Tuesday, May 31, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kesan Virus Air Liur

Assalamualaikum...

Musim buah pelam dah nak habis...
Pokok pelam kat rumah aku ada 3...
Tapi malangnya hanya ada sebiji je buah pelam yang sedang membesar...
Tahun lepas banyak jugak..kali ni tak tahu la kenapa..
Bunga pun tak banyak..


Sebiji ni je la yang ada...


Tak tahu la bunga baru ni jadi ke tak..


Satu hal yang pasti..kali ni banyak sangat kerengga yang bermastautin di pokok-pokok pelam tu...
Satu pokok sampai ada 2 sarang..sangat aktif dan proaktif kerengga-kerengga ini..





Buah pun habis kena conquer dengan kerengga..


Agaknya sebab tu la kot putik-putik muda tak jadi..
Dah kena virus air liur kerengga..

Thursday, May 26, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kegemaran Baru

Assalamualaikum..

Sekarang ni aku ada kegemaran baru...
Dulu masa bw aku suka tinggalkan jejak...
Sekarang ni..masih bw..but as a silent reader only..
Tak kisah la kan..asalkan bahagia...

Malam ni aku takde idea nak post entry baru..campur ngantuk sama...
Apa pun tak boley !!!! (sapa punya trademark la ni aku tiru..huhuhu)
Padahal siang tadi dah plan macam-macam dalam kepala aktiviti nak buat malam ni..gosok baju la..kemas bilik la..transfer lagu la..
Akhirnya yang jadi hanya la basuh baju plus masak lauk ayam..
Semerbak bau dalam rumah ni (konon masak sedap la tu...;p)
Oh tak ketinggalan petang tadi dengan berbaju kurung, aku memarang pokok-pokok yang tak layak berada di sekitar rumah aku..hahahha

Hmmm...kat depan aku sekarang ni ada 3 potong pelam harum manis...
Nak habiskan ke nak tinggal je???..
Pelam ni housemate aku yang beli..nak abiskan segan la pulak...
Kalau ikut hati aku ni memang lama dah habis ni...
Hmmm..rasanya baik aku balun perabeh..
Tak baik membazir..ye tak????
Jemput makan...
Wednesday, May 25, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kebuluran Melampau

Assalamualaikum...

Gambar di bawah adalah tanda-tanda tahap kebuluran yang melampau..
Kepada siapa-siapa yang ada simptom-simptom tersebut..cepat-cepat la ke kantin ok!!!!



Dah dekat 3 bulan Cik Ti tak dapat makanan berkhasiat..



Pencuci muka pun sedap jugak...
Tuesday, May 24, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Di Sebalik Tabir Hadiah

Assalamualaikum...

Aku bukan seorang yang senang nak dapat hadiah...
Kalau dapat hadiah tu kira bertuah badan la...
Hadiah yang kat bawah ni kawan aku si Izan yang bagi...
Jauh tu..Italy mari...

Belum tu, meh aku nak promote sikit kawan aku ni...
Izan ni dia kawin dengan orang Italy dan duduk di Italy...
Dulu kami sama-sama belajar di UiTM..
Dok sebilik lagi tu..
Tinggi lampai orangnya dan kurus kering..
Bila jalan tu dah macam tengkorak berjalan...hahahahha...
Tapi itu dulu..sekarang ni nampak macam dah berisi sikit dah...
Dulu dia kata nak carikan pakwe Italy sorang kat aku..
Penat dah aku tunggu..tak sampai-sampai courier pakwe aku tu...hahahaha
Ishhh...melalut lalut lak dah...
Kalau korang nak tengok blog dia ke..nak mintak hadiah kat dia ke..sila klik sini...

Ok..balik pada cerita hadiah aku tu..
Hadiah tu Izan bawak masa dia balik bercuti dan sekali harung buat kenduri kawin dia di Malaysia..
Aku tak jumpa dia pun masa dia balik tu..
Hadiah ni dia kirim kat kawan aku, Abby yang kerja di Genting...
Si Abby dah bising-bising tanya bila aku nak ambik hadiah tu..hehehe
Dan aku hanya berjumpa dengan Abby bila dia terlibat dengan MATTA Fair di Penang...
Nak dekat SETAHUN jugak la baru hadiah ni sampai kat tangan aku...
Lama kan????? ;p

Aku saja tak mau ambil hadiah tu awal-awal...
Mana la tahu kot-kot hadiah tu boleh beranak ke..
Banyak la sikit hadiah yang aku dapat..
Tak gitu Izan????? hahahaha...

