Assalamua'laikum
Dua hari lepas keluar makan McD dengan mak dan abah.
Abah nasihat dan ingatkan supaya fikirkan sama kehidupan di masa depan.
Bila difikirkan semula memang betul kata abah. Saya sekarang berada dalam zon selesa.
Bukan tak difikirkan tentang masa depan terutamanya hal yang satu itu, tapi disebabkan berasa selesa dengan keadaan sekarang saya tiada usaha untuk ke arah itu walaupun tidak dinafikan perkara itu sentiasa bertandang dalam kotak fikiran ini.
Abah cakap dia yakin saya boleh uruskan hidup saya, asalkan ada kerja dan duit tapi dari segi yang lain saya perlukan seseorang untuk sama-sama uruskan (walaupun dia tak cakap yang ini directly tapi saya faham).
Rupa-rupanya mak dan abah risau dengan kehidupan saya, sedangkan selama ini saya lihat mereka seperti tidak kisah. Rasa nak menangis bila dengar abah cakap macam tu tapi ku tahan labu..ku tahan..
JurnalungU
Realiti Yang Perlu Dilalui
Bila orang yang kita sayang cuba mengelakkan diri daripada kita, tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan melakukan perkara yang sama. Mungkin akan ada yang berasa pelik, tapi inilah realiti yang hendak atau tidak perlu dilakukan dan perlu dilalui kerana sesungguhnya dia milik orang.
Terlalu Sukar
Assalamu'alaikum...
Ternyata sukar untuk melupakan dia...
Sehingga hari ini masih lagi teringat setiap detik dan waktu bersama...
Walaupun tidak semuanya indah untuk dikenang..tapi itulah yang berlaku...
Segala yang manis..segala yang pahit sentiasa berlegar...
Jika hari ini ingatan kepada dia sedikit berkurang...pasti esok segalanya akan menjengah kembali...
Tidak banyak, sikit pasti akan ada air mata yang mengalir...
Setiap tempat yang dilalui pasti akan mengingatkan kepada dia...
Memikirkan dia sedang berbahagia, mengundang pilu di jiwa..tersangat pilu...
Subscribe to:
Posts (Atom)