Saturday, April 30, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sibuk Di Ladang

Assalamualaikum...

Hari ni dari pagi bawak ke malam..ni je la aktiviti aku..
Mengutip segala benda yang boleh dikutip sampai dah ter"over" limit pulak...;p


Sungguh tak sosial kan..huhuhu...



Haram Menikahi Gadis Satu Kampung

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG BERITA GEMPAR!!!!! 


HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!! 


Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003: "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" 

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. 

Inilah isi wawancara tersebut: 

Wartawan: 
Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung? 

Pegawai Kanan : 
Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung..........!!! 


hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual (",)




Tak Kunjung Tiba

Assalamualaikum...

Aku kelaparan menanti sarapan yang tak kunjung tiba..
Sebabnya mak n abah belum balik pasar lagi...
Aduhh lama pulak diaorang pegi pasar...
Sudahnya ni je la breakfast aku..

Wednesday, April 27, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Semerbak Bau

Assalamualaikum..



Nampak tak apa yang ada kat sebelah laptop aku tu???
Ok...meh aku close up kan....


Hahh..tu diaaa..Pulut Durian ko...
Housemate aku belikan tadi dan di saat ini bau durian dah semerbak satu rumah...
Maka secara rasminya pada jam 11.45 malam, aku akan makan pulut durian aku ni...
Jemput makan semua...;p...

Nanny 911

Assalamualaikum...

Baru selesai tengok Nanny 911..Cerita bagaimana pengasuh di panggil datang ke rumah keluarga yang tak pandai nak kawal anak-anak..Memang dasyat la perangai anak-anak ni..sampai kadang-kadang aku terfikir..ini lakonan ke realiti ni???..Ada juga perangai anak-anak yang seteruk ni..Kecik-kecik lagi, tapi aduhhhh...boleh sakit jiwa kalau aku ada anak macam ni..

Mungkin dari awal lagi mak bapak dah salah didik..tak tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak..Itu sebab ada pepatah menyebut melentur buluh, biarlah dari rebungnya..kalau tidak macam ni la jadinya..Tapi bagus la juga sebab dorang ada usaha nak memperbaiki keadaan tu..sesetengah ibu bapa ni tak tahu macam mana nak jadi ibu bapa dalam erti kata yang sebenar..harap-harap aku tidak tergolong dalam golongan tu..Insyaallah...



Nanny Stella is my fav (kanan)...;-)




gambar : mr. google

Serba Salah Pulak

Assalamualaikum...


Hmmm...mana satu nak pergi ni???
Esok ada 2 meeting..satu di pejabat..satu lagi di Sg. Petani...
Kalau ke Sg. Petani dekat la nak balik rumah..
Meeting di office pulak melibatkan unit aku..
Bos tak kisah aku nak pergi yang mana satu..
Aku pilih meeting di office..tapi tu la..serba salah pulak dah sekarang ni..
Pening nak pilih yang mana satu...haiiiiiiii....... 


Bukan Ayam KFC

Assalamualaikum...

Buku Touch Of Class ada menyatakan..
Seseorang yang berjaya dalam hidup harus mempunyai K.F.C..

K - Kindness
F - Friendliness
C - Cheerfulness

Ia perlu wujud secara semulajadi di dalam diri kita dan ikhlas terbit dari hati.. ;-)

Tuesday, April 26, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Dunia Belum Kiamat

Assalamualaikum...
Selamat Petang....

Sebelum balik kerja, layan youtube kejap..
Walaupun aku dalam kategori anak-anak zaman sekarang (sangatttttt...)..
Tapi aku suka lagu-lagu lama..
Tak bingit telinga..sedap je melodi dia..
Lagu yang aku upload ni aku pun dah lupa dengar dari mana entah..
Cuma yang pasti..aku suka je lagu ni..hehehe..

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum..

Aku baru balik dari bank..pergi bayar bil air / api..
Ada ke patut staf kaunter tu main campak je bil kat atas kaunter tu..
Boleh je dia letak elok-elok...tak pun hulur je kat aku...
Time kawan aku berurusan dengan dia, aku usha habis-habisan kat dia..
Nak tengok dia buat yang sama ke tak..
Boleh pulak dia hulur elok-elok..
Mungkin dia perasan kot aku dok usha dia..
Tahu takut...hahahahah...