Ok la..jom kita tengok apa yang si Izan ni bagi aku...
Cantik...aku suka walaupun aku tak pakai...
Diam-diam eh..jangan gitau Izan..
Dia mesti hangin kalau dengar ni...shhhhhhh!!!!!




Ini la dia...set make up...bentuk love gitu..



Section 1 



Section 2 



Section 3

Sedikit pesanan buat Izan..

"Eh Izan...kau jangan la serik bagi hadiah kat kite lagi ye..
Kali ni kalau nak bagi..bagi la yang lebih grand ye"...hahahaha




Hadiah yang ini pulak bukan si Izan yang bagi ye...
Hadiah ni aku yang nak bagi pada kawan aku...
Tapi tak jumpa-jumpa dengan kawan aku sorang ni..
Rasanya dah dekat 2 TAHUN kot aku simpan hadiah ni..
Tak tahu apa dah jadi dengan isi kat dalam tu..
Agak-agak boleh jadi barang antik tak??????


Ubat Kurus

Assalamualaikum...

Dah lama tak minum ubat kurus ni...


Apsal pulak gambar ni terbalik???..tergeliat leher!!!!



hmmm...elok pun..
Jemput minum semua...;-)
Monday, May 23, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Hasil KIK

Assalamualaikum...

KIK tu ialah Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif ye bukan KICK...;p
Setiap kali kursus selain daripada sijil pasti ada hasil lain yang akan dapat..
Pernah dapat beg laptop, beg sandang dan thumb drive..
Untuk kursus yang baru lepas ni, hasilnya agak best jugak..
Dah lama aku nak beli..tapi tak terbeli-beli..
Akhirnya..tak payah susah-susah nak pergi beli dah...



Tadaaaaa!!!!!
Inilah dia..External Hard Disk...
Mula-mula dapat kaler merah...tapi dah tukar dengan kawan...
Fikir-fikir balik cantik jugak kaler merah tu...
Tapi apakan daya..masa tak boleh nak diputar ke belakang semula...;-)



Lapar la pulak...jemput makan semua...
Sorry la eh..gambar tak elok..snap guna hp cikai je....;p

Dadih Susu Kerbau

Assalamualaikum...

Pagi tadi seawal jam 6.45 pagi aku dah keluar rumah..
Sesampai di jeti Kuala Kedah terus menuju ke kaunter untuk betulkan tarikh tiket..
Nasib baik kakak di kaunter tu tak banyak songeh..;-)

Feri untuk perjalanan pagi ni Feri LADA 2..feri besar dan selesa...
Perjalanan ke Langkawi dari Kuala Kedah selalunya memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit (bergantung pada jenis feri)..
Tapi pagi ni sampai 15 minit awal..jam 8.45 pagi dah terpacak di Jeti Langkawi..

Kebetulan hari ni juga, Jabatan Veterinar buat Majlis Perasmian Buffalo Park Langkawi oleh Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum..Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani..
Selesai mesyuarat terus ke sana..
Hujan la pulak..
Nasib baik tak lebat sangat..



Hujan-hujan ni perut pun lapar..pagi tadi sarapan dengan roti telor je..
Menu utama semestinyalah daging kerbau...hmmmm
Mula-mula takut jugak nak makan..takut ada bau macam daging kambing...
Tapi rugi kalau tak cuba..jadinya aku ambil jugak la..
Ok jugak la..tak ada bau atau rasa macam daging kambing tu..

Menu tambahan ialah Dadih Susu Kerbau..
Dadih ni pun mula-mula risau gak nak makan..macam mana la rasanya kan..
Tak pernah makan / minum susu kerbau ni..
Sebelum makan nasi, cuba dulu rasa dadih ni..ok..sedap..


yang ini tak rasa lagi..

