah tersurat sejak azali lagi...tiada apa yang dapat mengubahnya...

Subscribe to:
Posts (Atom)