Dia Kata Aku Sombong

Assalamualaikum...




Pagi tadi masa mesyuarat, bos ada menyentuh tentang senyuman semasa menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ada la beberapa nama yang disebut kata kurang senyum dan nama aku tidak terkecuali. Sebenarnya aku dalam hati confident dah ingat nama aku takkan disebut, alih-alih ada juga daaa..;p. Bila bab ni disentuh, aku perhatikan yang dok kedekut nak senyum sebelum ni, elok pulak tersengeh-sengeh termasuk la aku..hehehe..

Rasanya aku ni murah jugak la dengan senyuman (cewahhh...poyoooo...). Selalu je tersenyum, tersengeh, gelak ketawa sampai kadang-kadang terasa lenguh pipi aku ni. Takkan la pulak nak tersenyum 24 jam..giler ke hape??? Muka aku ni dah memang spesis garang, senyum pun rupa tak senyum agaknya..;p

Habis mesyuarat dalam pukul 2.00 petang. Makan tengahari dah disediakan, so apalagi jom kita terjah la..;-) (gulai ikan dia sedappp!!!) .. Tengah-tengah tunggu nak ceduk nasi, seorang senior ni dok buka cerita pasal senyum ni la.. Dia kata aku masa mula masuk kerja dulu sombong, tak nak senyum.. Aikkk!!! bukan awak ke yang payah sangat nak senyum, tu sebab aku tak senyum kat kau..Aku senyum kau tak balas so aku balas la balik..hahahaha..(tapi yang tu aku cakap dalam hati je la..;p).. 

Tapinya aku pun ada gak la cakap dia pun sama..hahaha...dan untuk cover line aku cakap je aku ni pelapis dia coz dia dah nak pencen tahun depan..hehehe.."Hah!!! kalau pelapis takpa..." dia kata. Ceh boleh pulak lagu tu, tapi aku tak mahu melapisi (fail BM aku) kederasan dia bersuara.. Cakap sikit punya kuat..tak tahu la volume berapa dia pasang..hahaha..nasib baik kau tu lelaki..kalau la perempuan tak ke haru..huhuhu...


gambar : mr google

Monday, April 25, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Pagi Yang Cerah

Assalamualaikum...

Cerah sungguh pagi ni..
Tapi mata aku pulak yang rasa nak tutup je..
Apa lagi..Kopi O satuuuu....

Naik Turun Naik Naik Naik

Assalamualaikum...

Tengahari tadi aku ke Tesco dengan officemate sementara tunggu fotostat siap..
Pakat-pakat dok timbang berat...
Aku baru je timbang tak sampai sebulan dan memang berat semakin meningkat tiap kali aku naik mesin penimbang tu...
Dulu pernah jugak merasa berat turun banyak..tapi sekarang mimpi je la..
Tiap kali timbang..angka makin bertambah..
Tadi timbang turun sikit je..tak sampai pun 1kg...
Rasanya takde beza dengan dulu sebab dulu aku timbang lepas makan kenduri..hahahaha..
 Tadi lepas timbang pergi pulak makan KFC..
Petang balik rumah cicah pelam dengan kuah rojak Mak Bee..pastu makan nasi pulak dengan housemate...
Ishhh memang A la usaha nak turunkan berat aku ni...


Friday, April 22, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Khas Buat Sahabat Semua



Lagu ini ditujukan kepada semua rakan blogger sempena hari Jumaat yang mulia ini...:-)

Alhamdulillah - Opick feat. Amanda

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasanNya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilang sebuah perbedaan

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu



Segmen Jom Berkenalan

Assalammualaikum...



Lewat pulak tidur malam ni..dah dekat pukul 3 pagi masih tak tidur-tidur...
Housemate pun sama gak..masing-masing sibuk dengan laptop..hehehe..
Alang-alang belum nak tidur ni..ambik peluang la untuk join segmen yang di tag oleh Fie...
Saya cuba la jawab semampu boleh ye...:-)

Apakah status anda?
Status..hmmm..masih bujang trang tang tang..hehehe..