Habis sesi makan..sesi melawat kandang kerbau pulak..
Dah nama pun kandang kan...semestinya ada bau..hehehe
Nasib baik time tu aku tak terfikir pulak pasal daging kerbau yang dah selamat dalam perut ni..
Kalau tak mesti haru...;p...




Sunday, May 22, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ke Sana Lagi

Assalamualaikum...

Esok perlu ke sana lagi...
Balik kerja tadi terus pergi beli tiket..
Senang..esok tak gaduh nak beli-beli tiket dah..terus naik je...
Ambil tiket paling awal sekali tu..


TAPIIIIIIIII.....

Tengok la tu..tarikh dia..esok 23hb bukan 22hb..
Aduhhh...macam mana la boleh tak perasan tang tarikh tu...
Tu la padahnya bila tak check betul-betul..
Satu hal pulak esok nak kena pergi kaunter tiket balik..;-(

3 Hari Bersama SY

Assalamualaikum...

SY yang dimaksudkan bukanlah Salleh Yaakub..
SY = Saiful Yazan..penceramah bagi kursus KIK yang aku hadiri..
Rasanya tak perlulah aku ceritakan berkenaan kursus ni...tak ada apa yang menarik pun..
Cuma kesimpulan yang boleh dibuat ialah 3 hari tak cukup bagi orang-orang baru macam aku...


Inilah SY yang dimaksudkan..penceramah daripada INTENGAH..

Perkara yang seronok bila kursus ialah bila dapat jumpa kawan-kawan yang bekerja di negeri lain..
Time kursus ni je yang boleh jumpa..time lain memang susah nak jumpa..semua duduk jauh-jauh..
Lepas check-out kami pergi Mid-Valley...
Satu jam pusing cari parking, tak jumpa-jumpa..tak tahu la kenapa ramai sangat orang hari tu..
Penat cari parking tak jumpa, kami terus keluar pergi Sunway Pyramid..
Pusing-pusing kejap kendian lepak di Coffee Bean..

Entah bila lagi dapat berkumpul macam ni..
Kena tunggu ada kursus lagi la nampak gayanya..;p


Baru sampai Ipoh



Bahan bacaan dalam bus tapi tak habis baca pun..;p



Nak sampai dah..yeayyyy..



Pemandangan sebelah tol



Si kecik yang demam (anak saudara kesayangan..hehehe)









Monday, May 16, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Esok Cuti

Assalamualaikum...

Esok cuti umum...
Aku gerenti ramai orang suka...
Sapa tak suka cuti ye tak???

Tapi malangnya, aku tak suka...
Saat orang berseronok lepak-lepak di rumah, jalan-jalan cari makan..aku kena mendaki tangga bus...
Kalau naik bus untuk pergi travel ok la jugak...
Ini kena pergi kursus..huhhhh..sungguh tak suka...

Kenapa la diaorang ni buat kursus betul-betul lepas cuti..
Orang dekat ok la..hari kursus tu boleh pergi..
Macam aku orang jauh ni, kena pergi awal sehari..
Dah la pendaftaran buat awal pagi..

Kursus sampai hari Jumaat..hari cuti aku jugak tu...
Perjalanan balik hari Sabtu..hari cuti aku jugak tuuuuu..
Nampaknya minggu ni aku tak bercuti la..
Hmmm nasib badan...
Tuesday, May 10, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Ribut Aere Punca Panas Luar Biasa

KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat. 
Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.
“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.


Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya.




Harun Di Kedai Pak Harun

Assalamualaikum..

Selamat Pagi...
Jom makan kacang....
~ tajuk entry tak ada kena mengena pun ;p ~

Monday, May 9, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Aku Ke Kuno??

Assalamualaikum...

Petang tadi masa melayan FB, aku terbaca status seorang kawan meneman tunangnya makan..
Biasa la kan..alangkan belum ada apa-apa ikatan pun dah keluar sama-sama...
Bila dah tunang lagi la perkara biasa...
Aku pun tak pelik dengan perkara-perkara macam tu..
Kawan aku ni akan berkahwin hujung bulan ni..
Dah tak lama dah..tak sampai sebulan pun lagi..

