Sunday, September 18, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ole-Ole Dari Kampung

Assalamualaikum...

Memandangkan lepas raya kali ni kami terus balik Penang, makanya tak dapat la nak beli keropok lekor sebagai ole-ole..
Masa singgah di Pantai Marang, aku ada la beli bendalah ni..
Dah lama tak makan..seingat aku masa kecik-kecik dulu selalu la makan..
Selalu jugak main sembur-sembur..hehehe..

v
v
v
v
v
v
v



Ini bukan pensel ke apa ke ye..
Ini aku panggil sagon..tak tahu la orang lain panggil apa..
Ada jugak yang panggil sagu kot..tak pasti tentang yang tu..
Bungkus elok je..warna-warni..
Budak-budak memang suka la kalau tengok..
Dan aku pun salah seorang daripada mereka...hahaha..



Tinggal kaler merah je..coz yang lain dah diberi pada kawan-kawan ofis..
Belum buka pun lagi..entah bila nak makan tak tahu la..
Entah-entah tak makan kot..
Kalau ada sapa-sapa nak habaq mai la ye..boleh bagi..hehehe..


Sepatutnya Seronok Tapiii...

Assalamualaikum...

Sebelum cerita panjang, kita tengok dulu jadual perjalanan kami hari tu (masa raya)..

27/9/2011   
Bertolak ke KL (lepas berbuka)

28/9/2011   
Bertolak balik kampung

2/10/2011   
Bertolak balik KL

3/10/2011   
Bertolak ke Melaka

4/10/2011   
Bertolak balik Penang

Amacam??..nampak best kan jadual perjalanan tu???..
TETAPI...

Nak dijadikan cerita hari last di kampung..
tekak dah rasa sakit..
hidung dah tersumbat..
ALAMAKKK..
habis la..habis la..

Kesudahannya balik ke KL dengan keadaan badan yang tak sihat..
Kalau balik Penang terus takpe la jugak..
Ni banyak tempat lagi nak tuju..
Sungguh tak selesa berjalan dengan badan macam ni..

Kami ke Melaka sebab nak hantar my lil bro register di UTeM..
Dia dapat further study di sana..Alhamdulillah..
Harap-harap dia belajar dengan rajin dan dapat tamat belajar dengan keputusan yang cemerlang..Amin..

Di Melaka kami stay at INB Resort..
Lepas sikit je dari Plaza Tol Ayer Keroh..
Sebelum balik kampung hari tu dah bercita-cita nak tangkap gambar banyak-banyak masa di Melaka..
Tapi semua tak menjadi gara-gara virus yang menyerang..
Perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan, jadi sebaliknya..
Pendek kata segala-galanya la tak kena..
Kesian kat Adi..hari tu sepatutnya jadi hari yang begitu memorable tapi tak..



INB Resort..ok la..agak menarik..


Ikut perancangan asal, lepas je selesai semua urusan Adi, kami akan bertolak ke Lumut pulak..
Abah ada appointment doktor keesokkan harinya..
Malam tu akan bermalam di rumah saudara di Seri Iskandar dan esoknya bertolak ke Hospital Lumut..
Tapi dalam perjalanan abah cakap nak balik Penang terus..
Wah..ini sudah bagus..memang dialu-alukan..
Dapat la aku berehat lama sikit di rumah..

Ubat makan dah banyak..panadol dah sepapan habis..tapi tak elok-elok jugak..
Tekak yang sakit dah mula bertukar menjadi batuk..
Hidung yang tersumbat dah mula berair..
Badan seram sejuk..
Mak suruh ambil MC kalau tak larat nak naik kerja..
Tapi aku fikir dah lama sangat bercuti dan paling penting malas nak ke klinik..
Jadinya naik la aku kerja dengan telinga yang berdengung dan bersweater tebal..




Gambar-gambar ni di ambil masa on the way balik dari cafe..
Family room yang kami ambil tu besar..memang besar..
Boleh accommodate up to 10 pax or even more..
Hanya basic facilities yang disediakan..
Peti ais takde ye..harap maap..
Dan breakfast dia..hmmm...tak best..
Sakit-sakit pun kisah pasal makan lagi kan...hehehe...






Saturday, September 17, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Balik Dungung

Assalamualaikum...

Entri ni bolehlah di anggap entri berkulat coz dah 19 Syawal baru nak cerita..
Tapi ping point-nya bukanlah pasal sambutan hari raya..;-)
Cuma nak bercerita aktiviti di kampung yang sebenarnya takde lah hebat atau best sangat pun..


Cukup payah nak tangkap gambar budak kecik sorang ni..
Dalam banyak-banyak, rasanya ini la yang paling ok kot..
Masa ni on the way nak balik kampung..
Kami ke KL dulu sehari awal coz nak konvoi balik dengan Along sekali..
Kecoh weh..budak dua orang tu asyik nak bertekak je..bingit telinga..
Dari KL sampai ke kampung tak sudah-sudah..rasa nak terjun keluar kereta je..
Masing-masing tak mahu kalah..sudahnya aku yang jadi mangsa menadah telinga mendengar..tension..tension..(sapa kata hati girang bila nak balik kampung, garing ada la..huhuhu..)

Sempat puasa 2 hari di kampung dan sempat la jugak makan makanan dan kuih yang hanya boleh dapat di Terengganu..
Hari Raya macam biasa la..Nasi Dagang, ziarah kubur, pergi rumah saudara-mara, sahabat handai (kawan-kawan mak abah je..1 rumah je pun.;p )



On the way balik, kami singgah beli ole-ole untuk jiran-jiran..
Then berhenti makan di kedai sepanjang pantai Marang..
Angin sangat kuat dan sangat best..
Aina la yang paling suka..tak sabar-sabar nak main pasir..
Si Aisya pulak geli nak pijak pasir..nasib baik la pak sedara dia semua rajin-rajin nak dukung dia..hehehe..