Ceritakan tentang diri anda?
Saya anak kedua dari 3 beradik...
Seorang kakak dan seorang adik lelaki..
Sekarang bekerja di Kedah...

Orang kata muka saya garang n serius...mungkin kot bagi yang baru pertama kali jumpa..
Tapi kalau dah kenal..ok jer..boleh jer melawak-lawak...
Saya ni sebenarnya pemalu...so kat depan orang cover-cover la buat muka serius...hehehe..

Kadang-kadang saya pun tak faham dengan karakter saya ni...
Ada masa saya rasa nak jadi invisible je..biar orang tak kenal saya...
Tu pasal dalam blog ni tak pernah saya letak gambar sendiri..takat hari ni la...;p
Dalam FB pun saya dah buang semua gambar saya...yang ada semua gambar orang lain...eheheh..
Tapi yang saya pasti...saya ni sebenarnya sensitif orangnya...
Mudah tersentuh..tengok cerita kat tv pun boleh sebak-sebak gitu...tambah-tambah yang berkaitan dengan keluarga ni...memang cepat la nak sob sob...
Tapi tu kalau dok sorang-sorang la..kalau depan orang biasa la..cover baik punyaaa..tunjuk karakter otai jer (walaupun tak otai mana..)...hahaha...

Apa lagi ek..hmmm..sebelum ni saya kerja di Penang..
Tukar 2 3 kerja pun tapi tetap di Penang..kali ni je tercampak ke Kedah..
Tak kisah la kat mana pun..at least boleh dapat pengalaman baru..kawan baru..environment baru..dan juga boyfren baru...(sila jangan percaya ayat last tu ye..hehehe)...
Masa mula-mula kerja di Kedah ni..tiap-tiap minggu saya balik Penang..
Nak kata homesick tu rasanya tak la sangat..tapi ntah la..mungkin sebab mak suruh balik kot (saya yang menurut perintah)..hahaha..
Sekarang ni 2 minggu sekali baru balik sana..;-)

Cukup la kot pasal diri saya..tak tahu nak cerita apa lagi...
Tak pandai pun sebenarnya nak bercerita tentang diri sendiri kat orang..
Kalau nak tahu apa-apa boleh la bertanya ye...;-)

Cerita Tentang Blog Anda
Blog saya ni biasa je..
Asalnya saya terbaca blog kawan saya..kemudian baca pulak blog kawan-kawan dia..
Rasa seronok la pulak...tu yang timbul keinginan nak ada blog sendiri..
Nak buat blog senang je..tapi nak cari nama tu..alahai...punya la lama...

JURNALUNGU ni saya pilih sebab:
i. saya angan-angan nak buat blog ni tempat saya menceritakan hal-hal berkaitan diri saya atau apa-apa yang saya rasa nak tulis atau share untuk kenangan di masa hadapan..cewahhhh...
ii. saya suka warna ungu..

Saya tak specifickan blog saya ni ke arah apa..Main redah je..ikut dan je..;p
Iklan nuffnang ke apa ke pun saya tak letak sebab saya macam hmmm ada ke orang nak baca blog aku???...;-)
Frankly speaking..saya sendiri kadang-kadang bosan dengan blog saya ni...hehehe...boleh gitu???
Mungkin perlukan pembaharuan kot..touch up sikit..tapi tu la kan..ada M sikit..kena tunggu mood datang..;p

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog ni sesuatu yang baru bagi saya..walaupun sebenarnya dah berkurun-kurun ada...
Tempat yang bagus untuk berkongsi ilmu, resepi atau apa-apa je...
Siapa yang rajin dan kreatif boleh cari makan dengan hanya berblogging..
Tapi bagi saya cukup la sebagai tempat untuk lepak-lepak..

Ada jugak terbaca blog kena sabotaj..tak puas hati dengan blogger ni..blogger tu..
Tak payah la nak iri hati - iri hati ni..kalau rasa tak suka ke tak senang ke..tak payah la baca blog diaorang..ye tak???
Tapi siapa la saya nak komen lebih-lebihkan..zip mulut..hehehe..

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog
Tak pandai sangat nak bagi nasihat - nasihat ni..
Semua orang boleh buat blog..tapi berblogging la secara sihat ye..
..
Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Rasanya tak ada apa yang unik kot..semua biasa-biasa je..