Tapi tak tahu la kan..
Mungkin aku ni kuno sikit kot...
Aku rasa pasangan-pasangan yang dah dekat nak kawin ni patut kurangkan perjumpaan..
Ikutkan orang dulu-dulu terus tak bagi jumpa sampai tiba hari nikah..

Tapi tak tahu la kan..
Ini pendapat aku je..lain orang lain pendapat / pandangan...
Zaman sekarang rasanya dah tak diamalkan lagi benda-benda macam tu..
Mungkin betul la agaknya aku ni kuno..


Wednesday, May 4, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Tak Perlu Kata Apa-apa

Assalamualaikum...



SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA...;-)



sumber : malaysiakini.com
Monday, May 2, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Pekerja Cemerlang

Assalamualaikum..

Sekarang kena balik awal..
Tengok ni...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Tadi pak guard dah datang dah nak kunci pintu...ee..sekarang poyo betul la..
Susah betul nak jadi pekerja cemerlang..ada je halangan..;p
Ok la..nak balik dah ni..nanti tak pasal-pasal kena kunci dek pak guard..daaaaa....



Cuba Mesra Sikit

Assalamualaikum..

Sakit hati pulak aku tengok seorang staf ni bercakap dengan pelanggan..
Sambil lewa je cakap..cuba la cakap elok-elok, ramah-ramah..
Eeee geram pulak aku..tiba-tiba jadi kesian kat pakcik ni..
Walaupun mungkin dia tak rasa apa-apa..tapi aku terasa..macam yang aku alami hari tu ..
Tolong la mesra sikit dengan pelanggan..
Kalau yang datang tu kerek, lain la cerita..hmmm...

Mengejar Dan Dikejar

Assalamualaikum...

Tak suka DIKEJAR tapi suka MENGEJAR..
Tapi kalau sama-sama mengejar ok la..

Pulak dah..apa yang aku merepek pepagi buta ni..
Ni semua gara-gara lagu yang aku dengar pagi tadi la ni..mengingatkan pada satu peristiwa...
Sambil menyanyi sambil tersenyum lebar..boleh bayang tak??? Mesti burukkan...hehehe..
Sunday, May 1, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Tak Suka Hijau

Assalamualikum..

HIJAU...
Memang la aku tak suka..
Tapi kaler tu selalu muncul..geram betul dibuatnya..
Aku maksudkan benda alah ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Asal kau hijau je..habis semua jadi slow...
Silap-silap hari bulan boleh disconnect terus..
Hangin satu badan bila kau muncul..
Nasib baik masa aku buat entry ni kau kaler biru..senang hati akak kau ni..


Macam ni la bagus..


Jom Mengukus

Assalamualaikum...

Selamat tengahari..dah makan tengahari ke semua??
Orang di sini tak makan lagi..masih kekenyangan makan "pek nga"..
Hari ni saja nak share lauk makan tengahari semalam (4 petang boleh kira makan tengahari ke?? ;p)..
Semalam hari mengukus..semua kukus..baik dari nasi hingga ke lauk..air minum je yang tak dikukus..hehehe
Semua tu dimasak oleh Chef Duan a.k.a my father ;-)


3 jenis lauk je...


Sayur Campur Kukus


Ayam Kukus for my brother



Ikan Siakap Kukus


Tak ketinggalan..Nasi Kukus


Hari ni ada jemputan kenduri..rasanya memang tak masak la kot..
Aku pun baru je selesai membakar cheese cake yang kononnya nak buat tengah malam tadi..alih-alih tido je..pagi ni baru buat..hahaha..
Entah apa la rasanya..(cewahhh cam iklan pulak..)



Yo Yo O Je

Assalamualaikum..

Ingat nak buat cheese cake malam ni (pakai tepung segera Nano je..hehehe)...
Tapi mata pulak tiba-tiba rasa mengantuk...
Hati dah berbelah bagi..nak buat ke nak tido...
Keputusannya ;
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tengok tv dulu la...;p




gambar : mr google