Aina dan adik Aisya bersama-sama pak-pak sedara..
Aisya kalau tangkap gambar semedang je muka masam..
Tak lama pun kami di sana sebab hari pun dah petang dan nak hujan..



Malamnya berBBQ pulak..makan-makan dengan adik-beradik je..
Nasib baik malam tu tak hujan kalau tidak hancus la program BBQ..
Tempat bakar-bakar ni bakal jadi bilik..tapi masih tak siap..
Rumah tukang rumah macam tu la...
Rumah orang siapkan dulu..rumah sendiri entah bila nak siap tak tahu..hehehe..



2nd BBQ keesokan harinya..kali ni di rumah tok pulak bersekali dengan rumah terbuka..
Kali ni sepupu sponsor..katanya dapat elaun pakaian (dia join PALAPES di UPSI..)
Rumah tok totally changed..rumah kayu bertangga yang tradisional dan banyak kenangan dulu-dulu sekarang dah berganti dengan rumah batu atas tanah..hilang ciri-ciri kampung..;(
Bagi aku yang sesekali balik kampung, pastilah nakkan keadaan macam tu..
Tapi bagi orang-orang kampung, mereka pun pasti nakkan perubahan dan kemajuan..jadinya.. terima je lah..



Seharian di rumah tok..petangnya sebelum balik rumah Su, kami singgah ke pantai...
Tok Wan dah janji dengan Aina nak bawak pergi pantai dari hari mula sampai kampung lagi..
Memandangkan Tok Wan dah balik awal ke rumah Su dan esoknya kami semua dah nak balik KL, auntie dia la yang tolong bawakkan ke pantai..
Mujur ada sepupu yang sorang ni..makanya dialah driver merangkap peneman Aina main pasir..hehehe..
Mak Teh siap bawak tikar untuk bersantai..siap tido-tido lagi..
Angin kuat memang syok kalau dapat lelapkan mata..cuaca pun tak panas..




Aina masa mula sampai ke pantai, takut nak jalan atas pasir coz kaki tenggelam dalam pasir..
Asal kita menjauh dari dia pasti dipanggilnya..berlari pun perlahan je..hehehe
Mujur dia tak minta nak mandi laut..kalau tak haru jugak..
Laut di situ pun agak bahaya..tak landai..
Aku pun tak berapa berani nak ke gigi air..takut Aina mengikut..




Sementara menunggu Aina main pasir dengan Mak Ngah dia..aku pulak dok sibuk menyusun kulit kerang ni..
Dari kecik ke besar...nampak menarik pulak..:-)
Dalam nak dekat pukul 7, kami balik rumah..nasib baik Aina nak balik..

Keesokkan harinya dalam tengahari kami bertolak balik ke KL..
Rancangan asal nak balik pagi..tapi tak putus pulak saudara-mara bertandang..
Dan yang pastinya on the way balik aku naik kereta abah..
Kena bersesak dengan barang pun tak kisah..janji telinga tak sakit..;-)

Friday, September 16, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Bestnya Dia Dapat Kembar

Assalamualaikum...

Siang tadi aku berjumpa dengan kawan baik sejak sekolah rendah..
Tak tahu pun dia ada di Pokok Sena sejak seminggu lepas..
Tinggal sehari je lagi nak balik Johor baru nak roger-roger (bertuah punya budak..;p)..

Seingat aku, last kami jumpa lebih kurang 4 - 5 tahun lepas di Terengganu.. 
Itu perjumpaan pertama sejak kami berpisah masa di sekolah menengah..
Dulu masa zaman sekolah, aku rajin bertandang ke rumah dia..
Jauh tu menapak dari rumah nak ke rumah dia..
Sanggup tu naik bukit, turun bukit nak ke sana..
Rasanya kalau sekarang ni tak sanggup kot nak meredah panas terik semata nak meronggeng di rumah kawan..hehehe

Dan hari ni kami berjumpa lagi..
Dulu aku jumpa dia dengan tunang dia..
Hari ini aku jumpa dia dengan suaminya dan anak kembarnya..
Wah..seronoknya..dia dah ada anak..kembar lagi..jeles i tau..



Tido je si kembar ni..



Kembar dengan ibu..khusyuk mendengar abah bercerita..sapa kawan dia sebenarnya ni??? ;p


Lepas ni tak tahu la bila pulak nak berjumpa..
Agaknya 4 - 5 tahun lagi kot..
Tapi agak kecewa sikit la..terlupa nak tangkap gambar bersama..
Dalam kereta baru teringat..huhuhu..
Harap-harap persahabatan ni akan terus berkekalan walaupun kami tersangat jarang berjumpa..Insyaallah...
Saturday, September 10, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Entry Lepas Raya

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri kepada semua..

Baru hari ni buka blog selepas bercuti panjang..
Hari Rabu lepas baru naik kerja dengan kondisi badan yang tak berapa nak sihat..
Hari last di kampung terkena pulak serangan batuk selsema..
Rasa nak demam pun ada..atau sebenarnya memang demam..tak tahu la..
Tak pergi klinik pun..hanya makan ubat-ubat farmasi je..

Malam ni rasa tak ada mood nak menaip panjang-panjang..
Hanya blogwalking..baca cerita menarik kawan-kawan..
Tunggu la esok-esok bila mood dah datang baru bercerita kata sini..

Ok..selamat malam semua..esok kerja..huhuhu..