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Tak dapat nak jawab soalan tu..tapi insyaallah la selagi terdaya dan tak sibuk bangetttt...;-)
Impian rasanya tak ada kot..coz saya berblogging hanya untuk suka-suka...

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Ok..pada kawan-kawan yang saya tag tu..feel free la untuk jawab segmen ni ye..;-)


Ada kelapangan sila jawab ye..;-)



Ada Tak Pizza 24 Jam??

Assalammualaikum..

Dah tengah-tengah malam ni bila tengok makanan sedap-sedap mula la rasa lapar..huhuhu


Creamy Carbonara tu macam sedap je...huhuhu..



Wednesday, April 20, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kalau Dah Namanya Diva


CANTIK...
Nursery room untuk anak kembar Mariah Carey yang bakal lahir..
Mampu berangan je la..;p


sumber : omg.yahoo.com

Mengenal Cara Wanita Berjalan

MENGENAL WANITA

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap
terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallaahu'alam..
Tuesday, April 19, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Kalau Dia Bapa Kita

Assalammualaikum..

Aku baru balik dari Langkawi petang tadi..agak penat kerana program bermula seawal jam 8.00 pagi..ditambah pulak dengan air-cond dewan yang tiba-tiba pulak rosak..aduh memang panas dan memenatkan..sampaikan aku tertidur dalam feri waktu balik tadi..selalunya takat tidur-tidur ayam je..tapi kali boleh lena pulak..

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan..makanan pun sedap ;-) ..Cuma aku agak terkilan dengan satu kejadian pagi tadi..kisahnya, ada seorang pakcik datang di meja aku untuk buat pendaftaran..kebetulan masa tu kaunter-kaunter pendaftaran dah pun ditutup untuk proses mengira kehadiran penerima elaun..jadinya pakcik tu terpaksa la tunggu sekejap sementara selesai proses kutipan dan pengiraan. 

Meja pendaftaran lewat dibuka disebelah meja aku..bila tengok macam dah ok, aku pun beritahu kat pakcik suruh pergi ke meja sebelah..kebetulan masa tu seorang pegawai dan staf dia tengah mengira senarai kehadiran untuk dilaporkan kepada bahagian kewangan..Bila pakcik ni tunjuk dekat pegawai tu kertas notis panggilan dia, pegawai ni cakap kasar dengan pakcik beritahu dia nak kira bendalah tu dulu..pakcik tu senyum dan tengok aku..aku agak tersentap bila tengok kejadian tu..aku pun suruh dia tunggu di sebelah sana meja..aku rasa bersalah pulak bila tengok dia diperlakukan macam tu..;-(

Aku tak tahu la orang lain perasan atau tidak, tapi bila aku lahirkan kekesalan dan kegeraman aku pada kawan aku yang sama-sama dengan pegawai tu tadi..dia cakap cuba bayangkan kalau bapa kita yang kena macam tu..yaaaa..cuba bayangkan kalau pakcik tu bapa kita..Sungguh aku sedih..Bila aku nampak dia, aku rasa nak menangis pun ada..Aku rasa bersalah, disebabkan aku, dia kena marah..sehingga entri ini ditulis, aku masih teringat kejadian tadi..andai boleh diundur masa, mahu je aku pergi ke pakcik tu dan minta maaf.."pakcik..saya minta maaf...."


Sunday, April 17, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Masuk Pejabat Dulu Ye...

Assalammualaikum...

Esok nak ke Langkawi...lusa ada program...
Tak tahu nak gerak pukul berapa sebab nak kena masuk office dulu...
Laporan yang sepatutnya due 1st April, sampai ke hari ni tak berhantar-hantar ke HQ..

Pagi tadi kena pergi Naka, petang pukul 3 lebih baru sampai pejabat..
Laporan belum siap..esok dah nak ke Langkawi pulak..
Nak tak nak, pulun jugak la buat petang tadi..
Buka je fail, terus rasa berpinar mata aku..rasa nak juling pun ada jugak..

