Thursday, September 27, 2012 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Terlalu Sukar

Assalamu'alaikum...

Ternyata sukar untuk melupakan dia...
Sehingga hari ini masih lagi teringat setiap detik dan waktu bersama...
Walaupun tidak semuanya indah untuk dikenang..tapi itulah yang berlaku...
Segala yang manis..segala yang pahit sentiasa berlegar...
Jika hari ini ingatan kepada dia sedikit berkurang...pasti esok segalanya akan menjengah kembali...
Tidak banyak, sikit pasti akan ada air mata yang mengalir...
Setiap tempat yang dilalui pasti akan mengingatkan kepada dia...
Memikirkan dia sedang berbahagia, mengundang pilu di jiwa..tersangat pilu...


Monday, September 24, 2012 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kursus & Lawatan Percuma

Assalamu'alaikum...

Minggu ni jadual penuh dengan mesyuarat...
Dari sedekat-dekat tempat, hingga sejauh-jauh tempat...

Awal bulan depan kena pergi kursus di KL..
Pada masa yang sama juga, dapat tawaran menyertai lawatan...
Semuanya ditanggung..bawa duit belanja sahaja...

Hati teringin pergi lawatan tapi risau pulak tak dapat kelulusan pihak atasan...
Kursus pun kena cari pengganti kalau tak dapat hadirkan diri...

Hmmm..walau sesibuk mana pun memikirkan hal kerja...
Fikiran pasti tak lepas memikirkan perkara yang dah berlalu...
Sampai bila akan berakhir tak tahu la...
Kadang-kala rasa penat...kenapalah dia hadir dalam hidup ni????

Monday, September 10, 2012 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kenduri Dan Hujan

Assalaamu'alaikum...


Kenduri anak saudara jiran setaman...
Nasib kurang baik, hujan tersangat lebat...
Rasanya buat di dewan adalah langkah paling selamat untuk mengadakan kenduri di musim cuaca tak menentu ni
Tetapi semuanya bergantung kepada budget tuan rumah itu sendiri.. ;-)

Bercakap berkaitan kenduri, 'dia' telah pun selamat menjadi hak orang lain...
Semoga dia berbahagia.. ;-(