Jam dah 3.30 petang..
Belek fail tahun-tahun lepas, tengok-tengok dah pukul 5...
Sebab dah menempek kat bahagian orang, nak tak nak kena stop jugak la...
Sudahnya hari ni aku jadi orang paling last keluar pejabat..
Pak Guard siap dah round office nak kunci pintu..
Nasib baik aku pun dah nak balik time tu..

Esok pepagi perkara pertama kena buat ialah email report ke HQ..
Lepas tu berdesup naik feri..
Harap-harap semuanya berjalan lancar...


Kesian Cik Biru keseorangan je takde teman..;-)
Saturday, April 16, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Pukul 2 Pagi

  Assalammualaikum....
 
Saat orang lain lena di ulit mimpi...aku, mak & abah pulak sibuk dengan aktiviti membesarkan badan..;p


Abah bawak balik dari nyembang..ini rupanya projek depa..nyembang sambil makan..padan la lama bebeno nyembangnya..(dah makan separuh baru ingat nak tangkap gambar..hehehe..)



Menu special jam 2 pagi..2 ketul lagi..aduhhh..jangan nak merungut badan makin membesar lepas nie ye..huhuhu...


Kenduri

Assalammualaikum...

Sakan abah aku nyembang kat depan rumah..sampai pukul 1 lebih pagi tak balik-balik lagi...nak kena kunci kat luar ke??? ;p...


Jiran depan rumah nak buat kenduri esok..tengahari makan nasi..petang buat hi-tea pulak..kenduri 3 in 1 kot..tapi kenduri tunang ke..kawin ke..tak masuk senarai ye...hehehehe..khabarnya menjemput sampai 300 orang..tu yang siap pasang khemah tu..esok makan free la kami kat taman ni..best..best..;-)


Friday, April 15, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Berselerak


Sejak bertukar ke Unit baru...tiada istilah "free time"...hanya ada istilah SIBUK!!!!

Kepala Ting Tong

Assalammualaikum...

Kepala tengah ting tong ni..dari tengahari lagi..tak tahu la mana silapnya..lepas-lepas "buka puasa" tadi, tiba-tiba je sakit kepala..Sedang aku sedap-sedap tido dalam kepanasan, abah pulak kejut bangun..ajak pergi kedai kereta..pegi tukar bateri kereta katanya..

Selesai sudah sesi pelaburan..nasib baik tak mahal mana..dari bateri air, tukar ke bateri kering..biasa la kan, orang pompuan ni bukannya rajin nak check air bateri bagai..main redah bawak je (tapi kes aku ni bukan sebabkan air bateri kering, tapi sebab bateri dah tua ;p)..sekarang ni biar la bateri baru tu yang jaga aku..kuikuikui...




 

Aku Menipu Dan Lagi Dan Lagi

Assalammualaikum..

Aku baru je sampai kampung (rumah taman je pun..hehehe..)..Sepatutnya sampai lebih awal..tapi tadi ada sesuatu telah berlaku yang menyebabkan aku kelambatan...Sebelum masuk highway tadi, aku singgah ke Petronas untuk isi minyak..Bila nak start enjin, tiba-tiba enjin tak mau start..alamak!!!!Cuba lagi dan lagi dan lagi...SAHHHHH..bateri buat hal...dah la kat belakang ada kereta tengah tunggu turn..

Aku keluar kereta, beritahu kat kereta belakang enjin kereta aku tak mau start..Nasib baik terjumpa dengan orang yang betul..Dia la yang tolong "jump"kan bateri kereta tue (tak tahu la betul ke tak istilah tue..macam betul je)...Terima kasih la kepada encik tu..

Tapi aku kurang selesa sikit la dengan encik ni..Orangnya nampak ok..ramah..tapi tak tahu kenapa aku kurang selesa dengan dia..Dia follow aku dari belakang all the way kat highway sebab dia pun ikut arah yang sama..nak balik Taiping katanya..Dalam perjalanan tu dia telefon aku (ya,aku bagi no hp aku kat dia,,sebab dia dah pegang hp dia and minta no aku..no celcom aku dah kena terminate, kalau tak harus no tu je aku bagi kat dia), tanya nak berhenti makan kat Gurun tak???..Aku cakap aku puasa..what daaaa???? PUASA????..Aku dah menipu di hari Jumaat yang mulia ini dan rasa bersalah jugak.

Akhirnya aku masuk juga ke R&R Gurun dan call dia kata aku temankan je la kalau dia nak makan (aku kan puasa..;p)..masa dia call tadi, aku terlupa nak tanya dia nak makan ke??? Rasa macam pentingkan diri sendiri pula, dah la dia tolong aku tadi...On the way nak ke tempat makan..encik tu tanya dah berapa hari puasa??..aku cakap dari semalam lagi..MENIPU LAGI..dan ada lagi 2 3 benda yang aku TIPU dia..rasa bersalah..tapi rasa was-was dan kurang senang aku lebih tinggi..aku agak lepas-lepas ni dia akan call aku lagi sebab masa aku "mendengar dia bersembang"..banyak kali juga dia bagi hint ke arah itu..ooo..sungguh kurang senang aku mendengarnya, tapi aku gelak je la..tu je yang mampu..;p..

Oklah...aku nak pergi BUKA PUASA ni..wakakaka..dah lapar tahap gaban dah ni..nak makan breakfast KFC dah terlepas pulak..makan je la yong tau fu yang aku beli semalam kat pasar malam tapi tak termakan dek kerana kenyang. Jom makan semua..

 

 


Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum..

Jom semua kita balik kampung!!!
 (harap-harap sempat singgah beli KFC's breakfast set..;p )


gambar : google.com
Thursday, April 14, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sarapan Di KFC - Part 2

Assalamualaikum....



Pagi ni sekali lagi aku dan kawan-kawan meredah traffik ke KFC..
Ini gara-gara email yang aku bukak pagi tadi daripada KFC yang tengah sakan promote KFC a.m. Cheezy Egg Bun Combo..

Kali ni kami pergi jauh sikit..KFC 24 jam di Stadium Darul Aman..
Kebetulan hari ni aku pakai heels..
Kawan aku pulak parking kereta jauh ..
Aduh terpaksa menapak ke sana..layan aje la...

Masa sampai di depan KFC ada sorang pekerja dia tengah bersih-bersih..dia tegur kami...
"Kak..KFC bukak pukul 10.30.."
Hah..apakehey semuanya ni???? (dalam hati je la..)
Aku tanya balik "Bukan ke 24 jam ke??"
Dia balas "Semalam diaorang repair dapur, so hari ni bukak lambat sikit"..
Pulak dah...kempunan lagi hari ni...;(

Last-last kami makan roti jala je di gerai dekat-dekat stadium tu..
Nak pergi ke restoran 24 jam satu lagi risau pulak..
Takut nanti ada je halangan..masa pun dah tak mengizinkan..
Pagi tadi kami sampai ke pejabat semula jam 11.00 pagi..huhuhu..


Wednesday, April 13, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Sarapan Di KFC

Assalamualaikum...

Pagi tadi kawan aku ajak sarapan di KFC..tekak aku sebenarnya teringin nak makan McD..tapi memandangkan McD jauh dari pejabat aku, kami pergi KFC je la..Malangnya sampai-sampai di sana, takde pulak breakfast set..sampai dah sampai dah ni..takkan nak patah balik pulak..akhirnya kami pakat-pakat makan claypot je la kat food court Tesco tu..tapi bila officemate tanya, aku cakap je makan KFC..hehehe..(gara-gara tak mahu kena gelak, sebab member ni tak mahu ikut kami p makan..)..sedap betul breakfast KFC aku hari ni..perisa tomyam lagi..hahaha ;p


Angin Kus Kus

Salam...

Kenapa ntah entri-entri aku hari ni skema je rasanya...
Silap makan kot..tak pun sebab terlebih makan..;p

Ayoyoyo...line broadband sangat teruk malam ni..
Nak post entri ni pun tak tahu la berapa kali aku kena refresh..
Nasib baik malam ni tahap kesabaran aku tinggi..mungkin sebab dok tengok muka Awal Ashaari ni kot...hahahhaa..



Ada sorang kawan aku rupa lebih kurang macam si Awal ni..
Nasib baik la kawan aku tu muda lagi..kalau tak dah lama aku ngorat...;p
Tuesday, April 12, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Maaf Orang Baling !!!

Assalamualaikum..

Entry ini hanyalah sekadar hiburan dan tidak ada niat untuk memperlekehkan sesiapa. Kisah ini diceritakan oleh kawan aku petang tadi sewaktu kami tengah sama-sama berusaha untuk "menaikkan berat badan yang sememangnya sudah sedia berat..huhuhu".


Kisah bermula apabila sekumpulan wanita daripada Baling hadir ke sebuah hotel untuk menghadiri kursus. Bilik-bilik yang disediakan dikelaskan mengikut abjad A, B, C dan seterusnya. Urusetia memaklumkan peserta daripada Baling pergi ke Bilik A. Apabila urusan pembahagian bilik selesai. Urusetia pergi ke Bilik A, tetapi bilik tersebut kosong, tiada orang. Dari jauh, riuh rendah kedengaran suara- suara orang di bilik air. Rupa-rupanya peserta Baling tadi semuanya berkumpul dan menunggu di dalam bilik air. Hehehe...(siapa yang faham tu, faham la ye..:-)

Kisah ini diceritakan oleh kawan aku..dia pulak diceritakan oleh isteri dia..kalau diaorang reka cerita ni, kira aku pun mereka la..;p

Tukang Cerita

Handbrake Atau Gear?

Assalamualaikum...

Pagi semalam masa aku dan kawan-kawan nak balik ke pejabat lepas makan pagi, si pemandu telah masukkan gear dahulu baru turunkan handbrake. Si pemandu memandu kereta auto. Seorang sahabat menegur. Katanya, selalunya orang akan turunkan handbrake dahulu baru masukkan gear. Timbul perdebatan tentang perkara tersebut. Seorang lagi sahabat berkata kalau kereta manual baru masuk gear dahulu kemudian turunkan handbrake dan kereta auto sebaliknya. Aku hanya diam mendengar apa yang diperkatakan.

Pagi tadi, masa hendak memandu ke pejabat aku teringat nak tengok sama ada aku turunkan handbrake dahulu atau masukkan gear dahulu. Ternyata aku juga seperti si pemandu dan aku juga memandu kereta auto. Mereka yang berkata-kata semalam juga memandu kereta auto..:-)

Aku jadi keliru. Akan timbul masalah ke kalau kita masukkan gear dahulu atau sebaliknya??? 
Sunday, April 10, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Salam...

Ex-roommate aku sedang bersedih ketika ini...

Sebagai sahabat aku pun turut merasa sedikit tempiasnya..walaupun aku tak tahu sebab musababnya..

Jangan bersedih wahai sahabatku...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Bersabarlah..kadang kala berdiam itu lebih baik dari berkata-kata...


Melodi

Salam...

Tengahari tadi baru berkesempatan tengok Melodi..maklumlah Ahad di Kedah merupakan hari bekerja..kebetulan pulak pagi tadi ada mesyuarat di Padang Terap (ohh..jalan Kuala Nerang tersangat la teruk..entah bila nak elok..berlubang sana sini..sakit pinggang dohhh!!!)..Balik mesyuarat singgah rumah hantar barang..dapat la curi masa kejap tengok Melodi...

Tengok cerita pasal Jimmy Shanley..kesian je dengar..macam-macam cerita manusia ni...tak kawin pun masalah..dah kawin pun masalah..Tergelak besar aku sensorang tengahari tadi..boleh pula masa basuh pinggan, otak aku tiba-tiba je berkata-kata "kawin je la dengan aku..." hmmm...haru-haru...





sumber gambar : mr google
Saturday, April 9, 2011 | By: ~ AppLe BLosSoM ~

Tujuh Manfaat Diam

Pertama

Merupakan Ibadah tanpa harus lelah


Kedua

Merupakan hiasan diri tanpa perhiasan


Ketiga

Wibawa tanpa kekuasaan


 Keempat
Benteng tanpa dinding


Kelima
Tidak perlu meminta maaf pada siapapun


Keenam
Malaikat pencatat amal rehat


Ketujuh
Penutup keburukan dan sisi-sisi kejahiliyahan diri



Dari kultwit Ust Nabiel Al-Musawa: